MTHD | PROLOG

101K 2.7K 41
                                    

"BAIK kau bagitahu aku! Apa semua ni?" Jerkahan Haffaz menghinjutkan kedua-dua bahu gadis yang elok memakai pakaian serba putih bersulam serta dihiasi dengan manik-manik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BAIK kau bagitahu aku! Apa semua ni?" Jerkahan Haffaz menghinjutkan kedua-dua bahu gadis yang elok memakai pakaian serba putih bersulam serta dihiasi dengan manik-manik itu.

"Faz, cuba kau bawa bertenang dulu.." Kata Haziq, sedaya-upaya lelaki tersebut menenangkan si abang. Tinggal beberapa minit lagi majlis akad nikah bakal berlangsung, namun apa yang terjadi sekarang?

Inara melarikan diri, kemudian Darisa. Sepupu Inara pula kini menggantikan tempat Inara.

"Apa yang terjadi sebenarnya ni? Kenapa Darisa pulak ganti tempat Inara?" kini Tengku Nina pula menyoal, berkerut-kerut dahi wanita tua itu saat memandang gadis di hadapannya.

Darisa tertunduk membisu, bahagian bawah bibir merahnya digigit begitu kuat. Jari jemarinya digenggam erat, sebenarnya dia langsung tidak mahu benda ini terjadi. Tapi disebabkan sesuatu yang ingin dielakkan, dia terpaksa. Terpaksa mengahwini Haffaz.

"Sa-Saya mintak maaf, saya terpaksa.." terketar-ketar nada suara Darisa tika itu. Anak matanya pula langsung tidak dapat menatap Haffaz, takut, gerun.

"Baik kau bagitau aku sekarang! Mana Inara!"

"Abang, boleh tak perlahan sikit suara tu.. Tak kesian ke dekat Kak Risa.." kini Hanim mula masuk campur, dia yakin Darisa tidak bersalah dalam hal begini.

"Hanim tak payah backup perempuan ni, dia dengan si Inara tu bersubahat nak jatuhkan maruah keluarga kita kan!" nafas sudah tidak dapat diatur normal, dadanya mula bergelodak hebat. Sakit hati apabila mengenang segala yang berlaku pada hari ini, tergamak kau Inara, tergamak kau khianat aku!

Tengku Raihan mendengar perkelahian ini mula memicit pelipis kepalanya. Sukar, sukar dia mahu memahami apa yang berlaku.

"Beginilah Haffaz.." sang ayah kini mula mendekatkan diri kepada Haffaz. Memaut bahu bidang anak lelakinya, tatapan penuh tajam diberikan kepada lelaki itu.

"Demi menjaga maruah keluarga kita, Haffaz kahwin dengan Darisa.."

Walaupun ayat itu ringkas dan singkat, namun ia boleh mengubah masa depan. Haffaz terdiam, mata tidak lepas menatap wajah tua Tengku Raihan.

"Ta-Tak.. Abi nak Faz kahwin dengan Darisa? No.. No.. Faz langsung tak suka dia, Faz tak cintakan dia pun.." kepalanya lekas digelengkan berulang-ulang kali. Menolak keras, tidak mahu disatukan dengan perempuan yang langsung tidak dicintai itu.

Darisa ketap bibir sesaat melihat jawapan yang Haffaz berikan. Rasa bersalah mula terasa, dia terpaksa. Dia mahu Haffaz halalkan dia, dia mahu Haffaz jadikannya sebagai hak milik lelaki itu. Sumpah, dia memerlukan lelaki itu saat ini.

"Jangan degil Tengku Haffaz Daiyan! Jaga maruah keluarga! Mana abi dan umi nak letak muka! Tau tak tetamu kita ada yang sanggup datang daripada luar negara sebab nak tengok anak Tengku Raihan berkahwin!" jerkahan Tengku Raihan begitu kuat boleh menggegarkan villa tersebut. Adelia terpaksa tutup kedua-dua telinganya, nasib baik Haziq ketika itu mendakap tubuh isterinya.

Jangan ingat Tengku Raihan orang yang pendiam, orang pendiam inilah yang paling ditakuti.

"Abi tak kira! Haffaz membantah atau tidak! Kamu kena kahwin jugak Darisa.. That's enough.." sejurus melontarkan ayat terakhirnya, Tengku Raihan berlalu keluar daripada ruangan bilik anak sulungnya dengan perasaan amarah. Pintu bilik dihempas begitu kuat.

"Allahuakbar.." Tengku Nina mula beristighfar, laju langkahnya mengejar batang tubuh sang suami. Angkara Inara semuanya kacau bilau, semuanya angkara Inara Balqis.

BERSAMBUNG

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now