MTHD | 30

10.6K 398 3
                                    

"HAZRIQ!" jeritan Hanim yang begitu lantang dan bergema memenuhi ruangan villa itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HAZRIQ!" jeritan Hanim yang begitu lantang dan bergema memenuhi ruangan villa itu. Tengku Nina yang baru sahaja keluar dari bilik tidur pun ikut tersentak.

"Kesayangan mommy su dah sampai..." katanya lagi. Kali ini dia menghampiri kakak iparnya lalu tubuh kecil Hazriq yang berada di dalam gendongan Adelia direbut.

"Eeee suka lah tu sebab jumpa mommy su dia kan..." gelak ketawa Hazriq mengundang tawa sang ibu juga.

"Mestilah, mommy su dia kan cantik, comel... Comel macam Hazriq kan, tengok lah siapa mommy su dia..." sebelah keningnya ternaik sedikit. Cuba bangga diri sekejap.

"Hazriq comel sebab ikut mommy dia, bukannya ikut mommy su dia... Hanim tak payah nak berangan... Ingat sikit, Hazriq tu anak abang dengan isteri abang..." sampuk Haziq.

"Suka hati Hanim lah nak kata apa, sibuk pulak dia..." anak matanya sempat dijulingkan keatas. Sekali-sekala pipi gebu Hazriq dikucup bertalu-talu bagi melepaskan kerinduan.

"Ey, tak yah kotorkan pipi anak aku dengan lipstik kau!" Marah Haziq penuh geram.

"Ni bukan lipstik lah, ni lip balm!"

"Lip balm ke lipstik ke, baik kau lap dulu" tidak ada lagi panggilan 'abang'. Haziq menunjukkan raut wajah penuh menyampah ketika memandang si bongsu.

"Eee, yelah yelah!"

Dengan perasaan amarah yang sudah bercampur aduk, Hanim pantas menghulurkan tubuh anak saudaranya.

"Ya Allah hati-hati lah Hanim! Kang tak pasal-pasal Hazriq jatuh!" suara lantang Tengku Nina membuatkan Hanim terkejut.Kepalanya langsung dipalingkan kearah sang ibu.

"Umi, abang Ziq ni--"

Belum sempat lagi Hanim habis mengadu, belakang tubuhnya sudah selamat menjadi tempat berlabuhnya tapak tangan si ibu.

"Argh! Sakit lah umi!"

"Tau sakit, kamu sayang anak buah kamu ke tak ni?!" berkerut dahi Tengku Nina menyoal. Nasib baik laju Haziq mengambil tubuh anaknya. Kalau tidak, tak pasal-pasal jatuh cucu kesayangannya itu.

"Sayang lah, tapi abang Ziq ni buat Hanim geram" adunya seperti anak kecil. Tengku Nina yang memerhati tingkah laku anak perempuan bongsunya itu terus menyenget bibirnya.

"Manja betullah kamu ni... Baik kamu kahwin, hilang sikit manja tu"

"Argh! Taknak lah, buat apa kahwin! Calon pun takde..." sekeras hati Hanim menolak, sepasang anak mata berwarna coklat tua itu sempat dijulingkan keatas.

"Eh, umi dan abi boleh carikan tau..." gurau Tengku Nina, tersengih-sengih wanita tua itu memandang reaksi Hanim. Saja nak menyakat.

"Taknak!! Hanim taknak kahwin sampai tua!" tegas si gadis.

Terbeliak mata Tengku Nina, tangan kanannya sudah sedia diangkat. Laju-laju Hanim berlari menyorok di belakang Haziq, takut kena lagi senjata berbisa ibunya.

"Senang je kan cakap, dalam Islam, kita dah ditakdirkan hidup berpasang-pasangan... Bukannya bersendirian..." ujar Tengku Nina, geram. Dadanya berombak laju menahan amarah yang berpunca dari Hanim.

Tak sah kalau tak bergaduh dengan Hanim. Ada-ada aje perangai budak seorang itu .

"Assalamualaikum..."

Tiba-tiba suara penuh maskulin mula menerpa di dalam pendengaran semua orang yang berada di kawasan tersebut. Tindakan Tengku Nina pula terhenti seketika, lekas-lekas kepalanya ditolehkan kearah suara itu.

"Waalaikumsalam..." sahut Tengku Nina, kelibat Haffaz yang masih berpakaian lengkap kemeja putih serta seluar slek hitam masih lagi kelihatan.

