MTHD | 40

9.5K 316 2
                                    

SINAR cahaya matahari yang memasuki terus ke dalam ruangan telah menerangi kawasan tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SINAR cahaya matahari yang memasuki terus ke dalam ruangan telah menerangi kawasan tersebut. Darisa sedang duduk di atas kerusi rodanya memerhati luar tingkap. Menatap langit biru di hadapannya.

Setiap sentuhan yang lelaki itu buat kepadanya masih meninggalkan kesan yang dalam dari segi mental dan fizikal. Perasaan bersalahnya terhadap Haffaz masih terasa, tidak kuat ingin menghadap suaminya.

"Umi!" suara kanak-kanak kini bergema di dalam pendengaran. Siapa lagi kalau bukan Rayyan.

"Umi, Yan rindu umi!" tutur Rayyan, laju tubuh uminya didakap. Wangian tubuh Darisa dihidu, terasa tenang sahaja.

"Bonda.. bawa Yan jauh.." ujar Darisa, perlahan - lahan tubuh Rayyan ditolak menjauh darinya. Raut wajah langsung tidak mempamerkan senyuman seperti sebelum ini.

Terkedu Puan Aisah tatkala mendengar. "Risa, Yan dah lama nak jumpa kamu.. Bagi lah dia peluk kamu sekejap je"

"Risa kotor.. jangan biarkan Rayyan peluk Risa yang kotor ni" tuturnya. Gadis itu masih menganggap dirinya kotor.

Hina.

Ya. Hina. Tersangat hina.

"Astagafirullah hal'azim, kenapa pula kata macam tu.." Puan Aisah mula beristighfar. Remuk hatinya tika melihat gadis itu seperti sudah tidak bernyawa. Berputus asa seakan akan tidak ada lagi hala tujunya.

Puan Aisah tahu apa yang terjadi terhadap Darisa. Hal ini terbongkar pun kerana Haffaz sendiri yang membuka mulut. Namun apa yang terjadi sungguh melukakan hatinya, terlalu besar ujian yang melanda sepasang suami isteri ini.

"Bonda.." jubah yang digunakan Puan Aisah ditarik tarik oleh Rayyan.

"Kenapa umi tolak Yan? Umi tak sayang Yan ke lagi?" tutur Rayyan dengan bibir dicebik ke depan. Perlakuan Darisa terhadapnya sungguh membuatkan anak lelaki itu ingin menangis. Tidak pernah lagi Darisa melayannya seperti itu.

"Bukan macam tu Yan, umi tak sihat.." beritahu Puan Aisah, rambut halus Rayyan dielus sayang. Nafas ditarik lalu dihembus dalam - dalam.

"Umi sakit apa?"

"Maaf, bonda tak boleh bagitau.."

"Kenapa?" Rayyan menyoal lagi. Semua persoalan itu menimbulkan tanda tanya.

"Sakit umi tak boleh beritahu kat orang lain sebab nanti umi makin sakit.. Yan nak tak umi tambah sakit?"

Rayyan menggelengkan kepalanya. Darisa yang sedang termenung jauh ke luar jendela dipandang banyak kali. Anak kecil itu seakan akan faham apa yang Darisa rasakan. Perlahan lahan Rayyan menghampiri gadis itu lagi.

"Umi, janganlah sakit.." tutur Rayyan lembut. Wajah uminya disentuh dengan tangan kecil.

"Kalau umi sakit, Yan pun sakit"

"....Jadi, Yan taknak umi sakit.." sambung anak kecil tersebut. Ketika mendengar kata - kata Rayyan, air mata yang ditahan kini sudah tidak tertahan. Mengalir membasahi pipi mulusnya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now