BAB 21: Noah and Mafia

1.9K 110 4
                                    

PANAHAN cahaya matahari yang menerobos ke dalam bilik menyilaukan matanya. Lena Rayan terganggu gara-gara sang mentari pagi. Matanya separuh terbuka mencari telefon yang selalunya dilemparkan di atas katil sebelum tidur. Hilang entah ke mana. Namun, saat dia mahu bangkit dari katil kepalanya pula berdenyut-denyut kesakitan.

Tangannya naik mengurut pelipis.
Rayan terperasan sesuatu yang aneh berlaku pada dirinya. Tubuhnya terasa sejuk kerana tidak berbaju bahkan seluar pun entah ke mana.

Dia turun dari katil untuk mencapai seluar yang terdampar di atas lantai. Bukan sahaja seluarnya sahaja yang ada, gaun hitam, pakaian dalam wanita, blazer, dan tali leher. Baju kemejanya hilang.

Bunyi dentingan pinggan dan gelas kedengaran dari arah dapur. Rayan merapati kabinet di sisi katil. Lacinya ditarik untuk mengambil isi di dalamnya. Sepucuk pistol berada di dalam genggamannya. Hanya dengan senjata ini yang mampu menakutkan sesiapa sahaja. Perempuan yang dia bawa semalam pasti tidak akan berani membuka mulut tentang apa yang telah terjadi pada mereka.

Langkahnya dipanjangkan ke arah dapur. Seorang perempuan yang memakai baju kemejanya sedang menghidang makanan di atas meja. Air yang berada di dalam teko dituangkan ke dalam cawan. Muncung pistol ditekap pada belakang kepala perempuan itu. Segala gerak-geri terhenti dengan perlakuan Rayan.

Perempuan itu mengalihkan badan bertentang dengan Rayan. Wajah yang tenang dan tidak beriak dilemparkan oleh gadis itu walaupun mukanya disuakan dengan hujung pistol. Tidak berkelip memandang ke arahnya. Tidak menunjukkan rasa gentar dan takut apabila diugut dengan senjata itu. Tenang seperti air yang tidak pernah diusik.

Mata bundar itu dikelipkan beberapa kali sebelum mengukir senyuman. Manis dan mempersonakan sehingga menyentap hati Rayan yang dingin dan beku. Garisan yang terlukis di wajah perempuan itu membuatkan kepala Rayan kembali berdenyut-denyut. Tangannya masih teguh memegang pistol ke arah perempuan itu.

"Siapa kau?" soalnya.

Bunga itu menyengetkan kepala sedikit. Dahinya berkerut seribu. Ada riak tidak puas hati yang bermain di rautnya. Dia mendekati Rayan yang masih dalam keadaan masih berjaga-jaga. Jarak antara mereka hanyalah sejengkal. Wangian dari tubuh perempuan itu menggegarkan naluri lelakinya.

"Cuba teka," ujarnya dengan ceria.

Mata Rayan merayap pada wajah polos itu. Nampak naif dan mungkin suci sebelum dinodai oleh dia. Irisnya menangkap kesan merah di tepi bibir perempuan itu. Bukan itu sahaja, kesan merah ada merata-rata di leher dan tulang kelangkang. Rayan menelan air liur menahan nafsu yang sedang bergelora.

"Siapa kau?" Rayan menyoal lagi.

"Abang tak ingat ke?" Suaranya kedengaran merajuk.

Dia seperti ditampar dengan realiti apabila mendengar suara itu. Suara yang lunak menggelarkan dirinya abang. Tiada siapa yang menggunakan panggilan itu kecuali seorang sahaja yang tidak pernah menggigil mendengar namanya mahupun melihatnya. Tidak pernah lari meninggalkan dia walaupun dia sekejam syaitan.

"Lea..."

Senyuman di wajah polos itu semakin melebar.

"Azalea Medina."

Pistol di tangan dicampakkan ke atas lantai. Dia merangkul pinggang wanita itu sehingga berlanggar dengan badannya. Wanita membiarkan dirinya dipeluk olehnya. Rayan membenamkan wajahnya diceruk leher Azalea. Bau vanila membuatkan fikiran Rayan yang kelam kembali terang. Dia mula ingat apa yang berlaku semalam.

"Abang demam," ucap Azalea.

Dia menolak badan Rayan supaya menjarakkan diri dari terus melekap dengannya. Azalea tidak mahu berjangkit deman dengan suaminya.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now