MTHD | 50

8.2K 279 3
                                    

"SAYA taknak! Saya dah cakap saya taknak! Langkah mayat saya dulu!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAYA taknak! Saya dah cakap saya taknak! Langkah mayat saya dulu!"

Haffaz menghembuskan nafas berat ketika ayat itu terngiang-ngiang dalam sistem pendengarannya. Jujur, dia buntu. Ini pilihan paling sukar pernah ia alami. Antara hidup dan mati.

"Hanim tahu abang tak boleh tentukan keputusan sekarang ni" satu suara menyergah. Haffaz angkat wajah kemudian kalih pandangan ke arah suara tersebut.

Hanim.

"Abang tak tahu macam mana... Semuanya jadi secara tiba-tiba" luah lelaki itu pula kali ini. Hanim tarik senyuman nipis, perlahan-lahan gadis muda itu melabuhkan punggung di samping abangnya.

"Kak Risa baru aje tidur, lain kali lah abang fikir semua tu"

Namun, Haffaz mulai menggelengkan kepalanya. "Tak boleh, selagi abang tak fikir semua ni. Rasa gelisah takkan hilang"

"Jadi abang nak buat keputusan gugurkan anak abang yang tak bersalah?"

"Tu aje jalan penyelesaiannya..." balas Haffaz. Raut wajah lelaki itu kelihatan serabut.

"Sampai hati abang kan" Hanim ketap bibir merahnya. Anak yang dianugerahkan oleh Tuhan, tetapi senang-senang sahaja abangnya hendak menghapuskan keberadaan si kecil itu.

"Abang tak ada pilihan, tu je satu-satunya cara nak selamatkan Darisa..."

"Tapi perlukah korbankan anak sendiri? Abang tak takut ke dosa bunuh anak sendiri?!" marah Hanim. Penuh amarah, dia geram dengan sikap abangnya yang suka bertindak terburu-buru.

"Abang dah kata, semua terpaksa. Anak boleh di--"

"Tak, abang lelaki mudah je kata benda tu. Lelaki tak pernah rasa macam mana rasanya bila ada nyawa berkongsi badan dengannya. Bayangkan Kak Risa dah gembira bila hadir anak kecil hasil perkahwinan dia dengan abang... After five years, orang lain setahun dua dah ada anak... Sedangkan dia tunggu lima tahun untuk ada anak dengan abang, abang tak rasa kejam ke?"

"Abang seksa perasaan Kak Risa, abang ingat apa yang abang buat semua ni untuk kebaikan dia?" Hanim mula bersuara bagi pihak kakak iparnya.

"Abang cuma nak selamatkan dia, Hanim..."

"Allah... Minta pertolongan dengan Allah, mustahil tak ada keajaiban, bagaimana Allah hadirkan anak untuk abang dan akak, macam tu lah akan ada keajaiban untuk kesembuhan Kak Risa..." bicara Hanim sekadar memberi nasihat. Dia sendiri tidak kuat melihat reaksi kakak iparnya sekiranya bayi yang dikandung itu terpaksa digugurkan.

Akan tetapi, Haffaz hanya diam membisu. Tidak menyahut kata-kata si bongsu. Hanim kalih pandangan ke arah abang sulungnya itu. Nampak sangat Haffaz tengah serabut.

"Take your time, bincang dengan Kak Risa..." nasihatnya lagi. Belakang abangnya ditepuk lembut sebelum meninggalkan lelaki itu seorang diri.

Dia tidak ada kuasa. Tapi dia harap abangnya membuat keputusan yang betul. Bukannya bertindak melulu.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now