MTHD | 43

7.5K 275 7
                                    

"JAGA diri ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"JAGA diri ye.." pesan Puan Aisah ketika menatap Darisa di hadapannya. Jubah berwarna putih yang digunakan oleh Darisa menampakkan keserian wajah gadis tersebut.

"Ingat pesan umi, kalau ada apa - apa call kami kat sini.. Kitorang selalu ada dengan Risa.." kali ini mertuanya memberikan pesanan. Darisa hanya mampu melakarkan senyuman di hadapan keluarganya. Tidak hanya itu, Puan Qaira dan Encik Philip yang turut berada di situ membuatkan Darisa ingin mengalirkan air mata.

Ya. Hari ini adalah hari keberangkatan Darisa menuju ke Tanah Suci Allah. Permintaannya segera ditunaikan oleh sang suami. Namun, perjalanannya kali ini tidak ditemani sesiapapun kecuali dirinya sendiri kerana ini yang Darisa inginkan. Mahu tidak mahu, Haffaz terpaksa ikutkan.

"Mommy, daddy.." gadis muda itu mendekati selangkah demi selangkah orang tua angkatnya. Puan Qaira yang sudah terlihat menahan tangisan dari jauh berlari mendekati Darisa lalu didakapnya.

"Risa, mommy minta maaf.." tutur Puan Qaira sekali dengan suara tangisan. Berketar - ketar bibir wanita itu ketika mengucapkan maaf.

"Mommy, jangan lah nangis.. Risa okay je.."

"Maafkan mommy, nak.. Mommy dah banyak dosa dengan Risa.. Mo--"

"Jangan macam ni, mommy.. " pelukan segera dileraikan. Darisa menatap wajah ibu saudaranya dengan penuh perhatian. Air mata yang mengalir di pipi Puan Qaira diseka menggunakan ibu jari.

"Mommy, Risa dah lama maafkan mommy.. takpe, Risa tahu perasaan mommy.. Mala anak mommy, ibu mana yang tak sedih bila tahu anak sendiri meninggal kan?" ujar Darisa sambil menggelengkan kepalanya. Mungkin waktu itu, Puan Qaira dibawa emosi. Satu keluarga dibawa emosi.

Mala adalah anak bongsu Puan Qaira dan Encik Philip. Orang tua mana yang tidak bersedih dengan kematian anak sendiri sedangkan mereka yang bertukus lumus membesar dan mendidik gadis itu.

"Mana Inara?" tanpa ragu - ragu, nama Inara keluar dari mulut Darisa. Sudah lama dia tidak tahu khabar sepupunya itu. Adakah Inara masih sama seperti dulu?

Puan Qaira hela nafas kasar. Wanita itu menundukkan kepalanya sambil mengusap usap dada membuatkan Darisa terkelu. Kenapa?

"Nara kat hospital sekarang.." tutur Puan Qaira dengan nada sendu. Darisa yang mendengarkannya seakan akan tidak percaya.

"Ma-Macam mana bo--"

"Accident.." belum habis Darisa menanya, Puan Qaira sudah membalas.

"Seminggu yang lepas, Inara accident.. Doktor kata Nara waktu tu sedang mabuk, mungkin sebab tu lah boleh berlakunya accident" ujar Puan Qaira. Memberitahu kebenaran. Apabila mengetahui sikap Inara yang suka meneguk air arak, Puan Qaira merasa kecewa yang teramat. Apatah lagi Encik Philip.

Anak yang dididik bagai menatang minyak yang penuh itu sendiri memijak - mijak kepala mereka. Inara sudah lupa diri, lupa agamanya sehingga tidak takut melakukan perkara yang haram disisi agama.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now