MTHD | 21

10.3K 432 23
                                    

"TERIMA kasih ya dik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TERIMA kasih ya dik. Kalau tak, mungkin akak dah meraung sebab anak hilang" ucap seorang wanita berumur tiga puluhan yang sedang sarat mengandung itu.

Kebetulan pula selepas ke tandas, Darisa terserempak dengan seorang budak perempuan menangis-nangis mencari si ibu. Jatuh kasihan Darisa melihat, mahu tidak mahu, terpaksa juga dia turut mencari-cari ibu budak itu.

"Eh takpe akak, saya okay aje.." balas Darisa sambil mempamerkan senyuman manisnya sebelum mengalihkan pandangan kearah budak perempuan disamping wanita muda tersebut.

"Siapa nama awak?"

"Aqish"

"Ouhh Aqish, Aqish umur berapa?"

"Tujuh tahun.."

Ketika mendengarkan jawapan Aqish, Darisa mengangguk faham. Perlahan-lahan tubuhnya melorot kebawah sehinggalah posisinya duduk bercangkung di hadapan Aqish.

Rambut lurus Aqish diusap-usap lembut. Comel, pipi merah bak delima. Kulit putih melepak, dahtu gebu pula pipi. Geram nak cubit-cubit.

"Aqish tau kan dalam perut mama ada baby?" soal Darisa lembut.

"Tau.." Aqish mengangguk.

"Jadi, Aqish janganlah buat mama risau" pesannya, tangan Aqish digenggam erat sebelum diletakkan diatas telapak tangan sang ibu.

"Aqish kene genggam tangan mama kuat-kuat... Jangan lepas, tak kesian ke dengan mama.. Lari-lari cari Aqish hmm?"

Mendengarkan sahaja kata-kata Darisa, Aqish mula mencebik, bibir merahnya dimuncungkan kehadapan. Matanya sudah berkaca-kaca menahan tangisan.

"Akak tak marah Aqish.. Tapi apa yang Aqish buat tu salah, mama Aqish sayangkan Aqish, takkanlah Aqish tak kesian dengan mama.." air mata yang mula menitik-nitik membasahi pipi gebu itu mula dikesat menggunakan ibu jari.

"Maaf.. Aqish mintak maaf mama.." rayu Aqish, pinggang ibunya dipeluk erat sambil menghamburkan tangisan. Darisa pula hanya mampu tersenyum hambar, tiba-tiba pula rasa bersalah sebab buat anak orang menangis.

"Sshhh, jangan nangis.." pujuk Darisa sekuat hati.

"Takpelah dik, biasalah.. lagipun bagus juga adik bagi nasihat kat Aqish, sebab dia ni keras kepala.. Akak pun dah tak larat nak banyak kali pesan kat Aqish" luah wanita muda itu.

Gadis itu mengangguk faham. Teringat pula dia waktu kecil dulu, sama juga. Keras kepala, semua nak diikut. Kalau tidak, mengamuk tak pasal-pasal.

"Akak sorang aje ke? Husband akak tak ikut?" kini Darisa memberanikan diri untuk menyoal. Sejak tadi, tidak dilihat pun kelibat ayah kepada Aqish. Ragu-ragu juga dia hendak bertanya tadi.

Namun begitu, soalan Darisa dibalas dengan senyuman datar. Kepala wanita muda itu mula tertunduk kebawah.

"Suami akak dah meninggal dua bulan yang lepas sebab sakit kanser.. Akak ni single mom sebabtu susah jugak nak jaga Aqish dalam keadaan mengandung macam ni.." luahnya walaupun terasa sedikit sebak di dada.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now