MTHD | 11

9.9K 423 5
                                    

𝐃ENGAN keadaan kedua-dua tangan diletakkan diatas perutnya, Darisa merenung lampu siling bilik mewah tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝐃ENGAN keadaan kedua-dua tangan diletakkan diatas perutnya, Darisa merenung lampu siling bilik mewah tersebut. Ini pertama kalinya, dia berkongsi tilam dengan Haffaz, dan saat itu juga jantungnya tidak berdegup mengikut rentak.

Sudah berjam-jam kelopak matanya langsung tidak ingin tertutup. Masih segar bugar manakala Haffaz sudah diulit mimpi indah. Debaran di dada masih kian terasa, sekali sekala anak mata gadis itu mencuri-curi pandang suaminya yang berbaring disamping dengan keadaan tubuh terdedah. Memang itulah kebiasaan Haffaz bila tidur.

Perlahan-lahan, Darisa menyiringkan tubuh menghadap kearah suaminya. Wajah tampan yang begitu memukau menjadi tontonan Darisa saat itu. Bibir mungil gadis tersebut laju menarik senyuman.

"Assalamualaikum sayang.." volume suaranya direndahkan sedikit. Tidak mahu menganggu tidur lelaki itu. Tangannya tidak segan-segan naik menyentuh pipi dan rahang tajam sang suami.

"Saya mintak maaf atas segala-galanya, saya tahu saya buat awak merana sebab terpaksa berkahwin dengan saya.. " setiap butir ayat keluar daripada mulut gadis itu lembut sahaja didengari, jari-jemari runcingnya kini menjamah setiap bahagian wajah tampan suaminya.

"Tapi boleh tak awak jadikan saya milik awak dan juga bidadari syurga awak buat selama-lamanya? Biarkan saya jadi wanita berharga buat awak, Haffaz..." lagi dia berbisik-bisik. Tidak kesah sama ada Haffaz mendengar ataupun tidak. Dia hanya menginginkan perkahwinan ini berkekalan.

"Saya sedar yang saya memang takkan ada tempat didalam hati awak, Haffaz... But can I love you until the end of my life?"

Namun begitu, soalan gadis itu langsung tidak ada sahutan. Darisa hanya tersenyum hambar memandang wajah suaminya yang sudah terlena dalam tidur.

Dada yang terasa sebak segera diusir pergi, gadis itu menghembuskan nafas berat.

"Haffaz, saya tahu awak takkan dengar apa yang saya cakapkan sekarang ni dan saya yakin, awak taknak tahu pun apa yang saya cakapkan ni..." katanya seraya mendekatkan bibir merah mungil menawan itu pada cuping telinga suaminya.

"Tengku Haffaz Daiyan..." nama diseru dengan nada lembut, selembut-lembut kapas. Gadis itu berbisik tepat didalam pendengaran Haffaz.

"I love you, sayang... walaupun awak tak cintakan saya, cinta saya hanya untuk awak sehingga hujung hayat saya..."

Air mata tiba-tiba gugur membasahi pipi suaminya. Lekas-lekas Darisa mengesat air mata yang gugur itu. Dia tahu ungkapan cintanya memang tidak akan diterima oleh Haffaz dan pastinya dia akan ditolak mentah-mentah kerana lelaki itu sendiri sudah mengatakan kepada dirinya untuk tidak mengharapkan cinta darinya.

Rambut kusut Haffaz diusap-usap sayang oleh sang isteri sebelum gadis itu melabuhkan bibir merahnya di dahi licin suaminya untuk menyalurkan perasaan cinta yang ada. Dia tahu bahawa terlalu awal untuk mengatakan cinta.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now