BAB 1: Invitation

3.2K 148 15
                                    

AIR mata mengalir dari sinar mata yang mengerlung garang ke arah seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi. Megah dan angkuh. Tiada riak bersalah yang terlukis di wajah lelaki yang mulai timbul garisan penuaan. Dia memandang remaja berumur 17 tahun dengan pandangan yang kosong. Buat apa dia rasa kasihan? Remaja itu bukan darah dagingnya.

"Kau marah?" soalnya.

"Apa yang papa dah buat pada mama?" raung remaja itu.

"Kau bukan anak aku," ujar lelaki itu dengan angkuh.

"Mana mama aku?"

Lelaki itu bangkit mendekati si remaja yang dipegang erat oleh dua orang pengawal keselamatan. Pipi remaja itu dicekup dengan tangan. Hanya ada kebencian yang terlukis di wajah darah muda itu. Dia tersenyum sinis melihat anak angkatnya berani melawannya. Anak kucing yang dia pelihara sudah membesar. Mungkin boleh jadi harimau yang akan membahamnya pada bila-bila masa.

"Marina isteri aku. Kau tak perlu ambil tahu tentang dia."

"Kau yang buat mama jadi macam tu!"

Lelaki itu tergelak. Dia tidak menafikan kebenaran itu. Perasaan tamak membunuh perasaan cinta dan setianya pada Marina. Apa yang penting dia kaya dan mempunyai pangkat di mata masyarakat.

"Kau tahu terlalu banyak perkara untuk budak macam kau. Sebab itulah aku akan hantar kau belajar luar negara. Anggap saja itu belas kasihan terakhir yang aku boleh bagi pada kau sebagai papa kau. Selepas kau dah habis study, kau boleh buat apa sahaja yang kau nak. Kau dengan hidup kau. Lupakan yang kau pernah tinggal di sini."

Giginya diketap geram melihat lelaki yang pernah dia panggil papa. Perasaan sayang pada lelaki itu hilang serta-merta apabila mengetahui rahsia bapa angkatnya. Dia tidak sangka lelaki itu sanggup buat begitu pada mamanya. Perasaan itu diganti dengan marah, benci dan dendam. Dia tekad untuk kembali di sini.

DUSH!

Buk!

Tumbukan bertubi-tubi singgah di badan seorang lelaki yang sudah seperti nyawa-nyawa ikan. Satu lagi sepakan singgah di badan lelaki itu membuatkan dirinya melayang menghentam dinding dengan kuat. Baju kemeja berwarna putih yang dipakai oleh lelaki itu sudah dilumuri dengan darah.

Walaupun sudah cedera parah, lelaki itu masih lagi sedarkan diri. Dia mahu bangkit. Namun, rambutnya direntap dari belakang membuatkan mukanya yang lebam dan berdarah-darah terdongak ke atas. Sebelah mata sudah terkatup kerana bengkak dan lebam. Sebelah lagi jadi kabur gara-gara darah menitis ke dalam matanya.

Wajah yang terpampang di ruang matanya buat dirinya menggeletar ketakutan.

"I give you one minute to save your ass," ujar Rayan.

Sebaik sahaja dia melepaskan cengkamannya, lelaki itu terus bangun keluar daripada bilik gelap itu. Langkahnya tempah kerana dikerjakan oleh Rayan. Dia mahu berlari sekuat hati tetapi kecederaan pada tubuh badannya membataskan pergerakan. Lorong di dalam bangunan itu terasa panjang dan jauh untuk tiba di kotak lif.

Pelbagai sumpah seranah dia hamburkan kepada Rayan dan juga kepada si pengupah yang menyusuh dia buat kerja gila begini. Ternyata Rayan Edrise lebih gila daripada yang dia dengar dari mulut orang lain. Kalau dia tahu nyawanya di hujung tanduk, dia tidak akan ambil kerja ini.

Rayan menanggalkan sarung tangan yang basah dengan darah lalu dicampakkan ke atas lantai. Wajahnya terpercik dengan darah lelaki yang dia baru lepas tumbuk. Sapu tangan diserahkan kepada Rayan untuk mengelap wajahnya.

