Bab 47: Serang Hendap

1K 63 3
                                    

RAYAN tersedar dari pengsan kerana teruk dibelasah orang suruhan Sarimah. Wanita itu tiada di situ saat dia membuka mata. Pasti sudah masuk ke dalam bilik yang tanda stor yang berada sepuluh langkah dari tempatnya berbaring. Sebelah kaki kerusi bahagian belakang telah patah sebelah menyebabkan dia terbaring di atas lantai yang berdebu.

​Tiga lampu kalimantan sudah cukup menerangi keadaan dalam kilang itu. Pandangannya dilemparkan di setiap sudut kawasan tersebut. Kawasan kilang yang terbiar dengan tumbuhan menjalar dan lumut pada dinding bangunan. Ada lima orang lelaki sedang bermain kad di depan bilik stor. Seorang dua lelaki bersenjata menjaga pintu masuk kilang. Dan tiga orang lagi sedang tidur di atas timbunan tong besi.

Ada tangga di tepi pintu bilik stor untuk naik ke tingkat kedua. Terdapat timbunan tong besi yang disusun di tepi palang besi kaki lima. Ada lima orang yang sedang berlegar-legar di atas sana. Bilangan orang yang menyerangnya di syarikat semakin sedikit. Ini akan memudahkan Rayan jika dia berjaya melepaskan diri dari sini.

Matanya melilau segenap ruang kilang tersebut untuk mencari benda yang tajam untuk memotong tali yang membelit kakinya. Matanya menangkap sekeping zink yang berada di atas selonggok batu-bata berlumut di hujung kakinya. Ada seketul bata ditindih atas zink tersebut agar tidak diterbangkan oleh angin. Zink itu kelihatan berlubang di sedikit kerana sudah lama terbiar di sini.

Rayan mengesot ke bawah sedikit demi sedikit agar perbuatannya tidak mendapat perhatian dua orang lelaki yang sedang bermain kad.

​"Woi! Mana aci kau main tipu!" sergah salah seorang daripada mereka.

​"Kau yang tak pandai main." Suara orang ketawa kedengaran.

​"Aku tak kira! Kita main sekali lagi."

​Tindakan Rayan terhenti seketika apabila mendengar perbualan penjahat itu. Dia cuba mengintai ke arah bilik stor. Mereka kembali fokus pada permainan mereka.

Rayan kembali mengundur ke belakang sehingga kakinya menyentuh zink. Dia menyelitkan zink tersebut di antara dua kaki yang terikat. Dahinya berkerut sedikit apabila Zink bergeseran pada kulit kaki. Apabila tali menyentuh birai zink, dia menggerakkan kaki ke kanan dan ke kiri sedaya upaya untuk memutuskan tali itu.

​"Urp!"

​Bunyi suara seorang yang perlahan singgah di pendengaran Rayan. Dia mengitari kawasan sekitarnya. Penjahat di sini masih kelihatan tenang. Pandangannya di hala ke tingkat atas. Lima orang yang sedang berlegar di atas sana tinggal empat. Saat itu, kornea matanya menangkap satu bayang-bayang hitam yang menyusup di tepi tong besi.

​"Woi! Kawasan kita kena ceroboh!" jerit salah seorang daripada yang berada di atas.

​Lelaki yang asyik bermain kad terus berhenti. Mereka terus mencapai senjata itu melindungi bilik stor di mana Sarimah berada. Penjahat yang enak tidur diulit mimpi terjaga dari lenanya.

​Haq yang sedang bersembunyi di sebalik tong besi terpaksa memunculkan dirinya. Dia mendecit marah apabila kewujudannya dapat dikesan oleh penjahat itu. Seorang lelaki datang menyerbu ke arah Haq. Dia sempat melepaskan tumbukan pada muka lawannya lalu menghentak dada lelaki itu dengan siku beberapa kali sebelum menendang perut musuhnya sehingga terpelanting  ke depan.

​"Bos, kau okey ke?" jerit Haq. Dia sempat memandang ke bawah untuk melihat keadaan sebenar Rayan. Teruk dibelasah oleh orang suruhan Sarimah.

​Fokus Rayan terganggu apabila terdengar suara Haq bertanya khabar padanya. Dia mengeluh dalam diam kerana Haq masih lagi ada masa mengajukan soalan padanya. Sedangkan nyawa mereka berada di hujung tanduk sekarang ini.

​Musuhnya datang menerpanya dari depan.
Lelaki itu mahu menyepak kaki Haq. Tetapi sempat dielak olehnya dengan membuka langkah dengan lebih besar. Haq sempat memijak paha lawannya sebelum melompat sedikit ke atas sebelum menendang muka penjahat itu dengan lututnya.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now