Bab 25: Pregnant

2K 117 2
                                    

RAYAN memulas tombol pintu biliknya setelah mendapat panggilan bahawa isteri kesayangannya langsung tidak keluar daripada bilik untuk makan tengah hari. Pasti ada sesuatu yang berlaku menyebabkan isterinya sanggup menghiraukan waktu makan. Apa-apa yang berkaitan dengan Azalea buat dia risau.

    Langkahnya diatur ke katil. Azalea yang berbungkus dengan selimut langsung tidak menghiraukan kehadirannya di dalam bilik mereka. Dia duduk di birai katil bersebelahan dengan si isteri. Selimut yang menyelubungi kepala Azalea ditarik. Tetapi isterinya pula terus menutup mata apabila bertentang mata dengannya.

    Rambut Azalea dibelai.

    "Lea, kau dah tak nak tengok muka aku ke?" soal Rayan lembut.

    Senyap.

    "Kau dah tak sayang aku?"

    "Tak!"

    Azalea terus bangkit dari pembaringannya. Selimut yang dia gunakan tadi ditolak dari tubuhnya. Badannya dihadap ke arah Rayan. Tangan suaminya naik menyentuh wajah yang sembab kerana menangis.

    "Kenapa mata kau bengkak?" soal Rayan.

    "Lea menangis," jujur Azalea membalas.

    "Sebab apa kau menangis?"

    Azalea diam. Dia mengemam bibir enggan meluahkan satu berita yang entah gembira atau tidak bagi mereka berdua.

    "Lebih baik kau bagi tahu aku sebab apa kau menangis? Sebelum aku seksa bodyguard yang tak boleh jaga kau hari ni," ugut Rayan.

    "Lea mengandung."

    Tangan Rayan yang sedang membelai pipi isterinya terus kaku apabila mendengar dua patah perkataan yang keluar dari dua ulas bibir itu. Wajah yang tenang sudah bertukar serius merenung raut naif saat menuturkan ayat tadi. Tangannya dilarikan dari wajah si isteri.

Pandangan mata beralih pada permaidani. Dia tidak sanggup memandang wajah Azalea saat ini. Tangannya meraup rambut sehingga ke belakang kepala. Berita yang disampaikan oleh isterinya buat Rayan rasa serabut. Ini bukan masalah kecil baginya. Lebih besar daripada masalahnya dengan musuh tanpa identiti.

"Abang dengar tak apa yang Lea cakap?"

"Kau boleh diam tak?" tekan Rayan dengan suara yang agak meninggi.

Azalea tersentak dengan perubahan kelakuan suaminya. Tipulah dia tidak terasa dengan apa yang Rayan cakap tadi. Dia tahu Rayan bukan lelaki biasa yang mudah menerima khabar ini dengan senang hati. Dia juga tidak tahu apa perasaan yang patut dia rasa tentang apa yang berlaku pada dirinya sekarang ini.

"Aku ada banyak masalah yang perlu fikirkan, Lea. Macam-macam aku perlu selesaikan. Tapi kau pula bagi masalah lagi besar dekat aku! Kau faham tak?"

"Lea tak faham. Lea tak pernah sekolah pandai macam abang. Sebab tu Lea selalu menyusahkan abang. Salah Lea mengandung dalam keadaan macam ni."

Azalea turun dari katil. Kakinya diatur ke pintu bilik. Lebih baik dia keluar dari sini sebelum keadaan dia akan lebih menyusahkan suaminya lagi. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia berhenti memberi masalah pada Rayan.

    Baru sahaja dia membuka sedikit daun pintu, tangan Rayan menolak semula sehingga tertutup rapat seperti tadi. Azalea berdiri tegak di hadapan pintu. Tiada tanda-tanda mahu menoleh ke arah suami yang sedang berdiri di belakangnya sekarang ini. Tangannya mahu memulas tombol. Tetapi dihalang sekali lagi oleh Rayan.

    "Kau nak pergi mana?" soal Rayan.

    Suaranya tidak lagi sekeras tadi. Nada digunakan lebih lembut dan perlahan berbisik di telinga Azalea.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now