BAB 4: Culik

2.2K 125 1
                                    

"AZALEA dah makan ke?" soal Pak Hamdan.

Dia mendekati gadis itu yang sedang membelai anak kucing yang sedang tidur. Setelah selesai buat kerja, Azalea terus datang ke pondok pengawal keselamatan untuk melihat keadaan anak kucing. Pak Hamdan memandang tubuh cengkung itu dengan perasaan simpati.

"Belum lagi."

Sudah masuk waktu petang. Tetapi Azalea masih belum menjamah nasi. Sebelum ini, mana pernah dia nampak Azalea makan nasi bersama rakan sekerjanya di kafe staf. Gadis itu akan berada di sini apabila tiba waktu tengah hari. Dia tidak sanggup melihat Azalea mengikat perut semata-mata untuk menanggung keluarganya.

"Mari duduk sini. Pak cik ada beli nasi lebih."

Azalea tidak membantah. Bukan kali pertama pengawal keselamatan itu belanja dia makan. Ada sahaja makanan yang Pak Hamdan akan bagi padanya. Dia tiada duit untuk beli sebungkus nasi. Semua duit gajinya diserahkan kepada Sarimah. Jika dia ambil, Sarimah akan dera dia sampailah wanita itu puas hati.

Hati tua Pak Hamdan jadi runtun melihat wajah Azalea yang tidak memakai pelitup muka. Penuh luka dan lebam di sana sini. Sejak Azalea bekerja di sini setahun yang lalu. Kesan itu tidak lekang dari wajah polos gadis itu. Dia mahu membantu Azalea. Bukan dia menentukan nasib gadis. Dia hanya jadi pemerhati.

"Kenapa Azalea tak buat laporan polis?" Soalan yang sama dia ajukan pada Azalea setiap hari.

"Nanti dia bunuh saya," balas Azalea tidak beriak.

Jawapan yang sama keluar dari mulut Azalea Medina.

"Pak cik sedih tengok Azalea macam ni setiap hari. Azalea langsung tak pedulikan diri sendiri."

"Saya suka pak cik sebab pak cik ambil berat pasal saya. Itupun dah buat saya gembira," balas Azalea. Dia memaksa bibirnya untuk melakar senyuman nipis.
Pak Hamdan mengalah dengan kedegilan Azalea.

"Makanlah Azalea. Kalau nak makan apa-apa bagi tahu pak cik. Nanti pak cik belikan."

Habis waktu rehat, Azalea menyambung kerjanya seperti biasa. Apabila rakan sekerjanya rancak berbual tentang gaji telah masuk, Azalea jadi risau. Penat lelahnya selalu dirampas oleh Sarimah. Dia tidak pernah memegang duit sendiri. Adapun duit tambang bas yang cukup-cukup untuk sebulan. Duit untuk makan pula dia terpaksa ikat perut. Kalau dia minta lebih, Sarimah akan memukulnya tanpa belas kasihan.

"Aku nak beli make-up. Blusher yang aku nampak dekat Watson cantik gila."
"Aku dah beli. Pigmented gila warna dia. Kau patut beli."

"Seriuslah? Ni yang buat aku tak sabar nak beli."

Azalea hanya jadi pendengar kepada perbualan Mia dan Jeeha. Dia tidak tahu mencelah. Malah dia tidak tahu apa yang dibualkan oleh mereka berdua. Sebab dia tidak pernah kenal alat solek atau tempat dikatakan oleh rakan sekerjanya.

"Kita pergi mall nak hujung minggu ni? Tengok wayang ke..."

"Jom! Lea kau nak ikut kami tak?" ajak Mia.

Azalea menggeleng.

"Ish! Itu la kau! Kami ajak keluar kau tak nak. Lepas tu orang pakat mengata aku dan Mia pulaukan kau. Padahal kau sendiri tak nak lepak dengan kami." Jeeha bersuara. Mimik mukanya nampak menjengkelkan dengan Azalea.

"Susah betul berkawan dengan orang miskin macam kau," kata Mia.

Azalea gigit bibir bawah. Bukan terasa dengan ayat dikeluarkan oleh Mia. Tetapi dia sedang memikir semula ajakan mereka berdua. Dia teringin sangat ikut rakan sekerjanya pergi ke pusat beli-belah. Azalea belum pernah menjejakkan kaki di tempat sebegitu.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now