Bab 31: Mi Diosa

1.5K 91 12
                                    

DATUK Khalid mendekati wanita yang sudah lama tidak berjumpa. Tengku Marina masih sama seperti dulu. Seolah-olah kejadian 15 tahun lepas tidak memakan usia wanita itu.

"You buat apa dekat sini, Marina?" soal Datuk Khalid.

"I dah kembali pada anak-anak I," balas Tengku Marina.

"You tak sepatutnya ada dekat sini."

"Kenapa I tak patut ada dekat sini? Ni rumah anak I. Dekat mana lagi I perlu tinggal selain rumah anak-anak I berada?"

"Apa niat you sebenarnya?" Datuk Khalid tidak puas hati dengan jawapan wanita itu. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya sejak mengetahui Tengku Marina sudah kembali dari pengintipnya.

"I nak bahagia dengan anak-anak I."

"I tak percaya itu niat you."

"I dah lama hidup menderita disebabkan you dan perempuan tak guna tu. You berdua dah rampas kebahagiaan I dengan anak-anak I. Jadi, I nak bina semula apa yang I hilang. You siapa nak halang I?"

"I ada hak nak halang sebab mereka juga anak-anak I!" Suara Datuk Khalid meninggi.

"Anak you? Kalau you anggap mereka anak you, kenapa you buang Rayan? Kenapa you biarkan Lea hidup terseksa? Kenapa, Khalid? Kenapa? Mana perasaan you sebagai seorang ayah? Mana?" jerit Tengku Marina.

    "You ingat I seorang sahaja ke yang salah? You nak I ingatkan macam mana..."

    "You memang tak ada hati perut, Khalid! You yang buat I merana macam ni! You yang buang Azalea lepas I lahirkan dia! I jadi gila sebab you! You nak nafikan apa lagi, hah?" Tengku Marina sudah menangis teresak-esak.

    Air mata isteri yang sedang menitis itu tidak meninggalkan kesan pada Datuk Khalid. Sedikit pun tidak menimbulkan rasa simpati pada Tengku Marina. Dia menyesal kerana melepaskan tanggungjawabnya pada anak-anaknya. Dia lagi menyesal membiarkan isteri-isterinya buat dia macam patung. Dia membiarkan dirinya dipijak oleh dua orang wanita. Bila dia mahu mengatakan kebenaran. Lidahnya terasa dipasung.

    "I merayu pada you, Marina. Tinggalkan Rayan dan Azalea. Mereka dah bahagia dengan cara mereka sendiri. Kita sebagai ibu bapa tak perlu masuk campur dalam urusan anak-anak." Datuk Khalid sedar bahawa dia sudah terlambat.

    "I nak bahagia dengan anak-anak I dan cucu I. Jadi, I akan tetap ada dekat sini dengan mereka. Lagipun, Rayan takkan biarkan I pergi macam tu aje lepas ni," balas Tengku Marina sambil mengesat air mata.

    Datuk Khalid terduduk dengan lututnya menyembah bumi di hadapan isterinya. Kepalanya ditundukkan serendah yang mampu.

    "Tolong Marina... Tolong pergi dari sini. I merayu sangat-sangat dengan you. Biarkan Rayan dan Azalea. Kita tak perlu heret anak-anak kita dalam hal ini. Masalah ni biarkan kita bertiga selesaikan," rayu Datuk Khalid.

    "You dan Haliza perlu terima balasannya Khalid," ujar Tengku Marina sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Dia berselisihan dengan Azalea yang berada di ruang tamu.

    "Mama okey?" tegur Azalea apabila melihat wajah sugul ibunya. Dia boleh dengar suara pergaduhan ibu bapanya.

    "Mama okey, sayang. Mama nak naik rehat sekejap," balas Tengku Marina.

    Azalea bangun dari sofa. Dia bergerak ke pintu untuk melihat keadaan Datuk Khalid. Sama seperti dengan mamanya tadi. Sebagai seorang anak, dia rasa bersalah kerana menutup mata atas apa yang dia dengar tadi. Mereka berdua menyesal apa yang berlaku berpuluh tahun yang lalu.

    Datuk Khalid mendekati anaknya yang berdiri di muka pintu. Pertama kali dia lihat wajah Azalea kelihatan sangat cengkung dan tidak bercahaya. Penuh dengan luka dan derita gara-gara dia. Sejak berkahwin dengan Rayan, anaknya semakin gembira dan bahagia. Wajah Azalea semakin berseri lebih-lebih lagi anaknya sedang mengandung.

Bunga Pujaan Devil [C]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora