Bab 13

6.2K 430 12
                                    

POV: HUMAIRA AQSA

Aira berjalan di taman yang berada di kawasan apartmennya itu.

Setiap hari selepas dari hari seperti semalam, Aira memang akan keluar awal pagi dan berjalan di sekitar taman itu untuk menenangkan fikirannya. Itu adalah perkara yang pasti akan Aira lakukan kerana itu dapat mengurangkan kesedihan yang dia rasai. Berjalan sambil melihat pemandangan banyak membantu Aira untuk melupakan perkara yang menyakitinya. Ia membuatkan mood Aira menjadi lebih baik untuk meneruskan harinya.

Pada pagi ini, hujan turun dengan renyai dan Aira tidak membawa payung untuk melindungi dirinya dari terkena hujan.

Aira memang sengaja untuk tidak membawa payung. Dia mahu merasakan basahan hujan itu pada dirinya. Dia mahu rasakan setiap titisan air hujan itu kena pada badannya.

Hujan yang turun membasahi seluruh kawasan itu adalah muzik pada telinga Aira. Setiap titik hujan yang jatuh pada badan Aira itu seolah mengetuk hatinya yang sedang pilu itu. Ia seolah-olah mengetahui keadaan Aira itu. Hujan itu melambangkan keadaan Aira yang sekarang.

Aira pergi duduk di bangku yang berdekatan dengan tempat dia berdiri itu.

Terdapat pokok yang besar di tepi bangku itu, meliputi seluruh tempat itu. Pokok itu besar sehinggakan ranting-ranting dan dedaun di pohon itu menutupi pemandangan langit yang Aira mahu lihat di atasnya.

Aira menghabiskan masanya di situ melihat daun-daun yang jatuh dari pokok itu. Dia menutup matanya sambil mendonggak ke atas. Dia merasakan titisan hujan yang jatuh pada mukanya.

Tiba-tiba hujan tidak lagi membasahi wajah atau badan Aira. Aira mulai pelik, dia masih lagi mendengar rintihan hujan masih lagi turun di sekelilingnya. Ia masih tidak berhenti, tetapi Aira tidak lagi merasakan hujan itu pada dirinya.

Aira membuka matanya dan dia nampak payung yang berada di atas kepalanya.

Dia secara perlahan melihat lengan yang memegang payung itu.

Aira memaling ke arah orang yang sedang berdiri di tepinya, yang sedang memegang payung itu.

Aira terkejut.

"Zain?."

Jejaka yang bernama Zain itu mengeluarkan senyumannya yang lembut.

"I came."

.

2017, Enam bulan selepas kejadian.

Aira yang masih dalam keadaan yang tidak stabil, yang dirinya masih lagi tidak berada dalam realiti pergi berjalan masuk ke dalam bangunan universitinya.

Dia tidak mahu ke sini. Dia tidak mahu melalui harinya seperti biasa. Dia tidak mahu melalui hari ini seperti tiada apa yang berlaku, seperti normal. Dia masih tidak bersedia untuk melupakan perkara itu.

Dia tidak akan pernah melupakan perkara itu.

Aira masih rasa kewujudan dirinya tidak layak berada di mana-mana. Tiada apa yang masih ada di dalam diri Aira yang dipanggil kegembiraan. Sinaran keceriaan dan kebahagiaannya kini telah menjadi seperti jerebu yang menjijikkan. Kesakitan yang membuatkan hatinya seperti berlubang itu berlarutan, dengan kekosongan yang tidak akan dapat diisi. Ribut keputusasaan meliputi dalam jiwa Aira.

Walaupun sudah lama ia berlaku, keperitan yang Aira rasai masih lagi tidak berkurangan. Ia tidak pernah hilang. Penderitaan itu masih Aira pegang dengan erat kerana dia tidak mahu ia pergi. Dialah punca segala perkara ini berlaku. Dia yang patut dipersalahkan.

Aira berjalan masuk ke bangunan jabatannya dan berjalan menuju ke kelas untuk menghadiri kuliah.

Ini kali pertama dia menjejakkan kakinya kembali ke universiti ini setelah enam bulan dia mengecualikan dirinya dari tempat belajarnya. Sepanjang enam bulan itu, Aira menangguhkan pelajarannya. Dan sekarang dia sudah kembali.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now