Bab 27

1.5K 97 4
                                    

TESLA yang dipandu Haq meluncur laju di jalan raya tanpa menghiraukan peraturan yang ditetapkan. Dia tidak peduli asalkan van yang menculik Azalea tadi dapat dikesan semula. Kelajuan kenderaan itu semakin lama semakin bertambah apabila jalan raya semakin lenggang dengan kenderaan awam.

Wajah Haq yang selalu tenang dalam apa jua keadaan sudah bertukar serius. Situasi ini lebih menakutkan dirinya berbanding pengalaman berbahaya yang dia hadap sepanjang dia hidup. Ini kali kedua dia merasa ketakutan ini setelah apa yang terjadi pada Sumayyah 18 tahun lalu. Disebabkan kecuaiannya dia meletakkan adik bongsunya dalam bahaya menyebabkan hidup mereka tiga beradik merana.

Kali ini dia mahu menebus kesilapan itu. Dia tidak mahu meletakkan nyawa Azalea dalam bahaya. Wanita itu sudah dilihat seperti adiknya sendiri. Setiap kali dia pandang Azalea, Haq ternampak bayang-bayang Sumayyah dalam diri wanita itu. Sampai satu saat yang dia ingat bahawa Azalea ialah Sumayyah.

Walau apa jua cara sekalipun, dia akan selamatkan Azalea. Tidak akan akan ulangi kesilapan masa lalu itu. Dia tidak akan melihat sahaja Azalea dibawa pergi begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa. Dia tidak mahu sesiapa yang dia kenal menderita kerana kecuaianya.

“Tu! Van yang culik Kak Lea!” beritahu Ian.

“Bagus. Aku takkan biarkan mereka terlepas.”

Tesla yang dipandu Haq mengubah laluan untuk mengejar van penculik. Jalan yang diambil oleh penjahat itu menuju ke lebuhraya. Keadaan itu akan memudahkan Haq untuk menyerang van itu tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Tiada kenderaan lain yang berada di situ melainkan dia dan penculik.

Kereta diubah kepada mod auto-memandu. Kerusi direbahkan ke belakang bagi memudahkan Haq bergerak ke tempat penumpang belakang. Dia menarik satu butang yang berada di bawah kerusi. Kerusi penumpang ditolak ke atas. Segaris senyuman terbentuk di wajahnya apabila melihat bawah kerusi itu penuh dengan senjata api. Tidak sia-sia dia dan Hud ubahsuai kenderaan ini untuk dijadikan simpanan senjata.

Mata Ian sudah terbeliak melihat pelbagai jenis senjata yang tersusun di bawah kerusi penumpang itu. Ini kali pertama dia melihat senjata yang berbahaya di hadapan mata.

“Kau pernah guna senjata ni?” soal Haq.

“Kar98k dalam PUBG,” balas Ian. Matanya tidak berkelip memandang senapang yang berada di tangan lelaki itu. Air liur ditelan dengan payah.

“You do have eyes for a weapon. Aku pun suka guna senapang tu. Hud pun kalah dengan aku. Kau ambil yang ni sama dengan Kar98k,” beritahu Haq sambil menyerahkan senjata itu kepada si remaja.

Tangan Ian sudah menggeletar memegang senjata itu. Selain daripada PUBG, ini kali pertama dia sentuh senjata yang sebenar. Dahinya sudah berpeluh mengenangkan apa yang berada di dalam tapak tangannya adalah benda yang sebenar. Tidak sama dalam permainan.

“Saya tak pandai.”

“Sama aje dalam game. Kau dengar cakap aku baik-baik kalau kau nak selamatkan Azalea.”

Ian memasang telinga apabila mengenangkan keadaan kakak tirinya dalam bahaya sekarang ini. Dia perlu buat sesuatu untuk membantu lelaki itu menyelamatkan Azalea. Kalau dia besar macam Haq, pasti dia dapat halang kakaknya dari diculik di hadapan mata.

“Sebaik sahaja van bergerak perlahan, aku nak kau bawa kereta dekat dengan mereka. Once aku lompat atas van, aku nak kau tembak ke arah bahagian pemandu lepas dapat hint dari aku. Bila van dah berhenti, kau kena bersedia tembak penjahat-penjahat tu semua sebelum nyawa Azalea melayang. Kau faham?”

“Tapi saya budak aje.”

“Bagus, kalau kau faham.”

Bumbung kereta dibuka. Haq melompat naik ke atas bumbung kereta bersama senapang di tangannya. Muncung senjata di hala ke arah cermin sisi kereta. Tujuannya untuk memberi amaran kepada penculik tersebut. Haq perlu menunggu masa yang tepat sebelum menembak cermin sisi.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now