"Kau pun ada kat sini, Ziq..." ujar Haffaz dengan nada tenang. Selangkah demi selangkah, dia mendekati ahli keluarganya.

Bibir merahnya menarik senyuman tatkala memandang wajah anak saudaranya yang berada di dalam gendongan Haziq.

"Hai Hazriq, rindu Abi ke?" soalnya. Pipi gebu Hazriq diusap usap penuh lembut. Comel.

"Kau ni apasal kat sini? Tak balik rumah kau ke?" sampuk Haziq.

"Salah ke aku nak balik sini, lagipun ni rumah umi dan abi, suka hati aku lah nak balik sini ke tak..." balas si abang dengan pantas. Blazer nya diletakkan diatas sofa lalu dilandaikan tubuh tegapnya di atas sofa.

"Kau saja nak balik sini sebab rumah kau sekarang buat kau teringat kat bini kau kan?" persoalan mengenai Darisa membuatkan suasana semakin tegang antara dua beradik ini.

Tengku Nina, Hanim dan juga Adelia sudah mula meneguk air liur payah. Masing-masing sudah kehilangan kata-kata ketika itu.

"Sudah lah abang..." lengan kekar Haziq laju dipaut. Adelia mula menggelengkan kepalanya cuba menghentikan berlakunya pergaduhan antara dua adik beradik ini.

"Sayang tak payah masuk campur, okey... Ni hal lelaki..." jawab Haziq selamba. Belakang isterinya diusap-usap sayang sambil mempamerkan senyuman nipis. Tidak mahu menimbulkan kerisauan dalam diri Adelia.

"Abang, please..." rayu Adelia lagi.

Sebaik sahaja memandang wajah sang isteri, Haziq menghembuskan nafas geram. Tubuh si kecil yang berada di dalam gendongannya dihulurkan kearah Adelia.

"Sayang naik atas, abang nak borak sikit dengan Haffaz..." beritahunya.

"Borak atau abang nak gaduh dengan abang Faz?" ujar Adelia, anak matanya merenung tajam ke dalam anak mata suaminya.

"Takde sayang, cuma borak sikit je... Sayang naik atas dulu, nanti abang naik..." mendengar pujukan yang diberikan oleh Haziq. Adelia terpaksa menurut, kepala diangguk perlahan namun masih lagi bimbang jikalau terjadinya perkelahian antara suami dan iparnya.

"Abang, borak boleh, tapi gaduh jangan hm..." pesan Adelia sebelum melangkah meninggalkan suaminya.

Haziq mempamerkan senyuman manisnya.

"Sayang, abang tahu apa yang salah dan apa yang betul... Believing me, hm.."

"Okay lah..." bibirnya terasa sungguh berat untuk mengatakan. Adelia sempat mencuri-curi memandang ibu mertua serta adik iparnya yang masih lagi berdiri kaku.

"Umi, Adel naik atas dulu ya..." pamit Adelia terlebih dahulu. Tengku Nina pula mengangguk setuju.

Sebaik sahaja Adelia menghilang dari pandangan mereka. Suasana kembali tegang, Haziq mula menunjukkan raut wajah penuh serius tika menatap wajah sang abang.

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku, Ziq... Aku penat, aku malas nak gaduh dengan kau" ujar Haffaz jujur. Malaslah nak bergaduh, dia tidak mahu keruhkan lagi masalah yang sudah setahun berlaku.

"Kenapa kau boleh tenang macam ni sedangkan bini kau kat luar sana kau tak tahu apa-apa pasal dia... Kau tak nak cari dia ke?"

"Kau tengok aku tenang? Siapa kata aku tenang, after one years, dia tinggalkan aku... Aku tak pernah tenang, Ziq... " bidas lelaki itu. Daripada duduk di atas sofa, terus dia berdiri menghampiri adiknya.

"Yes, I know this is my fault... aku tahu sebab aku lah dia tinggalkan aku.."

"Nak kata tenang? No... aku tak pernah tenang, setiap malam aku teringatkan dia.. Aku rindu kan dia, aku rindu suara dia, aku rindu semua tentang dia... Kau sendiri faham aku, Ziq... Kau ada Adelia, kau pun pernah rasa macam mana ditinggalkan oleh orang yang kau sayangkan?" luahnya.

Setiap kali berada di rumahnya, setiap detik itulah membuatkan dia teringat kehadiran isterinya.

"Kau nak tanya aku menyesal? Yes, aku menyesal..."

BERSAMBUNG

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now