BAB 18: Keluarga

2.1K 96 0
                                    

MAJLIS persandingan Azalea dan Rayan diadakan di sebuah hotel yang terkenal iaitu Hotel Golden Palace. Tetamu yang hadir terdiri daripada orang ternama, berpangkat dan semestinya berpengaruh di Malaysia. Oleh itu, keselamatan menjadi keutamaan Rayan memandangkan hampir separuh tetamunya merupakan orang-orang terpenting.

Dalam ramai-ramai tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis, pasti ada musuh yang menyelinap masuk tanpa diundang. Jika mereka berniat untuk melawannya pada malam ini, dia tidak teragak-agak untuk mengangkat senjata di hadapan khalayak ramai.

Rayan menolak pintu bilik hotel isterinya yang sedang bersiap untuk majlis persandingan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Sepatutnya hari ini, mereka akan bergelar suami isteri yang sah. Tetapi disebabkan kes isterinya yang hampir dirogol tiga minggu lepas dan juga identiti sebenar Azalea terbongkar. Dia terpaksa mempercepatkan akad nikah mereka. Rayan langsung tidak menyesal apabila mereka berkahwin lebih awal dari yang dirancangkan.

Majlis persandingan ini hanya untuk memperkenalkan isterinya kepada semua orang. Biar semua orang tahu yang Azalea sudah sah jadi miliknya. Lebih-lebih lagi dia mahu tunjuk kepada Datin Haliza bahawa bayi yang dibuangnya dahulu sudah jadi haknya. Dia mahu wanita itu sedar bahawa harta yang dimiliki oleh Datin Haliza akan jadi milik Rayan dan Azalea tidak lama lagi.

Dia mendekati Azalea yang cantik memakai gaun pengantin berwarna putih dari belakang. Leher yang terdedah dicium beberapa kali sebelum tangan isterinya menolak wajahnya. Azalea menoleh ke belakang untuk bertentang mata dengannya.

"Kau cantik sangat hari ni. Aku rasa nak gigit kau sekarang ni juga," ujar Rayan.

"Abang ni tak penyabar langsung."

"Buat apa aku sabar dekat kau yang boleh aku makan sesuka hati aku."

Wajah Azalea merah merona mendengar ucapan Rayan. Suaminya tidak pernah menjaga kata apabila bercakap dengannya berkaitan dengan bilik tidur. Tapi mujur Rayan hanya kata di depannya sahaja. Tidak pernah berkelakuan begini di hadapan Hud atau Haq. Mungkin suaminya mahu menjaga privasi mereka berdua.

"Lea, hari ni semua orang tahu nama kau Azalea Medina. Mereka akan ingat muka kau, nama kau dan siapa kau pada aku. Semua orang akan kenal kau sebagai isteri kepada Rayan Edrise. Kalau mereka berani apa-apakan kau, kau sebut nama aku. Aku akan seksa mereka seperti mana kau rasa, mi diosa."

Kekura tangan isterinya dibawa ke bibir lalu dikucup lama. Dia telah bersumpah untuk jaga bunga ini sebaik mungkin. Dia sudah berjanji pada diri sendiri untuk melindungi wanita kesayangannya. Jika berlaku sesuatu pada Azalea, dia boleh jadi gila. Dia boleh jadi sekejam syaitan.

"Selepas ni, hidup kau takkan aman lagi. Mungkin ada musuh aku yang akan target kau untuk jatuhkan aku. Mereka akan gunakan untuk bunuh aku. Aku akan..."

Azalea menekup mulut suaminya.

"Abang ni banyak cakap tahu tak? Bahaya atau tak, Lea tak kisah. Apa yang penting abang ada dengan Lea. Itu dah cukup bagi Lea."

Rayan mencium telapak tangan Azalea yang menekup mulutnya lalu digenggam erat.

"Apa aku nak buat dengan kau ni? Kau langsung tak tahu rasa takut."

"Sebab Lea isteri abang, Rayan Edrise."

Rayan tidak dapat menyembunyikan senyumannya apabila mendengar bait yang dikeluarkan dari dua ulas bibir itu. Hanya wanita ini sahaja yang mampu buat dia rasa teruja begini. Satu-satunya wanita yang buat rasa ingin memiliki seseorang dengan begitu kuat.

Hanya Azalea Medina mampu buat Rayan Edrise mengalah pada perempuan.

DATIN Haliza tidak betah melihat pasangan pengantin yang sedang duduk di atas pelamin itu. Dia tidak ingin menjejakkan kaki di majlis orang yang dia benci seumur hidup. Dia datang ke mari kerana dipaksa oleh Datuk Khalid. Anak-anaknya juga turut serta di dalam majlis ini.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now