MTHD | EPILOG

15.6K 451 95
                                    

Saat Terakhir - ST12__________________________________LAUNGAN takbir raya kedengaran, suasana rumah riuh rendah dengan suara gelak ketawa kanak-kanak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saat Terakhir - ST12
__________________________________
LAUNGAN takbir raya kedengaran, suasana rumah riuh rendah dengan suara gelak ketawa kanak-kanak. Satu syawal memberikan kemeriahan buat umat Islam yang meraihkannya sempena sebulan berpuasa.

"Abang dah bersiap?" soal Hanim sebaik memasuki ruangan bilik abangnya. Kelihatan Haffaz sedang menyarungkan baju Melayu berwarna navy blue di tubuh tegapnya.

"Sekejap lagi, Hanim tolong abang siapkan Haira..." pinta Haffaz. Ketika itu Haira masih berbaring meniarap di atas katil.

"Halah, takda masalah..." Hanim mengatur langkah menghampiri Haira. Bibir tarik senyuman melihat kecomelan anak buahnya. Dress berwarna navy blue perlahan-lahan disarungkan pada tubuh si kecil.

"Ahhh comelnya Haira..." puji Hanim.

"Anak abang memang comel..." selesai memakai baju Melayunya. Haffaz mendekati gadis muda itu, Haira yang berada dalam dakapan Hanim berjaya direbut.

"Hesy, baru je nak bermanja-manja dengan Haira..." cebik Hanim. Geram.

"Semua dah ada kat bawah?"

"Ya, tinggal abang je seorang" tutur Hanim. Selepas sahaja solat sunat Hari Raya, mereka merancang untuk mengunjungi kubur Darisa.

"Em, kejap lagi abang dengan Haira turun... Hanim turunlah dulu"

Hanim mengangguk faham. Serentak itu, langkah diatur bergegas keluar dari bilik tersebut meninggalkan abang dan anak buahnya di ruangan itu.

"Haira nak jumpa Umi?" soal Haffaz kepada Haira yang baru sahaja berusia setahun lebih.

Haira ukir senyuman manisnya dalam gendongan Haffaz. Setiap kali Haira tersenyum, ia mengingatkan lelaki itu kepada Darisa.

Bidadari syurganya.

"Haira suka ye jumpa Umi?"

"Aaaaa~~" Haira meloncat kegembiraan bersama mainan di tangannya seolah-olah mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Haffaz.

Perlahan-lahan lelaki itu mengangguk faham. Ubun-ubun anak kecil itu dikucup lembut. Haira Aleena.

Darisa sanggup mengadaikan nyawanya hanya ingin melahirkan Haira di dunia ini. Kalau isterinya masih hidup, pasti dia satu-satunya yang gembira melihat tumbesaran Haira.

"Haira, membesarlah jadi anak yang solehah. Jadi macam Umi, jangan jadi macam Abi hm..."

"Aaaaaaa~~"

Gelagat comel Haira menghiburkan hati Haffaz. Pipi merah itu menjadi tempat bibir sang ayah dilekapkan.

Kini dia ada Haira.

Tengku Haira Aleena, anak yang menjadi bukti cintanya bersama wanita yang dicintai, Darisa Haura.

Tengku Haira Aleena, anak yang menjadi bukti cintanya bersama wanita yang dicintai, Darisa Haura

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEUSAI habis melaungkan bacaan Yassin, air mawar membasahi tanah itu. Batu nisan yang terukir nama yang dirindui diusap lembut.

Darisa Haura Binti Ahmad Dawi

"Assalamualaikum sayang..." ucapan salam diberi. Rasa sebak tiba-tiba menerpa dalam dada membuatkan air mata mula bertakung.

"Sorry lambat..."

Rasa sedih semakin terasa, manusia yang berada dalam kawasan itu turut menahan tangis terutamanya Puan Qaira.

"Abang disini sihat je, Umi, Abi, Mommy, Daddy semua sihat... Haira pun sihat..." tutur Haffaz sambil memangku Haira.

"Haira dah besar, beberapa bulan yang lepas birthday dia, potong kek sendiri..." beritahunya dengan senyuman. Setiap kali hari jadi Haira, dia akan menangkap gambar momen itu untuk kenangan. Dia berkata-kata sendirian. Tidak kesah sama ada Darisa mendengar ataupun tidak.

"Selamat hari Raya Aidilfitri, sayang... Maaf zahir dan batin. Maafkan abang kalau ada salah silap. Ni kali pertama abang beraya dengan Haira seorang" kata lelaki itu. Walaupun pernah juga berkali-kali Darisa meninggalkannya tetapi kali ini wanita itu meninggalkannya buat selama-lamanya.

"Tengok ni, Haira pakai baju Umi dia belikan... Cantik... Abang pun still pakai baju raya kita sebelum ni" dia menunjukkan penampilannya segak berbaju Melayu dan penampilan Haira yang cantik dan comel dipadankan dengan reben di kepala.

"Abang tak boleh lama-lama kat sini, Haira masih kecil. Insya Allah kalau Haira dah besar, abang bawa dia lagi hm..."

Tengku Nina mengusap lembut bahu bidang anak lelakinya. Menitis tak sudah air mata wanita tua itu, sejak tadi sapu tangan di tangan mengelap air matanya.

"Haira, babai Umi..." arah Haffaz.

Serentak itu, Haira mengangkat tangannya lalu melambai perlahan ke arah batu nisan terukir nama ibu kandungnya.

"Ba.... Bai...."

Membulat mata Tengku Nina ketika mendengar suku kata yang keluar dari mulut cucunya yang baru berusia setahun itu.

"Amboi, pandainya dia..."

Haira tertawa kecil. Hati yang luka kerana ditinggalkan Darisa kembali sembuh dengan kehadiran Tengku Haira Aleena.

Kini dia faham mengapa Darisa sanggup mengorbankan diri hanya untuk si kecil ini. Walaupun cintanya tidak kekal sehingga tua, namun adanya Haira, cinta itu tetap ada.

Haira Aleena, anugerah Allah yang dikirimkan untuk menyempurnakan kisah cinta mereka.

Pertama kali ditinggalkan, dia bersendirian

Kedua kali ditinggalkan, dia bersendirian tetapi tidak untuk ketiga kalinya.

Darisa Haura, wanita berharga itu akan tetap selalu di hatinya. Begitu juga Haira Aleena, anak kecil yang comel serupa wanita itu akan terus menjadi tujuan hidup.

Bersyukur ke Hadrat Ilahi, Allah mempertemukannya dengan wanita berharga itu.

Darisa Haura,

Bidadari Syurga buat Tengku Haffaz Daiyan.

𝐓𝐀𝐌𝐀𝐓

𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐅𝐅𝐀𝐙 𝐃𝐀𝐈𝐘𝐀𝐍

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐

Terima kasih atas sokongan. Minta maaf sekiranya ada kekurangan. Mana yang baik, tolong ambil. Tetapi mana yang tak baik, tolong tinggalkan.

𝐐𝐮𝐞𝐬𝐭𝐢𝐨𝐧.

𝟏. 𝐑𝐚𝐭𝐞?

𝟐. 𝐀𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐬𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢?

𝟑. 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐥𝐢𝐬?

𝐈𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚! 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now