Prolog

5.3K 185 18
                                    

PANAHAN cahaya matahari yang menerobos ke dalam bilik menyilaukan matanya. Lena Rayan terganggu gara-gara sang mentari pagi. Matanya separuh terbuka mencari telefon yang selalunya dilemparkan di atas katil sebelum tidur. Hilang entah ke mana. Namun, saat dia mahu bangkit dari katil kepalanya pula berdenyut-denyut kesakitan. Tangannya naik mengurut pelipis.

Rayan terperasan sesuatu yang aneh berlaku pada dirinya. Tubuhnya terasa sejuk kerana tidak berbaju bahkan seluar pun entah ke mana. Fikirannya kosong dari sebarang kejadian yang berlaku semalam. Kalau dia mabuk sekalipun, belum pernah dia bawa mana-mana perempuan ke bilik tidur. Dia sendiri telah mengarahkan orang-orang kepercayaannya tidak membenarkan perempuan sentuh dia bila dia sedang minum.

Dia turun dari katil untuk mencapai seluar yang terdampar di atas lantai. Bukan sahaja seluarnya sahaja yang ada, gaun hitam, pakaian dalam wanita, blazer, dan tali leher. Baju kemejanya hilang. Kalau betul dia bawa perempuan sampai ke ranjang, orang kepercayaannya akan menerima padah daripadanya. Sama ada hidup atau mati.

Bunyi dentingan pinggan dan gelas kedengaran dari arah dapur. Rayan merapati kabinet di sisi katil. Lacinya ditarik untuk mengambil isi di dalamnya. Sepucuk pistol berada di dalam genggamannya. Hanya dengan senjata ini yang mampu menakutkan sesiapa sahaja. Perempuan yang dia bawa semalam pasti tidak akan berani membuka tentang apa yang telah terjadi pada mereka.

Langkahnya dipanjangkan ke arah dapur.  Seorang perempuan yang memakai baju kemejanya sedang menghidang makanan di atas meja. Air yang berada di dalam teko dituangkan ke dalam cawan. Muncung pistol ditekap pada belakang kepala perempuan itu. Segala gerak-geri terhenti dengan perlakuan Rayan.

Perempuan itu mengalihkan badan bertentang dengan Rayan. Wajah yang tenang dan tidak beriak dilemparkan oleh perempuan itu walaupun mukanya disuakan dengan hujung pistol. Tidak berkelip memandang ke arahnya. Tidak menunjukkan rasa gentar dan takut apabila diugut dengan senjata itu. Tenang seperti air yang tidak pernah diusik.

Mata bundar itu dikelipkan beberapa kali sebelum mengukir senyuman. Manis dan mempersona sehingga menyentap hati Rayan yang dingin dan beku. Garisan yang terlukis di wajah perempuan itu membuatkan kepala Rayan kembali berdenyut-denyut. Tangannya masih teguh memegang pistol ke arah perempuan itu.

"Siapa kau?" soalnya.

Perempuan itu menyengetkan kepala sedikit. Dahinya berkerut seribu. Ada riak tidak puas hati yang bermain di rautnya. Dia mendekati Rayan yang masih dalam keadaan masih berjaga-jaga. Jarak antara mereka hanyalah sejengkal. Wangian dari tubuh perempuan itu menggegarkan naluri lelakinya.

"Cuba teka," ujarnya dengan ceria.

Mata Rayan merayap pada wajah polos itu. Nampak naif dan mungkin suci sebelum dinodai oleh dia. Irisnya menangkap kesan merah di tepi bibir perempuan itu. Bukan itu sahaja, love bites ada merata-rata di leher dan tulang kelangkang. Rayan menelan air liur menahan nafsu yang sedang bergelora.

"Siapa kau?" Rayan menyoal lagi.

"Abang tak ingat?"

Dia seperti ditampar dengan realiti apabila mendengar suara itu. Suara yang lunak menggelarkan dirinya abang. Tiada siapa yang menggunakan panggilan itu kecuali seorang sahaja yang tidak pernah menggigil mendengar namanya mahupun melihatnya. Tidak pernah lari meninggalkan dia walaupun dia sekejam syaitan.

"Lea..."

Senyuman di wajah polos itu semakin melebar.

"Azalea Medina."

Pistol di tangan dicampakkan ke atas lantai. Dia merangkul pinggang wanita itu sehingga berlanggar dengan badannya. Wanita membiarkan dirinya dipeluk olehnya. Rayan membenamkan wajahnya diceruk leher Azalea. Bau vanila membuatkan fikiran Rayan yang kelam kembali terang. Dia mula ingat apa yang berlaku semalam.

"Abang...," ucap Azalea. Dia menolak badan Rayan supaya menjarakkan diri dari terus melekap dengan lelaki itu.

"Nanti Lea ambilkan..."

Baru sahaja Azalea membuka langkah, pergelangan tangannya ditarik  menyebabkan badannya kembali dalam pelukan Rayan. Pinggangnya dipeluk erat menyebabkan tiada ruang untuk dia melepaskan diri lagi. Bibir Rayan menyenget apabila melihat wajah Azalea yang memerah.

"I already have my medicine last night," ucapnya.

"Lea tak faham."

Tangannya mula merayap pada tubuh wanita itu. Azalea menggeliat kegelian. Dia cuba melepaskan diri dari lingkungan lelaki itu tetapi sia-sia. Dagu Azalea dipaut memaksa bertentang mata dengannya. Sinar mata yang tidak pernah goyah apabila berhadapan dengan sisi gilanya. Tidak pernah mengalihkan pandangan walaupun nampak keburukannya.

Bibirnya mencium kesan merah yang ditinggalkan semalam di leher wanita itu. Azalea menolak wajahnya. Enggan menerima sentuhannya.

"Abang..."

Rayan tidak peduli.

"Makan la dulu..."

"Kau lagi penting."

"Nanti makanan sejuk dah tak sedap."

"Sedap lagi makan..."

Azalea menekup mulut Rayan. Wajahnya kembali merona merah. Ucapan yang keluar dari mulut Rayan sangat tidak halal untuk didengar. Dia malu dan segan. Tidak biasa dengan kata-kata yang selalu lepas dari lelaki itu.

"Azalea. Lea...," seru Rayan.

"Ya?" Azalea buat muka tak tahu.

"You're my wife."

"Tak faham." Azalea mahu mengelak.

"I don't think that's the limition of your vocabulary."

Azalea telan air liur dengan renungan tajam suaminya. Dia tiada pilihan selain mengikut kehendak Rayan.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now