BAB 8: Don't Wither

2.2K 133 17
                                    

WAKTU kerja sudah lama tamat. Tetapi Rayan masih berteleku di meja kerja untuk menghabiskan sisa-sisa kerja yang masih tinggal. Haq dan Hud sudah lama meminta diri untuk pulang ke rumah kerana mereka dibayar sehingga pukul lima petang sahaja. Kalau Rayan mahu mereka terus bekerja, dia terpaksa bayar gaji asing pula.

Dokumen yang terakhir disemak menamatkan waktu kerjanya hari ini. Dia mengemas kertas-kertas yang berselerak di atas meja. Namun, kertas yang dikacipkan dengan stapler menarik perhatiannya. Kertas itu mengandungi maklumat tentang Azalea Medina. Nama, umur, dan alamat tempat tinggal tertera di situ.

Sejak bila gadis itu jadi mangsa penderaan?

Jika diingat kembali, Azalea berniat untuk mencederakan diri semasa dia hendak menghantar makanan pagi tadi. Dia tidak kisah apa yang gadis itu mahu lakukan pada dirinya sendiri. Apa yang dia kisah adalah dia tidak mahu syarikatnya jadi tempat bunuh diri. Jika dia terlambat sedikit, pasti keadaan akan jadi lebih rumit.

Kertas itu dibuang ke dalam tong sampah. Azalea Medina bukan lagi masalah baginya. Dia perlu fokus pada rancangannya untuk memusnahkan keluarga Datuk Khalid dan Datin Haliza. Salah satu matlamatnya untuk membongkarkan perbuatan jahat mereka pada Tengku Marina dan anaknya.

Pintu lif terbuka.

Rayan melangkah keluar dari kotak lif tersebut dengan masalah kerja yang memberat di kepala. Dia menggunakan pintu belakang syarikat untuk ke tempat letak kereta. Pondok pengawal keselamatan kelihatan sunyi. Mungkin pengawal keselamatan membuat rondaan. Dia terus menuju ke keretanya.

Azalea.

Azalea.

Azalea Medina.

Nama itu bermain di fikiran Rayan. Nama sekuntum bunga azalea. Bunga yang cantik dengan maksud yang indah iaitu kekal abadi, kebebasan dan…

Rayan memberhentikan kereta apabila lampu isyarat bertukar merah. Dia tahu makna bunga tersebut sebab Tengku Marina dulu sangat suka menanam bunga di rumah. Nak tak nak dia terpaksa mendengar apa yang Tengku Marian sampaikan. Dia teringatkan sesuatu tentang bunga azalea.
Mengikut mitos suatu ketika dulu, bunga ini digunakan sebagai satu ancaman bunuh.

Lampu isyarat bertukar hijau.

Rayan membuat pusingan tajam untuk menukar laluannya. Dia menekan pedal minyak untuk menambah kelajuan supaya dia tiba di destinasi dengan segera. Kesesakan lalu lintas tidak menghalang Rayan dari terus memecut laju di atas jalan raya. Dia memberhentikan kereta sebaik sahaja tiba di kawasan pangsapuri.

Dia terus mendaki tangga yang rasa seperti tiada penghujung. Langkahnya dipercepatkan apabila tiba di tingkat yang dia mahukan. Kaki Rayan pegun di hadapan sebuah rumah dengan pintu yang terbuka sedikit. Telinganya menangkap jeritan seorang wanita dan suara Azalea.

Tangannya menolak pintu rumah tersebut. Rayan masih tenang apabila melihat apa yang terbentang di ruang matanya. Adakah membiarkan Azalea pulang ke rumah merupakan keputusan yang tepat?

“Stop there, Azalea Medina.”

Gadis itu mendengar ucapannya. Tangan Azalea masih kaku di udara buat seketika. Hanya sementara sebelum menujah laju ke arah wanita gempal yang ditindih oleh Azalea. Rayan terus menerpa ke arah mereka. Tangan gadis itu dipegang kejap dari belakang. Dia menarik nafas lega apabila mata pisau tidak terbenam di dalam leher wanita itu.

“Lepaskan pisau ni,” arah Rayan.
Azalea buat apa yang diarahkan oleh lelaki itu. Dia bangun dari terus duduk di atas badan Sarimah yang sudah lama kelihatan tidak bermaya. Mungkin sudah banyak kehilangan darah. Dia terduduk sambil menyandarkan badan di dinding. Matanya merenung tubuh Saribah yang terbaring lemah di atas lantai.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now