Bab 24: Seksaan

1.8K 97 10
                                    

*AMARAN: Terdapat babak yang melibatkan darah di dalam bab ini. Mungkin menyebabkan ketidakselesaan bagi pembaca*

AZALEA melangkah keluar dari biliknya untuk mencari Haq yang selalu berada di ruang tamu. Dia memerlukan pertolongan lelaki itu dengan segera. Seperti jangkaannya, pengawal peribadi itu asyik menonton televisyen sambil makan aiskrim. Dia hanya duduk di atas anak tangga. Tidak berura-ura mahu menyertai lelaki itu menonton filem dari Netflix.

    "Kenapa kau duduk dekat situ? Dah tak ada kerusi ke nak duduk?" tegur Haq.

    "Bukan macam tu."

    "Habis tu apa?"

    "Erm..."

Azalea ragu-ragu untuk meluahkan apa yang dia ingin katakan.

"Cakap ajelah kau nak apa? Nak aku call Rayan?" soal Haq lagi.

Haq mengeluarkan telefon daripada saku seluar. Nombor majikannya sudah bersedia untuk didail kerana Azalea tidak mempunyai telefon sendiri. Sebabnya adalah Rayan tidak benarkan isterinya mempunyai gajet tersebut. Takut terjatuh di tangan musuhnya untuk mendapatkan maklumat daripada mereka. Azalea juga tidak kisah jika tidak mempunyai gajet itu.

"Bukan."

"Habis tu?"

Azalea sebenarnya malu untuk meminta bantuan daripada Haq. Perkara ini lebih kepada hal peribadi. Jadi dia teragak-agak untuk menyatakan hasrat yang dia inginkan. Kalau dia minta daripada Rayan, entah apa reaksi yang suami dia berikan. Azalea tidak bersedia lagi beritahu Rayan. Dia mahu kepastian terlebih dahulu sebelum beritahu suaminya.

    "Saya nak... saya nak Haq belikan benda yang panjang, yang boleh check... yang macam boleh check suhu tu. Tapi benda tu bukan untuk check suhu," beritahu Azalea.

    Dahi Haq sudah berkerunyut mendengar permintaan isteri majikannya itu. Benda apa yang panjang dan boleh digunakan macam memeriksa suhu? Dia terus mencari aplikasi Google untuk mencari benda yang dimaksudkan oleh Azalea. Haq terus menaip mengenai alat apa yang boleh memeriksa seperti termometer.

    Gambar yang terpapar di skrin buat Haq sedikit tercengang dengan permintaan Azalea. Dia menggaru kepala yang tidak gatal apabila memahami apa yang wanita itu ingin katakan.

    "Aku tak boleh tinggalkan kau dekat rumah seorang diri. Nanti aku kena dengan laki kau, mampus aku. Nanti aku suruh Hud belikan dan hantar ke sini," beritahu Haq.

    "Bagi tahu Hud, jangan beritahu Rayan hal ni," pesan Azalea sebelum naik semula ke biliknya.

    Nombor adik kembarnya didail.

    "Kau belikan pregnancy test," beritahu Haq sebaik sahaja talian bersama.

    Puhhh!

    Belum sempat air masuk ke dalam kerongkong, Hud terlebih dahulu menyembur keluar apabila mendengar permintaan abangnya itu. Nasib baik dia seorang sahaja yang berada di pantri. Kalau tidak, dia dapat malu percuma.

    "Kau mengandung ke?" soal Hud.

Wajahnya jelas terkejut dengan apa yang dia dengar tadi. Bulu romanya merinding tegak apabila memikirkan bahawa orang yang dianggap abang selama ini rupa-rupanya seorang kakak.

    "Bukan untuk aku la gila. Bini bos yang minta. Kau beli kena beli sekarang juga tapi jangan bagi tahu bos kau."

    "Ini red code."

    "Kepala otak kau."

    Setelah panggilan abangnya tamat, Hud terus keluar dengan alasan dia perlu mengisi minyak kereta yang tinggal satu bar sahaja lagi. Dia terus masuk ke dalam farmasi untuk membeli benda yang diminta oleh Azalea. Sebaik sahaja dapat, Hud terus pulang ke rumah dengan segera. Dia tidak mahu melengahkan situasi besar begini.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now