BAB 13: Survival Skills

2.1K 137 20
                                    

KERETA yang dipandu oleh Rayan semakin lama semakin laju meluncur di jalan raya. Meter sudah naik sedikit demi sedikit membuatkan Azalea memegang tali pinggang keledar dengan kemas. Dia risau melihat kereta yang dia naik mencelah di antara kenderaan yang lain dalam keadaan laju. Bukan itu sahaja, mereka sudah mendapat hon yang panjang dari pengguna jalan raya yang lain.

Mata Rayan asyik menjeling cermin belakang untuk melihat sebuah kereta hitam yang mengekori rapat kenderaannya. Pada mulanya, dia ingat kereta itu hanya kebetulan mempunyai laluan yang sama dengannya. Jangkaan Rayan meleset sama sekali. Kenderaan itu tetap mengekorinya dari belakang.

Dia terpaksa mengubah lalu daripada pulang ke rumah saat ini.

“Encik, bahaya ni.” Azalea bersuara. Dia masih cuba mengekalkan riak tenang dengan cara pemanduan Rayan.

“Nyawa kau dan aku lebih bahaya sekarang ni.”

Azalea menoleh ke belakang. Ada sebuah kereta hitam yang mengejar mereka dari belakang. Fahamlah dia sebab apa jejaka itu memecut tanpa menghiraukan peraturan di jalan raya. Tangannya memegang kejap tali pinggang keledar.

Rayan menyumbatkan sebuah alatan kecil di telinganya.

“Ada orang ikut aku. Sediakan firearm,” arah Rayan serius.

“Roger that,” balas Hud yang sememangnya mengekori Rayan dari jauh sejak mereka di butik lagi.

Rayan membuat pusingan tajam dengan memilih jalan yang agak lenggang dari kenderaan. Papan tanda di tepi jalan yang menunjukkan ada kerja-kerja baik pulih jalan menyenangkan Rayan untuk memerangkapkan kereta hitam itu. Kesempatan ini dia guna untuk buat kereta itu terbabas.

Bang!

Satu tembakan telah pun dilepaskan tetapi tidak mengena pada sasarannya. Dia memerhati kenderaan itu dari cermin sisi. Muncung senjata telah dikeluarkan oleh musuhnya dari celah tingkap kereta. Dia menekan pedal minyak sehabis mungkin apabila kereta itu mula muncul di sisi.

“Aku nak kau tunduk kepala dan pejam mata tak kira apa yang berlaku. Jangan sesekali buka mata tanpa arahan aku. Faham?” tegas Rayan.

Azalea mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah perkataan. Dia ikut sahaja apa yang diarahkan oleh Rayan. Dia yakin jejaka itu tahu apa yang perlu dibuat dalam situasi begini. Dia hanya perlu percayakan Rayan bahawa mereka akan selamat.

Bang!

Tembakan yang seterusnya berjaya menembusi badan kereta yang dipandu oleh Rayan. Dia tidak dapat mengawal pemanduan dengan sebaik mungkin apabila menerima impak tembakan itu. Rayan cuba mengekalkan rentak pemanduannya agar musuhnya itu tidak mendapat peluang kedua untuk melepaskan tembakan.

“Kau nak aku mati dulu ke, hah?” jerkah Rayan.

“Kau ingat senang ke nak tembak dengan Haq bawa kereta macam kereta sorong!” marah Hud kembali.

“Tangan kau yang bengkok!” sampuk Haq dengan kemarahan yang sama.

“Tak boleh harap!”

Kereta hitam itu berjaya mendekatkan jarak di antara mereka.

“Shit!” sumpah Rayan.

“Azalea, kau ambil pistol aku dalam dashboard sekarang!” arah Rayan.

Azalea memanggungkan kepalanya memandang ke arah jejaka itu. Wajah Rayan kelihatan serius saat menuturkan ayat itu. Dia tiada pilihan lain selain menurut perintah si jejaka. Senjata yang dimaksudkan oleh Rayan dipegang dengan tangan yang agak menggeletar. Ini kali pertama dia memegang pistol.

“Good girl. Come sit on my lap.”

“Hah?”

“Duduk atas riba aku sekarang.”

Bunga Pujaan Devil [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum