Bab 41: Rayya Elnara

1.5K 91 1
                                    

"BIAR betul bos ni," ucap Hud. Dia langsung tidak percaya apa yang didengarinya tadi. Mungkin telinga tersumbat dengan tali telinga sebab itulah dia tidak mahu dengar apa yang diucapkan oleh majikannya.

​"Cuba bos bagi tahu aku siapa yang bagi cadangan tu?" soal Hud.

​"Haq," balas Rayan.

​"Bos percaya dekat Haq ni?" Jarinya lurus ditunding ke arah Haq yang sedang makan aiskrim Nestle Mochi Boba.

​"Dah bos tak nak nama anak dia sama dengan Sumayyah. Aku bagilah cadangan letak nama sama dengan dia," ujar Haq. Dia membuka satu lagi plastik aiskrim.

​"Tapi hampir sama kut. Bos tak fikir dulu ke letak nama anak macam tu?" Hud masih meluahkan perasaan tidak puas hatinya.

​"Aku dah daftar dah nama dia dekat JPN." Rayan rasa tiada masalah dengan nama anaknya. Dia sendiri yang pilih. Dia suka dengan nama itu.

​Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dia meninggalkan dua beradik itu. Hari ini merupakan hari pertama dia bawa balik anaknya. Sudah dua minggu anaknya ditempatkan di dalam inkubator, doktor mengesahkan keadaan anaknya sihat seperti bayi normal. Jadi, dia boleh membawa pulang si kecil pada hari ini.

​"Encik Rayan," panggil seorang jururawat.
​Dia melangkah masuk ke dalam bilik di mana seorang doktor telah menunggunya di situ. Rayan mendengar penerangan doktor dengan penuh teliti. Anaknya bergantung pada susu formula buat masa sekarang ini. Jika dia nampak perubahan warna pada badan anaknya, dia perlu ke hospital dengan segera.

​Tangisan bayi semakin lama semakin jelas di pendengarannya. Seorang jururawat melangkah masuk ke bilik sambil mendukung seorang bayi perempuan. Dia segera bangkit dari kerusi apabila jururawat itu menyerahkan si kecil kepadanya. Tangannya sedikit menggeletar saat menyambut huluran itu. Terus tangisan bayi itu terhenti saat berada di dalam pelukannya.

​Iris kelabu yang basah dengan air mata diseka dengan hujung jari. Tangan si kecil menangkap jarinya sambil menggariskan satu senyuman nipis. Seolah-olah sudah lama mengenalinya. Hati Rayan yang terasa kosong seperti diisi dengan sesuatu yang indah.

​"Baru lepas bangun tidur sebab tu menangis. Nak dengan papa dia rupanya," ujar jururawat itu sambil tersenyum ke arah dua beranak itu.

​"Terima kasih, doktor, nurse," ucap Rayan sebelum melangkah keluar dari situ.

​Rayan terduduk di atas bangku di tepi kaki lima. Wajah si anak dipandang lama. Pipi si kecil semakin tembam berbanding kali pertama dia menatap wajah mulus itu. Hidungnya mancung, bibirnya merah merekah, alis mata yang lentik, dan bentuk wajah anaknya sama seperti Azalea. Kecuali iris si kecil mempunyai rona yang sama dengan matanya.

​"Lea suka mata abang. Cantik."

​Ayat itu menerjah mindanya.

​Ya, Lea. Cantik sangat.

​"You look like your mother. At least, your eyes tells me that you're my daughter."

Wajah si anak dikucup dengan rasa kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Anak yang dia enggan terima saat menerima khabar isterinya mengandung buat dirinya jadi begini. Dia lupa dirinya yang jahat. Rayan jadi lupa dirinya seorang yang kejam. Wajah suci itu buat dia rasa seperti orang lain.

"If your mother is my goddess, then you're my baby angel."

Anaknya tersenyum.

"Suka ya? Jom kita jumpa mama."

RAYAN meletakkan si kecil di sisi Azalea yang masih tidak sedarkan diri. Sudah dua minggu kemalangan berlaku, isterinya masih lagi lena dibuai mimpi. Dia hilang arah untuk meneruskan hidupnya seperti biasa. Mujur ada si anak yang buat Rayan terus bertahan hari demi hari.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now