Bab 34: Rancangan

1.3K 87 1
                                    

"MAMA minta maaf, Lea. Mama tak ada niat nak sakitkan hati Lea. Kadang-kadang mama tak sedar apa yang mama cakap. Kadang-kadang mama tak ingat apa yang terjadi kalau berlaku apa-apa," ucap Tengku Marina. Dia terus mendapatkan si anak yang baru sahaja turun untuk sarapan pagi sama-sama hari ini.

"Betul ke?" soal Azalea dingin. Dia tidak nampak keikhlasan Tengku Marina meminta maaf darinya. Semuanya nampak sebagai lakonan.

"Hah? Ya, Lea. Mama minta maaf sangat-sangat. Mama sakit," beritahu Tengku Marina dengan bersungguh-sungguh.

"Kalau betul mama ada penyakit dementia, mana surat pengesahan doktor? Lea nak bukti," minta Azalea.

"Ada. Surat tu ada dalam bilik mama. Mama ambil kejap."

Tengku Marina naik ke atas untuk mengambil surat yang diminta oleh anaknya. Tidak lama kemudian, dia kembali dengan sekeping surat lalu diserahkan kepada Rayan. Nasib baik dia sediakan surat palsu itu dalam keadaan terdesak begini. Kalau anaknya tahu dia menipu, dia akan dihalau dari sini. Rancangannya akan hancur.

Rayan meneliti setiap aksara di atas kertas itu. Surat itu jelas menyatakan Tengku Marina mempunyai ciri-ciri dementia. Tetapi masih berada di tahap tidak membimbangkan. Dia perlu siasat keaslian surat ini.

"Boleh Rayan simpan surat ni? Rayan perlu tahu penyakit mama. Senang nak rujuk doktor nanti kalau jadi apa-apa," ujar Rayan.

"Boleh tak ada masalah. Lea dah percayakan mama?"

Tengku Marina mahu menghampiri Azalea. Jarinya mahu mencapai tangan si anak. Azalea mengelak daripada mendapat sentuhannya. Dalam diam, dia mengacip gigi apabila usahanya masih tidak dapat meraih kepercayaan Azalea. Dia perlu tundukkan gadis itu.

"Lea tak percayakan sesiapa termasuklah mama. Lea hanya percayakan diri Lea dan suami Lea aje. Kalau mama nak hidup lama dekat sini, lebih baik mama duduk sini diam-diam. Tak perlu buat apa-apa. Macam orang yang tak wujud dalam rumah ni," tegas Azalea menuturkan ayatnya. Dia berlalu ke meja makan.

"Jahat sangat ke mama, Rayan? Hanya sebab dementia aje. Lea benci mama," ucap Tengku Marina dengan suara sebak.  Matanya sudah berair dengan air mata menunggu untuk menitis di pipi.

"Mama, Rayan sendiri tak dapat halang apa yang Lea akan buat selepas ni," ujar Rayan. Dia sudah tekad. Walau apa pun yang akan terjadi, dia akan menyebelahi Azalea terlebih dahulu.

"Rayan pun tak percayakan mama?"

"Dia isteri Rayan. She's my first priority. Whatever happened, I always put her on top before everyone else. Rayan harap mama faham," ujar Rayan sebelum berlalu dari situ.

Air mata mengalir jatuh di pipi diseka dengan kasar. Tengku Marina merenung tajam ke arah pasangan suami isteri. Anak yang dia kutip sudah berani melawan katanya. Semuanya gara-gara Azalea. Dia yakin gadis itu sudah menghasut Rayan supaya membencinya.

Nampaknya dia perlu ikut arahan rakan subahatnya.

"Tak apa. Tak apa. Aku bagi kau peluang untuk gembira hari ni. Selepas ni, kau takkan dapat senyum lagi, Azalea." Tengku Marina tersenyum.

Dia kembali ke bilik. Tidak berselera untuk bersarapan dengan orang yang dibencinya. Memang tidak dinafikan dia sudah membenci Azalea sebelum mereka berjumpa lagi. Dia sanggup membenci anak sendiri. Malah dia boleh buat lebih daripada itu termasuklah mengorbankan anak sendiri.

"Apa rancangan kau?" soal Tengku Marina saat talian bersambung.

Suara itu tergelak besar mendengar soalan daripada wanita itu.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now