Bab 44: Menanti

1K 66 1
                                    

SUDAH tujuh jam Rayan hilang tanpa jejak. Haq cuba mencari klu tentang kehilangan majikannya pada petang tadi. RA'ED Corp sudah digeledah beberapa kali untuk mencari petunjuk. Hanya pintu lif yang rosak menjadi bukti bahawa majikannya diserang semasa berada di pejabat. Tetapi keadaan syarikat kelihatan bersih. Tiada pertumpahan darah yang berlaku di sini.

​Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Rayan keluar dari tingkat sebelas tepat pada pukul 5.00 petang. Hampir seminit Rayan berada di dalam lif sebelum elektrik terpadam. CCTV di pintu keluar rosak. Mereka sudah faham dengan selok-belok syarikat dengan bantuan Pak Hamdan.

​Tetapi lelaki itu sudah mati. Mungkin pengawal keselamatan itu pernah menyerahkan segala maklumat yang dia tahu kepada musuh yang tidak dikenali oleh mereka. Siapa yang berani menyerang Rayan? Siapa yang masih berdendam dengan lelaki itu?

​Sebuah muk diletakkan di atas meja membuatkan Haq panggung kepala memandang adik kembarnya. Hud duduk bertentangan dengannya sambil menghirup kopi yang dibancuh tadi. Komputer riba yang berada di hadapan haq dipusing ke arahnya. Sudah berapa kali mereka berdua tengok rakaman CCTV syarikat. Masih tidak menemui petunjuk.

​Sepatutnya salah seorang mereka pergi menyiasat apa yang berlaku pada Rayan. Tetapi mereka berdua putuskan berada di rumah menjaga keselamatan Azalea dan Elnara. Takut musuh mereka mengapa-apakan keluarga Rayan pula. Mereka tidak sanggup melihat Azalea yang baru pulih cedera kembali. Elnara masih kecil untuk terlibat dalam situasi bahaya.

​Selepas mengetahui kehilangan Rayan, mereka terus bawa pulang Azalea dan anaknya pulang ke rumah. Biarpun isteri majikan mereka enggan pulang selagi Rayan tidak muncul. Mereka terpaksa melanggar arahan Azalea. Keselamatan dia dan Elnara adalah keutamaan Haq dan Hud.

​Kini, mereka cuba  menjejaki bos mereka dengan menggunakan apa yang ada. Tetapi masing-masing menemui jalan kebuntuan. Musuhnya kali ini merancang dengan sangat teliti. Dia tahu ketiadaaan Hud atau Haq menjaga Rayan membuatkan lelaki itu senang dijatuhkan.

​"Mungkin mereka ramai. Sebab tu bos tak dapat lawan mereka," simpul Hud.

​"Atau dia kena tembak," sambung Haq.

​"Kalau betul bos kena tembak, mesti ada darah dekat kompeni."

​"Kau buat kerja pun kau cuci sendiri. Takkan mereka tak boleh buat benda sama?" bidas Haq.

​"Kita nak buat apa sekarang ni? Kalau kita pergi cari bos, anak bini dia jadi mangsa pula," ujar Hud.

​"Aku tak tahu."

​Buat pertama kali Haq tidak tahu apa yang harus dia buat sekarang ini. Dia sebagai pekerja tersepit di antara dua. Arahan Rayan mahu dia menjaga keselamatan Azalea dan juga tanggungjawabnya mahu mencari keberadaan majikannya. Dia tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru tentang situasi ini.

​"Kau tahu tak, Haq? Aku kagum juga dengan bos kita. Jahat-jahat dia, dapat juga kahwin dengan ada anak. Lepas tu untung dapat bini yang tak kisah dia bunuh orang ke tak," luah Hud.

​Jika dikira dengan jari, sudah hampir setahun mereka pulang ke Malaysia. Sebaik sahaja pulang ke tanah air sendiri, Rayan jumpa Azalea disebabkan satu salah faham. Tak sampai sebulan kenal, mereka kahwin tanpa paksaan sesiapa. Anak mereka pula lahir dalam keadaan yang tidak dijangka.

Rayan dan Azalea hampir bahagia dengan cara mereka. Tapi masih ada orang yang berdendam dengan mereka.

​"Aku tengok dia pun dah banyak berubah. Bila aku tengok cara bos layan anak dan bini dia, terus aku lupa yang dia tu bekas mafia. Kau pun tahu macam mana dia dekat Sepanyol dulu," sambung Hud.

​Haq tidak dapat menyangkal ucapan adiknya. Mereka berdua pernah bekerja di bawah Rayan semasa lelaki itu masih lagi orang kanan mafia. Haq tahu betapa kejamnya bos mereka mengendalikan musuh mereka. Apabila Rayan ambil keputusan untuk berhenti dari dunia gelap itu, dia ikut lelaki itu sehingga ke sini. Dia mahu lihat bagaimana dunia sebenar berfungsi berbanding apa yang dia lalui sepanjang hayat.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now