BAB 20: Confession

2K 106 2
                                    

MEREKA berdua masuk ke dalam kereta. Rayan menghidupkan engin kereta untuk beredar dari kawasan Hotel Golden Palace. Dia dapat rasakan hotel itu sudah dikawal sepenuhnya oleh musuhnya kerana dia tidak terserempak mana-mana staf hotel semasa lalu di lobi tadi. Pengawal keselamatan pun tiada semasa dia mengambil kereta di parkir kereta.

Ini bermakna kejadian malam ini sudah dirancang oleh seseorang yang mahukan nyawanya. Tidak terkecuali dengan Haq dan Hud yang mempunyai ramai musuh sepertinya. Dia tidak dapat menyenarai pendekkan musuh yang dia ada kerana dia telah selesaikan urusan dengan musuhnya sebelum pulang ke Malaysia. Noah juga memberi jaminan bahawa musuh mereka tidak akan mencari Rayan sehingga ke Malaysia.

“Kita nak pergi mana?” soal Azalea.

Suara gemersik bunga itu memecah khayalan Rayan.

“Tempat untuk kita berehat malam ni. Kau mesti penat, kan?”

“Lea okey, aje. Tapi abang tu. Muka abang…”

Azalea tidak sanggup meneruskan kata-katanya. Wajah kacak suaminya dihiasi dengan luka dan lebam. Hatinya risau melihat darah yang mencemari muka Rayan sekarang ini.

“Lea…”

Tangannya dicapai oleh Rayan lalu dibawa ke bibir lelaki itu. Jari-jemarinya dikucup dengan lembut membuatkan perut Azalea rasa bergetar sedikit dengan tindakan suaminya. Rayan melemparkan senyuman kepada isterinya.
“Abang tengok la dekat depan tu. Nanti terlanggar macam mana?” Azalea bersuara kerisauan apabila fokus suaminya tertumpu pada wajahnya sekarang ini.

Tesla yang dipandu oleh Rayan ditetapkan kepada mod auto-memantu. Jadi, dia tidak perlu risau keselamatan mereka sekarang ini. Kerusi ditolak ke sedikit ke belakang.

“Mari sini duduk atas riba aku,” arah Rayan sambil menepuk pahanya.

“Tapi berbahaya la, bang.”

“Masa kita kena kejar kau boleh pula duduk atas riba aku. Itu tak berbahaya ke? Kau tak perlu risau. Kereta ni boleh kawal sendiri kalau aku tak pegang stereng. Mari sini duduk atas riba aku,” gamit Rayan lagi.

Azalea bergerak ke ruang pemandu seperti di arahkan oleh suaminya. Tangan Rayan sudah melinggar di pinggangnya saat dia duduk di atas riba lelaki itu. Jarak mereka terlalu dekat sehingga Azalea dapat merasa nafas hangat suaminya menampar pipi. Pandangan mata Rayan nampak berbeza daripada biasa.

Rayan menurunkan sedikit belakang kerusinya agar dia dapat bersandar dengan selesa. Badan isterinya terasa menghempap tubuhnya saat dia laraskan kerusi tadi. Tangan isterinya berusaha menekan dadanya agar dada Azalea tidak menekan dadanya. Wajah Azalea sudah merah merona menimbulkan segaris senyuman di wajah Rayan.

“Lea. Azalea. Pandang aku,” panggil Rayan dengan suara yang paling lembut belum pernah dia lontarkan sebelum ini.

Azalea mendongakkan sedikit wajah untuk bertentang mata dengan suaminya.

“Aku takkan minta maaf pada kau atas apa yang berlaku pada malam ni. Aku dah bagi amaran pada kau awal-awal sebelum ni.”

“Lea tak kisah.”

“Aku nak berterima kasih dengan kau. Kau terima aku jadi suami kau walaupun aku sekejam syaitan…”

“Abang bukan macam tu,” celah Azalea.

“Sebab kau, aku berhenti fikir yang aku bukan devil. Hanya kau saja nampak aku seperti manusia. Hanya kau saja terima sisi buruk aku. Hanya kau saja tak lari bila tengok kejahatan aku. Sebab itu aku takkan lepaskan perempuan macam kau. Kau tak pernah takut pada aku. Aku nak kau jadi milik aku buat selama-lamanya.”

Bunga Pujaan Devil [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat