Bab 46: Misi Menyelamat

932 60 2
                                    

RAYAN mengerang kesakitan apabila badannya kerap kali menjadi mangsa pukulan dan tumbukan lelaki bertopeng. Tangan dan kakinya diikat ke belakang kerusi membuatkan dia tidak mampu melawan kembali. Badannya juga dililit dengan tali untuk menghalang segala pergerakannya.

​Mukanya sudah basah dengan darah sendiri yang tidak berhenti mengalir dari luka hasil dari serangan musuhnya. Sebelah matanya sudah memberat kerana bengkak dipukul berkali-kali. Pandangannya jadi terbatas gara-gara cecair merah yang kerap kali jatuh pada kelopak mata.

​Kalau ikutkan hati, dia mahu menutup mata. Tetapi dia perlu kuat demi Azalea dan Elnara yang menunggu kepulangannya. Dia perlu bertahan agar dia dapat bertemu dengan anak dan isterinya. Perbualannya dengan Azalea sudah cukup meremukkan hatinya. Tangisan isterinya buat Rayan terasa gagal jadi seorang suami.

​Berapa kali dia perlu buat isterinya menangis begitu? Berapa kali dia meletakkan Azalea dalam bahaya? Kini, anak mereka juga mengalami situasi yang sama. Gara-gara dia yang tidak mampu melindungi orang-orang yang dia sayang.

​Sungguhpun dia tahu dirinya bahaya pada anak dan isterinya. Rayan tidak mahu berputus asa. Dia mahu menjaga apa yang menjadi miliknya. Dia tidak pernah bermimpi memilik sebuah kebahagian bersama orang yang dia cinta. Buat pertama kali dia rasa seperti manusia biasa yang mahu bahagia bersama anak dan isteri.

​"Kau nak tahu apa  Azalea cakap tadi?" Sarimah melangkah ke arah mangsanya yang diikat pada kerusi. Puas hati dia melihat lelaki yang sering melindungi Azalea dapat ditumbangkan dengan mudah.

​"Kau... Jangan sebut nama isteri aku!" jerit Rayan dengan sisa tenaga yang masih ada.

​"Dia akan datang sini nak selamatkan kau. Kau tahu aku nak apa sebagai balasan lepaskan kau? Nyawa Azalea! Aku takkan lepaskan kau dengan mudah. Dua-dua patut mati!" Sarimah ketawa besar di hujung kata.

Dia dapat bayangkan wajah Azalea merayu-rayu padanya untuk menyelamatkan nyawa sendiri dan Rayan. Dia tidak sabar menunggu kedatangan gadis itu. Dia rindu untuk menyeksa Azalea sepuas-puas hatinya. Sudah lama mereka tidak bertemu, dia yakin Azalea tidak akan melupakan dia yang sudah berubah dari wajah sehingga bentuk badan.

"Kau cakap apa? Azalea datang sini?" soal Rayan.

"Dia akan gantikan kau. Isteri kau akan mati di tangan aku. Lepas tu, kau akan menyusul betina tu."

"Pfft!" Rayan ketawa kecil. Dia menggeleng kecil. Entah kenapa dia terasa lucu mendengar saat mendengar ucapan wanita itu. Dia sepatutnya risau apabila mengetahui Azalea akan datang menyelamatkan dia. Tetapi kenapa dia rasa geli hati?

Sarimah memandang hairan melihat muka Rayan menunduk ke bawah sedang mengukir senyuman. Dia mengarahkan orang suruhannya memaksa lelaki itu melihat wajahnya. Rambut Rayan dicengkam kuat dengan memaksa wajah lelaki itu terdongak. Bibir jejaka itu tersengih sehingga menampakkan gigi yang merah angkara darah.

"Kau nak bunuh isteri aku?" Rayan ketawa lagi.

"Aku tak pernah ajar isteri aku jadi lemah. Aku tak pernah halang dia apa yang dia nak buat. Kau patut takut dengan Azalea. Dia dah lama berdendam dengan kau. Dia dah lama nak bunuh kau. Bila kau ajak isteri aku datang sini, macam kau ajak maut jemput kau," ujar Rayan sambil tersenyum sinis.

"Kau diam! Aku yang akan bunuh dia!" tempik Sarimah. Dia rasa tercabar mendengar bait yang keluar dari  mulut lelaki itu. Dia tidak biarkan Azalea dapat apa yang gadis itu mahukan.

"Hei, kau tunggu apa lagi? Aku nak kau seksa dia!"

Arahan yang dikelurkan oleh Sarimah dilaksanakan oleh orang suruhannya tanpa banyak soal.

ELNARA lena di dalam pelukan Azalea. Wajah bulat anaknya direnung sepuas-puasnya. Entah bila dia akan menatap raut ini lagi. Mungkin esok, lusa atau ini kali terakhir dia melihat Elnara. Hatinya berat mahu lepaskan anaknya. Baru sehari mereka dapat bersama. Dia terpaksa meninggalkan si kecil pada orang lain.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now