MTHD | 44

7.5K 274 27
                                    

3 tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3 tahun kemudian

"HAZRIQ! Mommy dah pesan jangan kacau adik kan.." Adelia mula bercekak pinggang ketika Hazriq mula menganggu Ryanna. Wajah ibu muda itu sudah berkerut memandang sikap anak sulungnya yang terlalu nakal. Entah perangai siapalah dia ikut itu.

"Ya Allah cucu Tok Mi ni, kenapa kacau adik, kan adik dah nangis tu" tutur Tengku Nina pula kali ini. Bibir wanita berumur itu ternaik sedikit, teringat pula sikap Haziq dulu waktu kecil. Serupa benar dengan Hazriq. Suka mengacau.

Adelia mengeluh perlahan. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia menggendong tubuh kecil Ryanna yang baru sahaja memasuki usia lima bulan.

"Adel okay tak ni? Nak umi tolong?" tanya si ibu mertua. Kasihan Tengku Nina melihat menantunya terpaksa urus dua anak tanpa suami di sisi. Baru - baru ni Haziq terlalu sibuk dengan kerja sampaikan anak bini kat rumah tak terurus langsung.

"Takpe lah umi, Adel boleh urus"

"Kalau tak boleh urus seorang, umi boleh tolong.. Umi dah pernah jaga tiga orang tu, tau sangat dah umi macam mana nak handle" tubuh kecil cucu perempuannya perlahan - lahan diambil dari gendongan Adelia.

"Maaf umi, Adel dah tak cukup tangan nak urus Hazriq dengan Ryanna lagi.." beritahu Adelia serba salah. Kalau nak diikutkan hati, dia taknak pun minta Tengku Nina masuk campur. Tapi kerana dia sendiri sudah penat, terpaksa juga dia minta bantuan.

"Haih, takpelah.. seorang ibu ni ujian nya memang macam tu, kena banyak bersabar, sebab tu lah ibu ni kena banyak dihormati oleh anak - anak, dia punya pengorbanan tu memang takkan pernah terhenti" bicara Tengku Nina. Ryanna dalam gendongannya didodoi dodoi penuh perhatian. Lena sahaja bayi kecil itu tertidur.

"Assalamualaikum.."

Satu suara garau memberikan salam tiba - tiba kedengaran. "Daddy!"

Saat melihat kelibat si ayah, Hazriq berlari terkedek kedek merapati tubuh ayahnya. Kaki panjang lelaki itu dipeluk dengan begitu erat.

"Yeay! Yeay! Daddy dah balik! Daddy ada belikan kereta mainan Hazriq tak?" kepalanya didongakkan sedikit, bibir naik mengorak senyuman. Matanya seolah olah memancarkan satu sinaran.

"Sorry anak daddy, daddy tak beli.. Nanti kita beli dengan mommy dan adik ya?" pujuk Haziq. Lelaki itu duduk bercangkung di hadapan anak lelakinya sambil mengelus rambut halus Hazriq.

"Alah, hmm o-okay" jawab Hazriq penuh kecewa.

Perlahan - lahan Hazriq menghayunkan kakinya menjauh dari sang ayah. Kepalanya ditundukkan sedikit, bibir merahnya dimuncungkan ke hadapan. Merajuk.

"Mommy..." Hazriq menarik hujung baju Adelia. Wajah sayu itu dipandang oleh Adelia.

"Daddy dah janji kan, nanti kita beli sama - sama, okay?" si ibu mula memujuk. Adelia sedaya upaya mengukirkan senyuman. Berharap agar Hazriq memahami.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now