MTHD | 49

7.6K 272 6
                                    

SUASANA riuh rendah mewarnai keluarga Tengku Raihan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUASANA riuh rendah mewarnai keluarga Tengku Raihan. Meriah dengan suara kanak - kanak, terutamanya Hazriq. Berlari - lari aje kerja anak lelaki itu semenjak tadi apatah lagi apabila anak - anak sepupu ayahnya ada bersama. Seronok ada kawan.

"Tengok tu, suka sangat dia" kata Adelia sambil tersengih, terhibur dengan gelagat anak lelakinya. Ryanna pula bermain - main dalam gendongannya.

"Seronok sangat tu, ada kawan kan" balas Darisa seraya melabuhkan punggung bersebelahan dengan birasnya. Dia pun suka melihat Hazriq, ada - ada aje mencuit hatinya. Tiba - tiba pula rindu dengan Rayyan, beberapa hari yang lalu dia ada berkunjung ke Rumah Anak Yatim Bonda Aisah.

Namun, keberadaan anak lelaki itu sudah tidak ada. Dengar cerita, Rayyan dan kembarnya sudah dijadikan anak angkat oleh pasangan yang baru sahaja berkahwin.

"Tak apa, tengok dia seronok macam tu. Lega juga hati saya" luah Adelia. Jiwanya seorang ibu merasa begitu tenang melihat kegembiraan Hazriq. Darisa yang mendengarkan kata - kata itu mampu tersenyum nipis.

Tidak dapat melontarkan kata - kata kerana dia bukanlah seorang ibu. Namun, sebagai seorang wanita, dia faham. Bila ada anak, satu - satunya harta yang ingin dilindungi adalah anak. Tidak kira apapun jua itu, anak adalah nombor satu.

Tapi layakkah dia disebut sebagai seorang ibu selepas sahaja anak yang dikandung dulu mati begitu sahaja?

"Adelia, waktu bersalin kan Hazriq dulu, Adel rasa apa?" soal Darisa tiba - tiba. Wajah dikalih memandang ibu muda itu.

"Hm, rasa syukur.. Syukur sebab Allah dah anugerahkan harta terindah ni dalam hidup kami berdua" beritahu Adelia tanpa segan silu. Terimbas semula detik bagaimana dia mengetahui kehadiran Hazriq dalam hidupnya. Lebih - lebih lagi dia boleh mengidam nak hiking. Tup tap, anak keluar pun terlalu hiperaktif.

"Reaction Haziq macam mana?"

Adelia tergelak. "Dia terlalu suka sangat, iyalah. Suami mana aje tak suka isteri mengandungkan benih dia sendiri"

Darisa turut tertawa. Dia boleh bayangkan walaupun Adelia berkata seperti itu. Ada betulnya, suami mana aje tak suka bini mengandungkan benih dia sendiri.

"Adelia, pergilah siapkan Hazriq tu, tak lama lagi kenduri dah nak mula" tutur Tengku Nina, wanita itu paling sibuk hari ini. Sempena kenduri aqiqah cucunya yang kedua, Tengku Raihan dan Tengku Nina mengadakan kenduri secara besar - besaran.

"Okay Umi, Hazriq! Meh sini, tukar baju" laung ibu muda itu. Mendengar laungan suara ibunya, Hazriq kalih wajah ke belakang. Langkahnya terus laju menghampiri Adelia.

"Okay mommy!"

Anak kecil itu berlari terkedek - kedek sambil membawa belon di tangan. Alahai comelnya, terbit senyuman di wajah Darisa.

"Risa pun pergilah bersiap, nanti turun ya. Tolong Umi jap"

Darisa menganggukkan kepalanya, arahan mertuanya dituruti. Gadis muda itu mengatur langkahnya menuju ke bilik tidur Haffaz. Baju jubah berwarna biru tua terletak rapi di atas katil bersama baju Melayu senada dengannya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now