BAB 9: Death Threat

2.1K 121 2
                                    

"URKK!"

Rayan mengeluarkan cerut yang terdapat di dalam saku seluarnya. Hujung cerut itu dinyalakan oleh Haq yang sentiasa membawa pemetik api di mana sahaja. Asap kecil berkepul-kepul keluar dari mulut dan puntung cerut tersebut. Kewarasan yang hilang tadi mula kembali perlahan-lahan.

"Urghh!"

Sebuah erangan yang keluar dari lelaki yang terbaring di atas lantai. Tangan diikat kemas dengan mulut disumbatkan dengan kain. Walaupun sudah dibantai teruk oleh Rayan, lelaki itu masih lagi boleh mengeluarkan suara. Rayan memijak dada lelaki itu tanpa rasa belas kasihan.

"I'm pissed off," kata Rayan sambil melepaskan asap yang disedut daripada ceruk.

Pada waktu tengah hari begini sepatutnya dia dapat berehat dengan tenang. Baru sahaja dia mahu keluar dari pejabat, Haq pula muncul dengan mengheret seorang lelaki yang sudah teruk dibelasah olehnya. Kata pengawal peribadinya, lelaki itu cuba memotong brek kereta Rayan.

"A child's play."

Rayan duduk mencangkung dengan menghembuskan asap di wajah lelaki yang sudah pecah dan penuh dengan lebam. Ceruk yang di berada di celah bibirnya dikeluarkan lalu ditekan pada wajah mangsanya sehingga api ceruk terpadam dengan sendiri. Lelaki itu meraung kesakitan apabila terkena api ceruk.

Sarung tangan yang dia pakai dari tadi ditanggalkan lalu dibuang ke dalam tong sampah kerana sudah dicemari dengan darah.

Telefon yang berada di dalam saku seluar dikeluarkan. Nombor telefon Datin Haliza ditekan. Dia tidak menunggu lama sebelum talian bersambung.

"Apa kau nak?" soal Datin Haliza. Suaranya jelas tidak menyukai dia dihubungi oleh Rayan.

"Putuskan wayar brek kereta takkan buat aku mati dengan senang. Itu hanya permainan budak-budak, Datin."

"Hei, anak pungut! Kau jangan nak tuduh aku macam-macam!" Datin Haliza meradang kerana dituduh mencuba untuk membunuh budak hingusan itu.

"Aku hantar voice message pada kau. Kau dengar sendiri apa yang orang upahan cakap apa. Oh, satu lagi... If you want to kill me, a sniper should be suffice. I have my assasins on stanby."

Rayan mengerling ke arah yang Haq sedang menguruskan badan orang upahan wanita itu. Rasanya lelaki itu masih lagi bernafas.

"Tak guna kau!"

Tut!

Datin Haliza menghempaskan telefonnya di atas katil sebaik sahaja talian terputus. Meja soleknya dihentak kuat untuk melepaskan amarah. Rancangannya dapat dihidu oleh Rayan.

Ini bukan kali pertama orang upahannya tertangkap dengan Rayan. Sungguhpun begitu dia tidak serik untuk melakukan perkara yang sama. Tujuannya untuk memberi amaran kepada Rayan supaya jangan menganggu keluarganya. Tapi bagaimana lelaki itu dapat menghidu rancangannya? Patutkah dia menerima nasihat budak hingusan itu? Mengupah pembunuh upahan?

Tidak!

Dia tidak mahu jadi pembunuh!
Cukup dengan apa yang terjadi 27 tahun lalu. Dia tidak mahu mencemari tangannya dengan darah.

Datin Haliza mundar-mandir di dalam biliknya. Dia perlu buat sesuatu sebelum Rayan menjatuhkan keluarganya dengan mengusir mereka dari rumah agam ini. Dia tidak bersedia menjadi miskin. Kemewahan yang dia dapat sekarang ialah hasil usahanya dalam mengusir madunya. Dia tidak akan melepaskan harta Tengku Marina.

Cara yang paling selamat adalah memaksa Damien berkahwin dengan pilihannya. Tetapi anaknya terang-terang tidak mahu mengikut kehendaknya.

Dia mencapai telefon yang terdampar di atas katil. Senarai kenalan dibuka. Jarinya pegun apabil ternampak sebaris nama yang sudah lama dia tidak hubungi. Kali terakhir dia mendial nombor tersebut 15 tahun lalu. Ketika menyambut hari jadi Damien yang ke-12. selepas tu, nombor itu tidak dapat dihubungi biarpun berkali-kali mencuba.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now