"Spy itu diupah oleh Datin Mardia," beritahu sekretarinya.

"Dah cukup seminit?" soal Rayan.

"Lagi 15 saat."

"Give me my gun," arah Rayan.

Pengawal peribadi yang menjadi pemerhati sedari tadi menyerahkan senjata yang dipinta oleh majikannya. Pistol itu merupakan hadiah daripada kawannya. Ini kali pertama dia menyentuh senjata itu. Nampaknya dia akan menggunakan fungsi pistol itu sebaik mungkin.

Pintu bilik terbuka luas. Pengintip itu masih lagi mengheret kakinya untuk beredar dari situ. Rayan tersenyum sinis. Muncung pistol lurus ke arah lelaki itu.

Bang!

Lelaki itu rebah ke lantai dalam sekelip mata. Pengawal peribadinya terus mendapatkan badan kaku lelaki itu. Nadinya diperiksa.

"Bos, dia masih hidup!"

"What a shame. I should aim his head next time."

"Kita nak buat apa?" soal pengawal peribadinya. Jarinya menyentuh kepala si pengintip itu.

"Wrap him in pretty box. Mesti Datin Mardia suka ole-ole dari luar negara," ucap Rayan.

"Aye, boss!" balas pengawal peribadinya itu.

Rayan melangkah masuk ke dalam kotak lif diekori oleh sekretarinya dari belakang. Lif tersebut tiba di tingkat yang paling atas di dalam bangunan itu. Sekretarinya dahulu melangkah keluar dari kotak lif disusuli oleh Rayan.

Dia melangkah masuk ke dalam sebuah bilik. Chandelier yang tergantung di atas kepala menjadi tatapan pertama. Sebuah rak yang dipenuhi dengan barang antik yang berharga disusun dengan kemas mengikut citarasa Rayan. Terdapat sofa dan meja kaca di tengah-tengah ruang itu. Sebuah tirai berwarna hitam yang tergantung pada dinding.

Rayan memegang tali tirai tersebut. Tidak berura-ura mahu menatik tali tirai. Jiwanya bergolak dengan pelbagai perasaan. Dia masih tidak bersedia melihat potret di sebalik tirai tersebut. Takut hatinya yang keras ini mudah lentur. Biarlah kekal begini sehingga orang yang selayaknya membuka tirai ini.

Kakinya melangkah menuju ke meja kerjanya tetapi kakinya terus maju untuk melihat pemandangan hutan konkrit yang dibina oleh manusia. Irisnya beralih pada dada langit yang biru cerah. Dia sangkakan hujan akan membasahi bumi Malaysia ini. Tapi mentari yang tersenyum mesra seolah-olah menyambut kepulangannya.

"It's a great day to return home, right?" ujar Rayan.

Sekretarinya yang setia berada di belakangnya diam. Ada suatu perasaan yang dia tidak dapat gambarkan yang menyelubungi majikannya itu. Bahu Rayan yang selalu nampak teguh kelihatan jatuh sedikit. Ada amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang Rayan Edrise.

"15 tahun, aku tahan dendam aku. Aku bina empayar aku selama 15 tahun. Aku habiskan masa 15 tahun di negara orang. 15 tahun... Aku masih tidak dapat jumpa dia," ucap Rayan. Nadanya terkandung perasaan sebak.

Ketawa kecil terlepas dari bibirnya. Sinis sekali.

"They're happy in their little world. Should I shows how big is my world?"

Deringan telefon berbunyi. Sekretarinya menjawab panggilan tersebut.

"Datuk Khalid," ujar sekretarinya.

"An invitation."

Pintu pejabat terbuka luas. Pengawal peribadi yang menguruskan pengintip itu telah kembali. Nampak berpeluh sehingga terpaksa menanggalkan blazer yang dipakainya.

"Bos, nak guna J&T ke Pos Laju?" soal pengawal peribadinya.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now