Bab 42: Dendam Lama

1.5K 87 0
                                    

AZALEA terdiam apabila mendengar kebenaran dari ibu bapa kandungnya sendiri. Ternyata Tengku Marina bukan ibu kandungnya tetapi Datin Haliza. Mereka buat semua itu sebab dendam dan harta. Sampaikan dirinya jadi mangsa penderaan Sarimah. Hidupnya merana angkara mereka bertiga.

​Dia hanyalah satu permainan kepada Tengku Marina, Datin Haliza dan Sarimah. Mereka tidak kisah akan nasib dirinya. Mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada Azalea yang sudah lama menderita.

​Penderitaan itu berakhir saat dia bertemu dengan Rayan. Suaminya yang selamatkan diri dari sebuah dunia yang penuh seksa untuk dia bernafas. Seorang jejaka yang menerima dirinya saat dia tiada apa-apa. Lelaki yang kerap kali membalas capaian tangannya saat dia rebah.

​Azalea percaya apa yang berlaku mempunyai hikmah. Tetapi hatinya tidak dapat memaafkan mereka bertiga. Termasuklah Datuk Khalid yang terus mendiamkan diri walaupun tahu kebenarannya. Dia tidak akan menerima kesilapan yang mereka lakukan pada dirinya.

​"Kami minta maaf, Azalea. Sebab kami, kamu menderita selama bertahun-tahun gara-gara Sarimah," ucap Datuk Khalid untuk memecah kebisuan di antara mereka bertiga.

​"Kalau semua tu tak berlaku, apa yang akan jadi pada saya?" soal Azalea.

Pandangan ditala pada Datin Haliza yang enggan melihat wajahnya. Benci sangatkah wanita itu kepadanya? Walaupun dia anak kandung sebenar, Datin Haliza tetap membencinya.

​"Saya akan bahagia ke? Saya takkan didera ke? Saya... Saya masih dapat kasih sayang seorang ibu dan ayah ke?" Air jernih sudah menitis di pipi Azalea.

​Datuk Khalid menundukkan kepada saat mendengar soalan terakhir dari anaknya. Dia tidak berusaha bersungguh-sungguh mencari anak sendiri biarpun dia tahu keadaan sebenar. Cubaannya untuk mencari keberadaan Azalea hanyalah alasan untuk menutup rasa bersalah. Apabila Azalea muncul di hadapannya, dia buat-buat tidak tahu.

​"Jawablah soalan saya tadi. Saya akan jadi macam Ian dan Damien ke? Macam anak Datuk dan Datin ke? Dapat belajar tinggi-tinggi, dapat kerja bagus, dapat makan sedap... Saya akan jadi macam tu ke?" Wajah Azalea sudah lencun dengan air mata.

​"Tak! Kau takkan bahagia macam anak-anak aku. Kau takkan dapat apa yang kau nak. Aku sayang mereka lebih dari nyawa aku sendiri. Aku takkan layan kau macam... macam a-anak aku. Kau..." Datin Haliza mengetap gigit bawah bibirnya menahan sebak yang menggunung di dada. Air mata sudah menderu-deru keluar dari beningnya.

Badannya dikalih memandang ke arah wajah polos yang sudah basah dengan air mata. Hatinya remuk, hancur dan pedih saat menatap wajah yang terkena tempias dosanya. Dia tidak sanggup menambah luka pada Azalea. Jika dia dapat kebencian dari si anak, itu sudah untuk menyedarkan dia bahawa dia tidak layak menjadi ibu Azalea.

"Jadi, saya ni tak layak jadi anak Datin?" soal Azalea bersuara sebak.

"Memang! Kau tak layak jadi anak aku! Aku takkan sayang kau macam mana aku sayang Damien dan Ian. Kau bukan anak aku, Azalea. Kau bukan anak aku..." Datin Haliza sudah menangis teresak-esak. Sakit dadanya seperti ditoreh dengan belati.

"Kau kena bencikan aku seperti mana aku bencikan kau, Azalea. Kau tak layak jadi anak aku seperti mana aku tak layak jadi ibu kau."

Azalea sudah menangis teresak-esak apabila mendengar ucapan wanita itu. Dia sedar maksud yang ingin disampaikan oleh Datin Haliza. Mereka berdua bencikan antara satu sama lain. Tetapi dalam masa yang sama masih mencuba untuk menerima hubungan mereka berdua. Ingin menyayangi tapi takut perkara sama berulang kembali.

"Saya bencikan Datin. Saya bukan anak Datin."

Datin Haliza menghampiri katil anaknya. Tubuh Azalea didakap erat. Azalea membalas pelukan wanita itu tanpa ragu-ragu. Kehangatan menjalar di dalam dirinya. Tangisan dihamburkan pada dada seorang wanita yang boleh dia gelarkan sebagai ibu.

RAYAN hanya memerhati gelagat si isteri yang sedang mengagah anak mereka. Sampai ketawa mengekek si kecil apabila Azalea menggeletek tubuh montel Elnara. Senyuman yang bermain di wajah Azalea yang sembap buat dia rasa terkilan kerana tidak dapat berada di samping isterinya. Dia hanya mahu memberi ruang kepada Azalea dan ibu bapanya untuk bercakap.

Bunga Pujaan Devil [C]Where stories live. Discover now