BAB 23: Restoran Bunga

1.7K 99 20
                                    

SETELAH penat menjelajah bandar Georgetown pada hari keempat, Restoran Bunga menjadi pilihan Azalea dan Rayan untuk makan tengah hari dan berehat. Hanya premis ini sahaja yang lenggang daripada pelanggan menjadi pilihan mereka. Rata-rata kedai makan yang lain sudah penuh dan sesak dengan pelanggan. Rayan pula tidak mahu bersesak dengan orang ramai kerana kepalanya sudah berdenyut-denyut sakit.

Sebaik sahaja mereka masuk, pelanggan yang lain sudah angkat kaki meninggalkan Rayan dan Azalea berada di dalam Restoran Bunga.

“Abang tengok ada banyak masakan Kelantan. Lea tengok dalam Google semua makanan Kelantan sedap-sedap,” kata Azalea sambil menunjukkan buku menu di tangannya.

“Pilih aje makanan yang kau nak makan,” kata Rayan.

“Abang tak nak makan?”

“Aku tak ada selera.”

“Abang kena makan. Pagi tadi abang makan sikit aje itu pun muntah balik.” Azalea beriak risau.

“Kalau aku makan nanti muntah balik macam mana? Sia-sia aku makan.”

“Tak apa. Lea makan bagi pihak abang.”

“Makanlah, Lea.”

Dalam masa yang sama, sekumpulan tujuh orang lelaki asing dengan cacahan tatu di badan mereka masuk ke dalam Restoran Bunga. Mereka mengambil tempat di sudut restoran yang paling jauh. Buku menu di atas meja langsung tidak disentuh oleh mereka. Mata mereka asyik melirik ke arah pasangan suami isteri itu.

Azalea menggamit pelayan restoran untuk mengambil pesanan mereka. Seorang lelaki mendekati mereka dengan buku nota sebesar tapak tangan. Wajahnya kelihatan serius saat mendekati pasangan itu. Dia menoleh ke belakang untuk menghantar isyarat kepada isterinya yang sedang berada di kaunter pembayaran.

“Saya nak nasi kerabu, pulut durian dan air gula melaka. Itu aje, encik,” beritahu Azalea.

“Ini pesanan yang puan nak.”

Dia mengoyakkan kertas lalu diletakkan di atas meja. Riak Rayan terus berubah apabila membaca pesanan yang ditulis pada kertas itu. Pandangan mata berlaga antara satu sama lain. Dia mengangguk kecil sebelum melangkah pergi ke dapur.

Suspicious. Seven. Armed.

Tiga patah perkataan yang membuatkan reaksi Rayan berubah serta-merta. Namun, dia perlu berlakon tidak mengetahui situasi yang sebenar. Mereka mungkin menunggu masa untuk menyerangnya.

Tangan isterinya digenggam lembut untuk memberitahu Azalea tentang perkara yang sebenar. Rambut yang terjuntai di tepi telinga Azalea diselit ke belakang cuping telinga agar isterinya dengar apa yang dia mahu katakan ini. Dia berharap Azalea tidak panik.

“Lea, kata nak pergi tandas kan?” soal Rayan.

Azalea terkebil-kebil memandang suaminya yang mengajukan soalan itu. Pandangan mata Rayan menunjukkan kedinginan seperti kejadian di Hotel Golden Palace. Senyuman diukir oleh Azalea apabila mengerti ucapan suaminya.

“Mana tandas ya?”

“Kau tanya orang dekat kaunter tu, boleh?”

Azalea angguk. Dia bangkit dari kerusi menuju ke kaunter pembayaran seperti yang diarahkan oleh suaminya. Seorang wanita mengandung berdiri di situ menanti kehadirannya. Dia menoleh sekilas ke arah Rayan sebelum perkara buruk terjadi selepas ini.

“Tandas dekat mana?” soal Azalea.

“Mari saya tunjukkan,” ujar wanita itu.

Wanita mengandung itu menarik tangan Azalea supaya mengekorinya ke bahagian dapur. Itulah tempat yang paling selamat bagi mereka buat sementara waktu. Wanita itu membuka pintu yang mempunyai tanda stor di situ. Mereka melangkah masuk ke dalam sebelum dikunci dari dalam.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now