Bab 40

1.4K 88 2
                                    

SEBAIK sahaja tiba di sebuah rumah agam. Rayan mengheret Tengku Marina masuk ke dalam kediaman itu. Kehadiran mereka memeranjatkan penghuni rumah tersebut yang sedang bersarapan pagi. Mereka semua menuju ke ruang tamu untuk melihat apa yang berlaku di antara Rayan dan Tengku Marina.

​"Kau cakaplah apa yang kau dah buat pada Azalea!" jerkah Rayan.

​"Aku tak bersalah. Yang bersalah dalam hal ini ialah betina tu! Kau yang bersalah Haliza! Kau yang mulakan dulu! Kau berpakat dengan Khalid untuk goda aku sampai aku kahwin dengan jantan ni. Lepas tu kau muncul dalam hidup aku sebagai isteri kedua Khalid. Hebat permainan kau, perempuan!

Tapi mesti kau tak sangka yang kita mengandung pada masa yang sama, kan? Kau rancang nak culik anak aku. Lepas tu cakap anak aku mati supaya aku jadi gila meroyan. Tapi aku lebih bijak dari kau! Aku tukar anak kita. Kau tengoklah sekarang ni? Siapa yang lebih menderita? Aku atau kau?" ucap Tengku Marina dengan angkuh sekali.

​"Memang aku salah! Memang aku kejam sebab nak culik anak kau! Kau berjaya Marina! Kau berjaya buat aku jadi macam ni!" jerit Datin Haliza.

​"Kau yang seksa anak aku ! Kau yang buat anak aku menderita! Azalea... Azalea tak bersalah! Kenapa kau nak ambil nyawa dia? Kenapa kau buat anak-anak kita macam ni?" Air mata sudah mengalir di pipinya.

​"Kau yang mulakan dulu, Haliza! Kau jangan salahkan aku!"

​"Kenapa kau tak balas pada aku? Kenapa kau buat macam tu pada Azalea?"

​"Kau dan anak kau patut menderita!"

​"Sudah cukup!" Suara Datuk Khalid bergema untuk menghentikan persengketaan yang dicetuskan oleh isteri-isterinya.

​"Ini sebabnya you hilang bertahun-tahun. Semata-mata nak buat hidup anak-anak kita menderita? Macam tu ke you nak, Marina?"

​"I nak tuntut semula harta ayah I! Dengan adanya Damien sebagai anak kandung I, semua harta arwah jatuh dalam tangan I. Kau semua boleh berambus dari sini. So, macam mana rasanya Haliza bila rancangan kau rampas harta aku tak berjaya?"

​"Kenapa you nak bahayakan nyawa Azalea? You boleh tuntut harta tu bila-bila masa yang you nak. Tapi kenapa sekarang Marina? You memang sengaja nak bunuh Azalea?" tengking Datuk Khalid.

​"Memang! Memang I sengaja! I tak peduli selagi I tak buat hidup you dan Haliza sengsara! Puas hati aku!"

​"You memang ada hak nak marah pada I dan Liza yang memperdayakan you, Marina. I ikut telunjuk you Liza. Sampaikan I tak tahu mana yang betul mana yang salah. Tapi I nampak siapa yang lebih kejam sekarang ni. Tindakan you yang buat Azalea macam ni dah melampau! Disebabkan you anak-anak kita menderita!" marah Datuk Khalid.

​"Siapa anak I? Rayan? Azalea? Mereka bukan anak I. Anak I yang sebenar ialah Damien. Satu-satunya anak yang I ada hanya Damien. Dengar sini Damien, apa yang mama buat ni demi Damien tau? Kalau tak, dah lama Damien kena seksa dengan betina ni!" ujar Tengku Marina.
​Dahi Damien sudah berkerut seribu mendengar ucapan wanita itu. Tengku Marina yang disangkanya hilang telah muncul kembali.
Bukan itu sahaja, wanita itu mengaku dia anak kandungnya. Bukankah anak sebenar Tengku Marina ialah Azalea? Bagaimana pula boleh jadi macam ni?

​"Apa yang Mama Rina cakap ni? Damien tak faham?"

​"Damien sayang... Mama, mama kandung Damien. Bukan betina tu. Faham?"

​Irisnya beralih pada wajah Datin Haliza, Datuk Khalid dan Rayan untuk mendapatkan kepastian daripada ucapan itu. Mereka semua mendiamkan diri membenarkan apa yang diucapkan oleh Tengku Marina. Ini bermakna ketiga-tiganya sudah lama mengetahui hal ini. Dia seorang sahaja yang masih berada di dalam dunia sendiri. Berdasarkan perbualan dua wanita itu, dia faham apa yang dikatakan oleh mereka berdua.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now