MTHD | 20

10.9K 413 15
                                    

KERTAS kerja yang terletak diatas meja sejak tadi hanya ditenung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERTAS kerja yang terletak diatas meja sejak tadi hanya ditenung. Jari jemarinya pula kini mengetuk-ngetuk meja. Haffaz tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pekerjaan, fikiran asyik melayang memikirkan keadaan isterinya.

Angkara kejadian semalam, timbul rasa serba-salah didalam hati lelaki itu. Raut wajah Darisa yang hendak menangis terbayang-bayang oleh Haffaz.

"Gila, kenapa aku macam ni pulak, bukan ni ke yang kau nak, Haffaz.." bisiknya perlahan. Kedua-dua telapak tangannya meraup kasar keseluruhan wajah tampan itu. Nafas sempat dihembus geram.

Tidak lama kemudian, satu butang yang ada pada telefon pejabatnya ditekan.

"Ya Tengku?" suara seorang wanita muda kini menerpa didalam pendengaran Haffaz.

"Lyn, masuk dulu.." arahnya ringkas.

"Kejap ya Tengku"

Tut..

Tok!

Tok!

Tidak sampai seminit panggilan ditamatkan, daun pintu bilik pejabatnya mulai diketuk dengan perlahan.

"Come in" laung lelaki itu daripada dalam.

Sebaik sahaja mendengarkan laungan itu, Lyn selaku setiausaha Haffaz memasuki segenap ruangan bilik pejabat yang besar. Figura majikannya yang sedang elok duduk bersandar diatas kerusi kerja dituju.

"Kenapa Tengku panggil saya?" soal Lyn dengan nada sopan. Berdiri tegak di hadapan Haffaz dengan perasaan gugup.

"Macam mana nak pujuk perempuan?"

"Hah?"

Terpanar Lyn tika mendengar, membulat terus mata gadis tersebut. Tidak menyangka ayat itu bakal keluar daripada mulut majikannya.

"Aku tanya macam mana nak pujuk perempuan.." soalnya lagi.

Tak tahu hendak gelak ataupun tidak, otak Lyn masih lagi dalam keadaan jammed. Dia tahu Haffaz sudah mempunyai isteri, tapi takkan tak tahu bagaimana nak memujuk isteri?

"Erm, Tengku nak pujuk puan muda ke?" sengaja lagi Lyn bertanya walaupun dia sudah mengetahui jawapannya. Takkanlah lelaki itu ada perempuan lain selain Puan Muda Darisa.

"Bagi je aku jawapan, tak payah banyak tanya.." kata lelaki itu, tubuhnya didekatkan sedikit dengan meja. Sepasang anak mata lelaki itu menatap wajah Lyn dengan penuh perhatian.

Lyn pula sudah meneguk air liur. Haih, boleh-boleh pula dia berasa gentar. Sudah bertahun-tahun kut bekerja dengan lelaki itu.

"Kalau Tengku nak pujuk puan muda, Tengku bagi lah barang-barang yang puan muda suka.." beritahunya. Sedaya-upaya bersikap tenang walaupun jantungnya sudah dag dig dug.

Ketika mendengar jawapan Lyn, Haffaz mengerutkan dahi. Otak ligat untuk memikirkan apa yang disukai oleh Darisa. Namum begitu, sekeras-keras mana pun dia memikir. Dia tidak tahu apa yang diminati oleh isterinya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now