Bab 39: A Devil

1.3K 74 0
                                    

PAK Hamdan mula terjaga dari pengsan. Kepalanya berdenyut-denyut kesakitan akibat dihentak dengan pemadam api. Rambutnya terasa basah sedikit mungkin berdarah gara-gara tindakan Rayan tadi. Saat dia membuka mata, dia mendapati dirinya sedang duduk di atas kerusi. Kedua-dua belah tangannya diikat dengan salotep pada pemegang kerusi.

​Pandangannya dihala ke arah Rayan yang baru melangkah masuk ke dalam pondok keselamatan. Kerusi kosong yang berada di hadapannya diisi oleh lelaki itu. Rayan langsung tidak memandangnya. Ada sesuatu yang berada di tangan Rayan iaitu playar.

​Rayan menarik kerusinya agar berada dekat dengan pengawal keselamatan itu. Matanya tertancap pada jari lelaki itu. Playar di tangannya sudah dibuka dan ditutup berkali-kali untuk menghilangkan kesan karat akibat darah yang pernah melekat di situ.

​"Pak Hamdan ingat saya tak?" soal Rayan.

​Pak Hamdan mengangguk.

​"Saya perlu mulakan dari mana? 15 tahun lalu? Atau 27 tahun yang lepas? Pak Hamdan kan dah lama berkerja dengan mama. Mesti tahu apa yang jadi pada waktu tu, kan?" soal Rayan.

​"Aku tak tahu apa-apa!" nafi Pak Hamdan.

Rayan tersenyum sinis mendengar ayat itu. Playar yang berada di tangannya dikacip pada ibu jari lelaki itu lalu ditekan berkali-kali. Lagaknya seperti sedang bermain permainan kanak-kanak. Muncung playar mengacip hujung kuku Pak Hamdan yang tidak berapa panjang.

"Aku suka kuku kau. Pendek sangat. Kau nak aku potong lagi pendek tak?" soal Rayan bersama senyuman.

Mata Pak Hamdan membulat apabila muncung playar mengacip kuat hujung kuku ibu jarinya. Kukunya dikepit kuat. Pemegang playar ditolak ke atas sehingga menimbulkan kerutan di dahinya. Barulah dia sedar bahawa Rayan cuba mencabut kuku jarinya.

"Arghhh!" jeritnya sekuat hati.

Kuku ibu jarinya sudah tertanggal dari isi. Darahnya menitis sehingga ke paha. Namun, Rayan tidak berhenti di situ sahaja. Playar di tangan jejaka itu beralih pada kuku jari yang lain. Raungannya bergema di  kawasan tempat letak kereta. Tiada orang awam yang mendengar kecuali Hud yang memerhati dalam diam.

Pak Hamdan kelelahan kerana terlalu lama meraung kesakitan. Tangan sebelah kanan sudah basah dengan darah sendiri. Cecair merah itu tidak berhenti menitik jatuh ke lantai. Bukan tangannya sahaja yang kotor dengan darahnya. Tangan Rayan juga mengalami hal yang sama. Bezanya kuku jejaka itu masih ada. Dia sudah kehilangan kesemua kuku jari sebelah kanan.

"Mana Tengku Marina?" soal Rayan.

"Aku tak tahu!"

"Tengku Marina yang rancang semua ni, kan?"

"Aku tak tahu!"

"Kau upah gengster untuk bunuh aku dan isteri aku, kan?"

"Aku tak tahu!"

"Aku paling tak suka bila orang jawab soalan aku dengan jawapan yang sama. Kau fikir dengan cara tu buat kau selamat? Kau fikir dengan apa kau buat aku tak dapat cari Tengku Marina? Kau silap. Aku seksa mangsa aku biarpun aku dah dapat maklumat yang aku nak."
Muncung playar dikacip pada kuku jari kiri.

"Arghhh!" Raungan pengawal keselamatan itu bergema sekali lagi. Namun, suaranya semakin lama semakin perlahan kerana tekaknya sudah sakit untuk mengeluarkan bunyi. Sakit dicabut kuku satu-persatu tidak dapat digambarkan walaupun menggunakan suara sahaja.

​Kini, kedua-dua belah tangan Pak Hamdan sudah basah dengan darah sendiri. Kuku yang dicabut oleh Rayan bertaburan di atas lantai dengan darah yang tidak berhenti jatuh ke mozek. Namun, tidak dapat memuaskan hati Rayan lagi. Dia bangkit dari kerusi. Playar disua ke dalam mulut. Muncung playar mengepit gigi depan lelaki itu.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now