BAB 10: Death Threat II

2.1K 128 4
                                    

SEBAIK sahaja Rayan melangkah keluar dari perut kereta, dia ternampak Azalea sedang berdiri di taman. Selama seminggu Azalea tinggal di sini, ini kali pertama dia lihat gadis itu keluar dari biliknya. Ini bermakna pakar psikiatri yang dia ambil untuk Azalea buat kerja.

Gadis itu langsung tidak menyedari dirinya sedang diperhatikan oleh Rayan. Dia turut mendongak langit untuk melihat apa yang Azalea nampak di atas sana.

Langit cerah membiru.

Burung-burung berterbangan bebas di angkasa.

Pandangannya dihala ke arah Azalea kembali. Saat itulah mata mereka bertembung. Tiada senyuman yang terukir di wajah masing-masing.

Rayan mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Azalea masih pegun di situ. Matanya masih merenung tempat lelaki itu masih berdiri. Dia mahu menegur jejaka itu tapi bibirnya rasa dikunci. Dia mahu mengukir senyuman. Namun, senyumannya tidak akan seindah bunga azalea.

Sepanjang dia tinggal di sini, dia tidak pernah mengucapkan terima kasih pada lelaki itu. Apatah lagi menyoal Rayan sebab dia dibawa ke sini padahal mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Hubungan yang mereka ada hanya pekerja dan majikan. Atas sebab apa Rayan muncul menyelamatkan dia dari jadi seorang pembunuh?

“Cik Azalea.”

Seorang lelaki yang pernah lihat sebelum ini. Rasanya ada seorang lagi yang mempunyai wajah yang sama dengan lelaki itu.

“Kenapa berdiri dekat sini?” soal Hud.

“Saya tengok burung.”

Hud mengerutkan dahinya.

“Burung tu bebas tapi saya yang manusia masih lagi terperangkap dalam sangkar sendiri,” balas Azalea.

Hud agak tersentak dengan kata-kata gadis itu. Dia faham apa yang Azalea ingin sampaikan. Jika gadis itu masih lagi tidak dapat keluar dari traumanya, apatah lagi dia dan Haq. Masih terperangkap dalam masa silam dengan harapan Sumayyah akan kembali pada mereka.

Dia mengekori langkah Azalea masuk ke dalam rumah.

“Bos tak sepatutnya biarkan dia hidup macam tu aje. Belasah saja tak cukup. Lain kali orang upahan tu datang lagi. Bos bagi aje arahan pada aku untuk bunuh mereka. Aku boleh selesaikannya dengan sekelip mata!” kata Haq memendam marah.

“Kau ingat ni Sepanyol? Boleh buat apa yang kau nak,” balas Rayan.

“Kita minta tolong dengan…”

“Haq, boleh tak kau bercakap tu guna otak? Lagi satu, mata tu pandang orang sikit,” celah Hud.

Haq tidak dapat menyambung kata-katanya apabila melihat Azalea dan Hud berada di ruang tamu. Dia yakin yang Azalea dengar perbualan dia dengan Rayan. Dia sangka ada riak takut yang terlukis di wajah gadis itu. Kosong. Seolah-olah tidak mendengar apa yang dia cakap tadi.

“Hisy!” Hud menggosok belakang tengkuk.

Azalea dengar apa yang diucapkan oleh Haq. Tetapi dia tidak peduli apa lelaki itu boleh buat. Dia memandang ke arah Rayan yang sedang berehat di atas sofa. Jejaka itu langsung tidak menjeling ke arahnya walaupun tahu dia ada di situ. Dia memusingkan badan untuk naik ke bilik.

Haq menarik nafas lega apabila gadis itu tidak menyoal dengan lebih lanjut. Dia merebahkan badan di atas sofa. Nasib baik Azalea tidak menunjukkan rasa minat untuk mengetahui isi perbualan mereka.

“Dah seminggu dia ada dekat sini. Bos nak buat apa dengan dia?” soal Hud.

Rayan hanya mendiamkan diri. Dia tidak fikir lagi apa yang harus dia lakukan pada Azalea. Lagipun dia bawa gadis itu ke sini tanpa dirancang. Kalau dia halau Azalea keluar dari sini, di mana gadis itu akan tinggal? Jika dibiarkan begitu sahaja, dia yakin yang Azalea akan diambil kesempatan oleh orang-orang yang tidak dikenali.

Bunga Pujaan Devil [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt