MTHD | 3

54.7K 2.3K 87
                                    

SEUSAI sahaja solat subuh, Darisa melipat semula sejadah dan telekungnya lalu diletakkan di tempatnya semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEUSAI sahaja solat subuh, Darisa melipat semula sejadah dan telekungnya lalu diletakkan di tempatnya semula. Tubuh Haffaz yang masih lagi terbaring kaku diatas katil tersebut dipandang. Perlahan-lahan kaki cuba dihayun mendekati suaminya.

"Haffaz.. Bangunlah.." Darisa menggoyang-goyangkan sedikit bahu bidang suaminya. Nada suara pula kedengaran agak perlahan, bukan apa. Dia takut Haffaz terkejut kalau suaranya tiba-tiba sahaja kuat.

"Awak, bangunlah.. solat subuh, tinggal beberapa minit lagi nak habis waktu" sekali lagi Darisa cuba membangunkan lelaki itu, nada suara dikuatkan sedikit. Tidak lama kemudian, terbuka kelopak mata sang suami.

Wajah jelita isterinya yang terpampang dihadapan itu membuatkan Haffaz terkejut. Tangan Darisa berlabuh diatas bahunya ditepis dengan begitu kasar.

"Sampah, jangan sentuh aku.."

Saat mendengar lelaki itu menggelarnya 'sampah', Darisa ketap bibir merahnya. Tubir mata kini terasa hangat, dia tahu dia dengan Haffaz hanya sekadar suami isteri diatas kertas. Tapi tetap sahaja, Haffaz adalah suaminya yang halal disisi agama.

"Saya nak bangunkan awak.. Solat subuh.." kata gadis muda itu, tidak menengking mahupun meninggikan suara.

Haffaz pantas bangkit daripada perbaringan, rambut kusut itu dirapikan. Lalu sepasang anak mata berwarna coklat tua itu merenung tajam kedalam anak mata berwarna hazel milik isterinya.

"Kau pergilah, sakit mata aku tengok kau.." tubuh Darisa ditolak kasar sehingga gadis itu terduduk diatas lantai. Haffaz langsung tidak kesah, dia berlalu meninggalkan Darisa. Memasuki kamar mandi seperti tidak ada apa-apa yang terjadi.

"Auch..." Darisa mula berdecit kesakitan, tatkala rasa sakit terasa pada bahagian pergelangan tangannya. Bekas pegangan Haffaz malam semalam telah meninggalkan lebam. Darisa ketap bibirnya cuba menahan rasa sakit itu.

'Takpe, kau buat semua untuk selamatkan maruah diri kau, Risa..' desis hatinya, dia hanya ingin mempertahankan diri daripada dicemari oleh Adryan Alwish.

Hanya kerana itu, dia sanggup berkahwin dan menerima seksaan daripada suami yang halal, Tengku Haffaz Daiyan.

Hanya kerana itu, dia sanggup berkahwin dan menerima seksaan daripada suami yang halal, Tengku Haffaz Daiyan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now