MTHD | 31

10.2K 381 0
                                    

"HAZRIQ, tengok mommy su tengah main apa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HAZRIQ, tengok mommy su tengah main apa... Hazriq nak ikut main tak?"

Awa-awal pagi lagi, Hanim sudah aktif bermain dengan anak saudara kesayangannya. Adelia dan Tengku Nina pula asyik dengan aktiviti memasak di dalam dapur memandangkan Dewi masih bercuti.

"Abang Ziq mana, Kak?" soal Hanim, kepalanya ditolehkan sedikit kearah kakak iparnya.

"Keluar pergi gym kejap, nanti balik lah tu" balas Adelia selamba. Sudah biasa dengan kegiatan seharian suaminya.

Hanim pun angguk-angguk faham. Benda biasa, buat apa nak hairan.

"Dengan abang Faz sekali ke?" sebelah keningnya dijungkit sedikit.

"Eh tak lah, dia jalan seorang..."

"Habistu kenapa sejak tadi Hanim tak nampak pun abang Faz... Ke dia dah keluar awal?" tutur Hanim penuh hairan. Kepala yang langsung tak gatal pun digaru.

"Cuba Hanim periksa bilik abang tu, kalau takde maksudnya keluar lah tu" sampuk Tengku Nina.

Nak ataupun tak, Hanim terpaksa menurut. Bilik abang sulungnya terlebih dahulu dituju.

"Nak ketuk ke tak? nak ketuk ke tak? ke tak payah? Hesy, tak payahlah... Baik aku sergah masuk je..." bisik gadis itu perlahan. Malas nak ketuk-ketuk pintu bagai.

"Assalamualaikum wahai abang kesayanganku..." laung Hanim sebaik sahaja daun pintu bilik itu ditolak.

Tidak ada sahutan.

"Abang? Ouh abang..." panggilnya lagi. Kali ini Hanim beranikan diri untuk masuk ke bilik Haffaz. Anak matanya mula meliar-liar mencari kelibat si abang.

"Ya Allah, dia dah keluar ke?"

"Kenapa Hanim kat sini?" suara serak basah penuh maskulin menerpa tepat di dalam pendengaran Hanim. Tersentak si bongsu dibuatnya, Haffaz yang masih terbaring diatas katil dengan comforter melitupi tubuh tegapnya dipandang.

"Hesy, buat terkejut orang aje... Hanim ingat abang keluar awal tadi, by the way, abang dah kenapa lewat sangat bangun, penat ke?" langkah dihayun mendekati Haffaz.

"Hm..." bibir merah yang selalu dilihat kini tidak sudah menampakkan merah.

"Abang sakit ke? kenapa pucat ni? pastu peluh-peluh macam ni..." Hanim menunjukkan raut wajah penuh kerisauan. Bukan apa, kalau pucat mungkin boleh diterima lagi tapi bila dah berpeluh-peluh. Takkan nak biarkan.

Tambahan pula, bilik itu mana ada panas. Sejuk memanjang sebab hanya aircond yang digunakan.

"Nanti elok la ni"

"Apa yang elok, bang... pucat pastu peluh macam ni nak kata elok? Kalau pengsan tetiba macam mana? Siapa nak tanggung?" marah Hanim penuh geram. Berkerut-kerut dahi si adik. Entahlah, boleh-boleh pula dia geram dengan Haffaz.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now