Bab 49: TAMAT

2K 89 8
                                    

RAYAN mendesis kesakitan saat luka ditembak pada bahu kiri ditoreh oleh Haq dengan menggunakan skapel. Wajahnya dibenam pada ceruk leher Azalea untuk mencari kekuatan. Tangannya menggenggam erat jari isterinya yang setia berada di sisinya.

    "Kita pergi hospital la macam ni," ujar Azalea.

Dia risau melihat keadaan suaminya yang mengaduh kesakitan sejak pulang dari kilang terbiar itu. Luka pada wajah Rayan sudah dicuci dan dirawat dengan menggunakan bahan yang ada. Tapi peluru yang terbenam pada bahu kiri Rayan perlu ditarik keluar. Haq menawarkan diri menjadi doktor tak bertauliah.

    "Kalau kita pergi hospital, nanti akan jadi kes polis. Lagi besar masalahnya nanti," balas Hud.

    "Aduh, sakit. Tolong abang sayang... Sakit..." adu Rayan.

Hud mencebik dalam diam apabila melihat kelakuan Rayan dengan isterinya. Tak habis-habis peluk Azalea di hadapan dia yang bujang ini. Kononnya mencari kekuatan untuk menahan kesakitan. Padahal tidak sakit mana. Sengaja buat orang bujang ini terasa kesunyian. Patutlah Haq nak kahwin sangat.

"Haq, tak boleh ke buat perlahan-lahan?" pinta Azalea.

Haq memanggung muka memandang ke arah Rayan dan isterinya. Dia cuba mengorek peluru keluar dari bahu Rayan. Tetapi terhenti di pertengahan jalan. Penyepit yang basah dengan darah dilap dicelup ke dalam air.

"Aku ni pernah bercita-cita nak jadi doktor. Lagipun, aku memang pakar dalam bab keluarkan peluru dalam badan. Benda ni tak boleh buat perlahan-lahan. Kalau tak percaya, tanya Hud. Dia selalu kena tembak. Aku juga yang jadi doktor dia," balas Haq.

Hud mengangguk untuk membenarkan ucapan abangnya. Dia mahu sketsa di hadapannya cepat-cepat berakhir. Badannya sudah penat dengan kejadian tadi. Lenguh tubuhnya kerana terlalu lama meniarap di atas bumbung.

Haq menyambung kerjanya untuk menarik keluar peluru yang terbenam dalam badan majikan. Rayan menjerit kesakitan. Dia menggenggam kejap tangan isterinya sehinggalah peluru berjaya dibawa keluar oleh pengawal peribadi itu. Darah yang menderu keluar dilap dengan kain.

Setelah cecair merah berhenti mengalir, kawasan luka dibersihkan sebelum menyapu antiseptik untuk menghalang jangkitan kuman. Kain kasa digunakan untuk membalut luka pada bahu Rayan. Kerja Haq siap tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak. Dia terus menyimpan peti pertolongan cemas yang mempunyai pelbagai alatan untuk merawat luka kecil atau besar.

"Kalau tak ada apa-apa, kami minta diri dulu," ujar Hud.

"Aku nak kau bersihkan kilang tadi. Jangan sampai ada orang tahu apa yang berlaku malam ni," arah Rayan.

"Aku nak makan seafood dekat Sabah," kata Haq.

"Gaji lebih," ujar Hud.

"Settle kerja. Aku bagi cuti."

Haq dan Hud melagakan penumbuk sebelum berlalu dari situ dengan segera.

Rayan menggeleng. Faham sangat dengan perangai dua-beradik yang selalu minta gaji lebih jika melibatkan penghapusan bukti. Sepasang kembar itu terus keluar dari rumah untuk melaksanakan arahan yang diberi kepada Rayan.

"Kenapa pandang abang macam tu?" soal Rayan apabila perasaan isterinya sedang merenung ke arahnya.

Azalea duduk di atas riba suaminya. Mukanya disembam pada dada Rayan yang tidak berbaju. Tangannya sudah melingkar pada leher jejaka itu. Bau ubat menyengat hidungnya. Azalea tetap memeluk suaminya dengan erat.

"Lea rindu sangat-sangat pada abang. Abang hilang macam tu aje." Azalea sudah bersuara sebak.

Rayan membalas pelukan bunga itu. Ubun Azalea dicium buat seketika. Belakang badannya isterinya dibelai dengan penuh kasih sayang dan cinta. Dia pun menyimpan perasaan yang sama buat isterinya. Berpisah dengan Azalea adalah satu perkara yang menyakitkan baginya.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now