MTHD | 34

10.8K 404 1
                                    

DARISA masih terkaku sambil memandang suaminya di hadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DARISA masih terkaku sambil memandang suaminya di hadapan. Mulut terkunci rapat, tidak mampu untuk mengeluarkan suara ketika itu.

"Risa, dengar tak apa bonda cakap ni?" ujar Puan Aisah, hairan tatkala melihat raut wajah gadis itu.

"Ah, dengar..." kepalanya diangguk laju.

Lebar senyuman Puan Aisah saat mendengar jawapan dari Darisa. Tak lama kemudian, dia menghayunkan langkahnya mendekati Hanim dan juga Haffaz.

"Haffaz belum kenal kan, ni Darisa, dia yang banyak tolong bonda jaga budak-budak kat sini..." kali ini giliran wanita tua itu memperkenalkan Darisa.

Walau bagaimanapun, hanya tatapan mata yang dilontarkan. Tidak bersuara langsung.

"Faz, kenapa diam ni... Tak elok tengok Darisa macam tu" tegur Puan Aisah tatkala menyedari jejaka di sampingnya memandang Darisa dengan begitu teliti. Bahu bidang Haffaz ditepuk perlahan.

Haffaz yang sedari bahunya ditepuk oleh Puan Aisah terus memalingkan wajahnya. Memandang wajah tua itu.

"Bonda, Risa pergi dapur dulu, nak letak barang" cantas gadis itu laju. Kepalanya ditundukkan sedikit. Cuba mengalihkan pandangan.

"Ouh, pergilah..."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata Puan Aisah, Darisa mula mengatur langkahnya menuju ke ruang dapur yang berada tidak jauh dengan tempat ia berada.

"Mari sini abang tolong" suara Arshad yang tiba-tiba kedengaran membuatkan gadis itu tersentak. Bakul plastik yang dipegang direbut oleh Arshad.

"Takpe, Risa boleh bawa..."

"Benda ni berat, Risa... Perempuan tak elok angkat benda-benda berat" balas jejaka itu penuh kelembutan. Gadis tersebut sudah tidak lagi mampu berkata-kata.

Matanya pula tidak sengaja menatap figura tubuh tegap dan tinggi suaminya. Jelas sekali lelaki itu memandangnya dengan wajah serius. Marah?

Apa yang sepatutnya ingin dimarahkan? Adakah kerana pertemuan mereka yang sepatutnya tidak terjadi ini?

"Biarlah Arshad bawa barang tu... Risa pergilah uruskan anak-anak, dari tadi mereka cari kamu..." beritahu Puan Aisah. Maklumlah, Darisa sudah menjadi kesayangan anak-anak. Susah nak berenggang walaupun sekejap apatah lagi Rayyan.

"Takpe ke?" soal gadis itu kepada jejaka di hadapannya.

"Tolong Darisa, abang bukan lelaki lembut macam Sajat tu..." sempat lagi Arshad bergurau senda.

Namun begitu, tanpa dua orang ini sedari. Haffaz yang sedang memerhati kemesraan itu hanya beriak biasa. Jauh di sudut hatinya, perasaan cemburu mula menyerbu di sanubari.

"Haih, kamu ni Arshad, tak baik kata macam tu..." Puan Aisah mula menegur anak lelakinya. Kadangkala mulut itu kena jaga.

"Benda betul, bonda..."

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now