Bab 26: Culik

1.7K 104 0
                                    

RAMBUTNYA direngkuh kasar daripada belakang menyebabkan wajahnya terdongak ke atas. Mukanya sudah menyeringai kesakitan apabila rambut yang dicengkam seperti mahu tercabut dari kulit kepala. Tepi bibir yang bengkak dan berdarah juga terasa berdenyut-denyut kesakitan. Dia mampu mengacip gigi menahan segala kesakitan yang dia terima.

Seksaan ini akan berakhir jika waktu menginjak pukul dua petang. Dia perlu bertahan selama lima minit lagi. Selepas itu dia akan bebas daripada dibuli oleh mereka.

“Geng, aku dah bosan berkawan dengan dia,” ujar seorang remaja lelaki.

“Kalau kau tak nak berkawan dengan dia, siapa nak berkawan dengan si lembik ni?” sahut rakannya.

“Habis tu siapa nak jadi punching bag kita kalau bukan dia?”

Soalan itu menimbulkan gelak tawa tiga orang remaja itu.

“Tak syok bila punching bag kita dah tak pandai melawan macam dulu. Tak ada function. Kau tengoklah sekarang ni? Diam aje. Geram aku nak tumbuk.”

Buk!

Satu penumbuk dilepaskan pada wajahnya membuatkan genggaman pada rambut terlepas. Badannya sudah tergolek di atas rumput. Kepala tertunduk menekur tanah dengan berpura-pura tidak berdaya untuk bangkit kembali. Dia berharap tiga orang remaja itu akan berlalu pergi. Jangkaannya meleset, apabila kepalanya dipijak kuat dengan tapak kasut menyebabkan mukanya bergeser dengan tanah.

“Woi, Ian. Esok aku datang sekolah lagi. Aku nak kau sihat macam biasa supaya aku boleh buat kau jadi punching bag aku lagi. Faham?” ugut lelaki itu.

Buk!

Satu sepakan diberikan sebelum mereka melangkah pergi dari situ. Ian sudah mengerekot kesakitan di atas rumput. Perutnya dipegang kejap kerana terasa senak disepak oleh rakan sekelasnya. Sebelah tangan lagi sudah mencengkam rumput untuk melampiaskan apa yang dia rasa sekarang ini.

Ini bukan kali pertama Ian dibuli. Sudah dua tahun berturut-turut dia dibuli oleh mereka. Sejak dia melaporkan kumpulan pelajar itu menghisap rokok kepada guru disiplin, dia menjadi mangsa buli mereka bertiga. Apabila dia cuba beritahu guru tentang apa yang mereka bertiga buat padanya, mereka langsung tidak dikenakan apa-apa tindakan. Sebabnya pengetua sekolah mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa mereka.

Ian cuba beritahu Datin Haliza dan Datuk Khalid tentang apa yang dia lalui di sekolah. Ibu bapanya anggap itu hanyalah gurauan rakan sekelasnya. Tempat dia mengadu masalah tidak mempercayai kata-katanya. Pihak sekolah mahu menutup mulut tentang kes buli yang berlaku bagi menjaga imej. Damien terlalu sibuk untuk mengambil tahu tentang dirinya.

Dia?

Mulutnya sudah dikunci serapat-rapatnya sebelum dia membuka cerita.

Dia bangkit daripada pembaringan setelah dapat meredakan kesakitan yang dia terima tadi. Beg yang terdampar di atas rumput dibaling ke belakang badan. Ian tidak rasa mahu pulang ke rumah hari ini. Kalau dia balik ke rumah, mama pasti akan menambah bara di hatinya. Bukan mahu bertanya apa yang dia lalui. Malah dia akan dipersalahkan lagi.

Ke mana dia harus tuju?

Di mana yang boleh menerima kehadirannya?

Siapa yang boleh mendengar ceritanya?

“LEA,” panggil Rayan.

Azalea buat-buat tidak dengar. Badannya dipaling ke arah dinding kaca sebuah kedai yang menjual manisan. Dia menelan air liur apabila melihat pelbagai jenis manisan yang tersusun indah di hadapan matanya. Gula-gula dalam pelbagai bentuk dan perisa. Selain itu, pencuci mulut juga dijual di situ.

“Azalea Medina.”

Kali ini Rayan seru nama penuh isterinya. Tetapi Azalea langsung tidak mempedulikan panggilannya. Masih membatu dengan membelakanginya.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now