Bab 32: Ragu-Ragu

1.4K 88 11
                                    

TIGA bulan kemudian.
Azalea sudah bersiap-siap untuk pergi ke klinik pada hari ini. Langkahnya diatur keluar dari bilik tidur menuju ke bilik Tengku Marina yang paling hujung sekali. Dia berdiri di muka pintu melihat Rayan membantu mama minum air.

Sejak kejadian pindah perabot tiga bulan lepas, hubungan Azalea dan Tengku Marina terus renggang. Dia langsung tidak menghiraukan kemesraan yang ditunjukkan oleh mama sendiri. Bila Rayan ada di rumah, Tengku Marina berusaha mengambil hatinya. Bila suaminya pergi kerja, dia tidak dipedulikan oleh wanita itu.

Dari situ Azalea boleh nampak bahawa Tengku Marina tidak pernah melihatnya sebagai anak kandung. Wanita itu lebih mengagungkan Rayan. Setiap perbualan mereka, mesti ada nama suaminya. Seolah-olah dirinya bukan anak wanita itu.

"Abang cepatlah. Kita dah lambat pergi klinik," gesa Azalea. Dia langsung tidak teringin menjenguk wanita yang terbaring di atas katil.

"Lea..." Rayan menghampiri isterinya yang sudah masam mencuka. Dia serba-salah mahu mengatakan hal yang sebenar pada Azalea.

"Kenapa? Abang tak jadi teman Lea pergi klinik ke?" teka Azalea dingin.

"Mama demam. Tak ada siapa nak jaga mama dekat rumah."

"Mak cik kan ada."

"Ya. Tapi mama tak biasa kena jaga dengan pembantu rumah."

Azalea tersenyum sinis apabila mendengar ucapan suaminya.

"Abang, tak mati lagi kalau kena jaga dengan pembantu rumah. Mak cik pun manusia juga. Abang pun pernah cakap yang mak cik dulu kerja dengan mama dekat rumah agam sana. Takkan mama tak biasa dengan mak cik kut?" bidas Azalea geram.

"Ya, Lea. Tapi aku saja yang mama harapkan. Kau kena faham." Rayan cuba memujuk isterinya dengan sebaik mampu.

"Lea saja ke yang kena faham abang? Habis siapa nak faham Lea? Pembantu rumah? Tukang kebun? Yalah, kan? Mereka sama taraf dengan Lea. Sama-sama tak sekolah tinggi. Sama-sama miskin. Tak macam abang dan mama yang berpelajaran!"

"Lea, aku ada tanggungjawab aku sebagai anak."

"Habis tu mana tanggungjawab abang sebagai suami? Abang, bukan sekali perkara ni jadi macam ni. Setiap kali ada appointment dengan klinik, mama demam la, mama jatuh dalam tandas la... Macam-macam alasan mama bagi. Last-last, Lea juga kena pergi sendiri! Sedangkan abang tahu bila-bila musuh kita serang Lea."

"Hud dan Haq ada jaga Lea."

"Tapi Lea nak suami Lea! Mereka hanya pekerja," tegas Azalea menjawab.
Rayan menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mengawal perasaan marah. Dia tidak mahu meninggikan suara pada si isteri.

"Lea..."

"Tak payah cakap apa-apa! Lea dah tahu apa alasan abang! Cakap kami ni penting pada abang. Tapi abang tetap lebihkan mama dari Lea!"

Azalea terus berlalu dari situ. Dia memijak tangga dengan berhati-hati. Dalam keadaan sarat begini, dia terpaksa pergi ke klinik seorang diri tanpa suami. Semuanya angkara Tengku Marina yang mahukan Rayan lebih dirinya. Dia sebagai isteri selalu makan hati dengan perbuatan Rayan yang selalu utamakan mama.

SELEPAS pulang dari pemeriksaan kandungan, Azalea terus naik ke bilik kerana penat dengan kejadian hari ini. Soalan yang diajukan doktor dibalas dengan ala kadar. Hatinya masih panas kerana Rayan langsung tidak menelefon bertanya khabar tentang dirinya selama dua jam keluar rumah.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now