MTHD | 17

9.9K 401 8
                                    

"ASSALAMUALAIKUM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ASSALAMUALAIKUM..."

Suara yang lembut dan juga lunak itu didengari segenap ruangan villa besar itu. Dewi yang ligat membersihkan dapur terus tersentak, membulat matanya tatkala melihat puan mudanya tiba-tiba sahaja datang ke villa itu.

"Waalaikumsalam, mbak Risa.." sahut Dewi, laju-laju dia mendekati Darisa, lalu beg plastik yang ada didalam genggaman puan mudanya itu direbut sopan.

"Saya ada beli buah-buahan sikit untuk umi.." ujar Darisa kepada pembantu rumah villa keluarga mertuanya. Dewi hanya mengangguk faham, buah-buahan yang dibeli oleh Darisa diletakkan kedalam peti sejuk.

"Erm, Dewi.." nama Dewi sekali lagi diseru.

"Ya?"

"Umi mana?" soal Darisa sekali dengan senyuman diwajah.

"Ouh.. Nyonya ada di kamar mbak Adelia kayaknya.." jawab Dewi pantas saat mendengar soalan puan mudanya.

Darisa hanya mengangguk faham, tanpa melengahkan masa, langkahnya diatur menuju ke bilik adik iparnya. Haffaz pula diam tanpa sepatah perkataan, mengikuti jejak sang isteri daripada belakang.

Tok!

Tok!

"Masuk.." suara Adelia kini didengari oleh Darisa. Pantas daun pintu itu ditolak daripada luar, kelihatan sosok tubuh Tengku Nina sedang berdiri sambil menggendong Hazriq manakala Adelia duduk bersandar pada kepala katil.

"Eh.. Ingatkan Haziq yang dah balik, rupanya Risa yang datang.." ujar Tengku Nina tatkala melihat anak menantunya. Lebar senyuman wanita tua tersebut, gembira.

Darisa pula membalas senyuman ibu mertuanya, memasuki segenap ruangan bilik tidur itu lalu mendekati Tengku Nina perlahan. Kekura tangan wanita tua dihadapannya dikucup lembut.

"Hazriq ke ni?" soal Darisa, anak matanya kini menatap seraut wajah si kecil didalam gendongan Tengku Nina.

"Haah, comel kan.. Risa nak dukung?"

"Boleh ke?"

"Eh, kenapa pulak tak boleh, sekali gus Risa belajar angkat baby.. nanti ada anak sendiri, tak susah.." seloroh wanita tua tersebut, lekas-lekas dia menghulurkan tubuh Hazriq kepada seorang lagi menantunya manakala Darisa terkial-kial hendak mendukung bayi. Sudahlah dia tidak pernah-pernah mengangkat bayi seumur hidupnya.

"Lah, Risa ni dah sesuai jadi emak-emak dah pun.. Ini first time ke Risa angkat baby?" mendengarkan soalan itu, Darisa menganggukkan kepalanya, mengiakan soalan ibu mertuanya.

"Yeke, cara Risa pegang baby macam bukan kali pertama.. Macam dah berkali-kali, ke ni tanda-tanda umi nak menimang lagi seorang cucu?" orang tua itu mengangkat sebelah keningnya, tersengih-sengih memandang anak dan menantunya silih berganti. Sempat lagi Tengku Nina bergurau senda.

Darisa lagi tertunduk membisu, wajah tidak pasal-pasal merah padam. Anak mata pula mencuri-curi pandang kearah suaminya, cuba memerhati reaksi lelaki itu. Namun yang dilihatnya hanya reaksi biasa, tidak ada senyuman sama sekali. Seperti biasa, Haffaz mengabaikan dan tidak mengambil kesah sama sekali gurauan dan jenaka Tengku Nina.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now