BAB 14: Call My Name

2.2K 134 9
                                    

RAYAN buka pintu kereta penumpang dengan kasar apabila Azalea sudah berani mencabar kesabarannya hari ini. Semasa diajak keluar, gadis itu menolak kerana waktu kerjanya berbaki dua jam lagi. Sudah tentu dia memaksa Azalea mengikut kehendaknya hari ini.

“Keluar sekarang,” arah Rayan.

“Saya nak kerja. Dah banyak hari saya tak punch card balik kerja. Semua orang tanya saya mana saya pergi. Saya nak jawab apa?”

“Cakap ajelah kau keluar dengan aku.”

“Mana boleh. Nanti mereka terkejut saya keluar dengan encik.”

Kening Rayan terangkat sedikit apabila mendengar ucapan gadis itu. Dia fikir Azalea tidak ambil tahu tentang posisinya dalam syarikat. Ini bermakna gadis itu tidak mahu hubungan mereka diketahui oleh rakan sekerjanya.

“Lambat-laun mereka tahu juga yang kau tu milik aku. Dah keluar!”

Azalea melangkah keluar dari perut kereta.

“Kita nak pergi mana?” soal Azalea.

“Spa,” balas Rayan sepatah.

Azalea pusing tubuhnya apabila mendengar perkataan spa. Dia mahu membuka pintu tetapi tidak berganjak kerana Rayan terlebih dahulu menghalang dengan menekan dengan tangan.

“Saya tak nak.”

“Dah pandai melawan ya?”

“Saya tak nak, encik. Saya tak suka spa.”

“Kenapa kau tak suka spa?”

Azalea mengigit bibir bawahnya. Dia enggan bercerita tentang pengalamannya berada di spa. Lebih tepat lagi bekerja di spa. Buat dia tidak mahu menjejakkan mana-mana premis bernama spa lagi.

“Kau jawab soalan aku dulu.”

“Saya pernah kerja dekat spa masa umur 17 tahun. Masa mula-mula saya kerja dekat sana, saya hanya kerja cuci tandas sahaja. Tapi lama-lama, mereka nak saya belajar bagi servis pada pelanggan. Masa tulah saya nampak pekerja dengan pelanggan sedang…” Azalea tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Rayan mengeluh perlahan. Apabila melihat wajah tidak selesa Azalea, dia faham apa yang gadis itu cuba sampaikan. Remaja lain sibuk belajar untuk ambil SPM manakala Azalea sibuk mencari duit untuk menanggung hidupnya. Jadi, dia tidak hairan gadis itu buat pelbagai kerja di usia yang muda.

“Kau buat apa lepas tu?”

“Saya lari.”.

“Bagus. Kalau kau tak nak masuk ke spa, tak apa.”

Mereka kembali masuk ke dalam kereta semula. Rayan memula menghidupkan enjin untuk meninggalkan kawasan itu. Jalan yang dia tuju bertentangan dengan jalan pulang ke rumah.

“Rumah arah sana. Kenapa encik lalu sini?”

“Aku lupa nak bagi tahu kau. Malam ni ada majlis untuk aku dan kau. Aku nak kenalkan kau pada semua orang yang kau tu bakal isteri aku. I want to let them know if they’re dare to lay a finger on Rayan’s, they die for sure.”

Tujuan kedua dia mengadakan majlis ini ialah untuk mengumpan musuh dalam selimut mereka. Musuh yang mahukan dia dan Azalea. Jika ada sesuatu yang berlaku pada dia mahupun Azalea pada malam ini, dia akan tahu siapa yang cuba mencari masalah dengannya.

“Macam majlis tunang?”

“Lebih kurang.”

Rayan memberhentikan kereta di sebuah hotel. Kali ini Azalea tidak banyak tanya, kerana dia tahu ini tempat yang akan berlangsungnya majlis yang dikatakan oleh Rayan. Pasti lelaki itu sudah menempah hotel untuk mereka berdua.

Bunga Pujaan Devil [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora