MTHD | 15

9.6K 408 12
                                    

BUNYI derapan kaki yang laju telah memecahkan keheningan didalam ruang koridor hospital tersebut, satu persatu wajah yang terpancul di hadapan dipandang silih berganti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI derapan kaki yang laju telah memecahkan keheningan didalam ruang koridor hospital tersebut, satu persatu wajah yang terpancul di hadapan dipandang silih berganti.

"Mummy, macam mana Mala? Mala okay kan.." soal Darisa dengan penuh kerisauan. Kedua dua tangan ibu saudaranya digenggam kuat, tubir mata mulai terasa hangat tatkala mengetahui keadaan Mala.

Sebaik saja mendengarkan soalan Darisa, Puan Qaira pantas menundukkan kepalanya. Air mata cuba ditahan daripada mengalir membasahi pipi wanita tua itu.

"Mummy.. kenapa ni.. Jangan lah diam, Risa tanya mummy sekarang ni, Mala okay kan?" menggigil tubuh Darisa, gugup kerana raut wajah Puan Qaira tidak seperti yang dijangkakan.

"Risa..." panggil Puan Qaira lembut, tadi Darisa yang mengenggam tangan tua itu tapi kini giliran Puan Qaira yang mengenggam tangan gadis di hadapannya.

"Kenapa ni.. Kenapa semua buat muka macam ni, bagitau lah Risa, Mala okay kan..."

Darisa memaksa diri untuk berfikiran positif, wajah Encik Philip, Puan Qaira dan juga Inara dipandang silih berganti, namun tidak ada senyuman sama sekali terukir di wajah mereka. Malah Inara merenung tajam kearah Darisa.

"Kau berambus je lah, Darisa.. Baik kau tak payah tunjukkan muka kau kat sini, disebabkan kau adik aku koma!" bahu Darisa ditunjal dengan begitu kuat sehingga tertolak tubuh gadis itu.

Darisa terdiam buat seketika, anak mata kini beralih kearah ibu saudaranya.

"Mummy, ni semua tipu kan, Risa salah dengar.. Mesti Risa salah dengar kan?"

Puan Qaira perlahan-lahan menggelengkan kepalanya, disaat melihat isyarat itu, Darisa berdiri kaku dengan tatapan kosong. Tidak semena-mena air mata bercucuran jatuh membasahi pipi merah gadis itu.

"Kau pergi!! Patutnya daripada dulu, kau tak patut hadir dalam keluarga ni, kau kene sedar kau tu penumpang! Kalau kau tak buat Mala masuk campur dalam urusan kau dengan Adryan, semua ni takkan jadi!" bentak Inara sehingga suara lantangnya memenuhi ruang kawasan tersebut. Tubuh Darisa ditolak dengan begitu kasar.

"Inara, berhenti.." tindakan Inara itu cuba dihentikan oleh Puan Qaira. Pilu hati seorang ibu melihat anaknya kini terlantar diatas katil wad dalam keadaan kritikal.

"Dia ni pembawa sial! pembawa malang! Mummy tak payah nak susahkan diri sebab nak jaga perempuan sial ni!"

"Inara Balqis! Jaga mulut kamu!" naik darah Puan Qaira dengan sikap anak sulungnya, kulit wajah yang cerah kini berubah kemerah-merahan. Geram.

"Now mummy cuba backup perempuan tak guna ni, mummy sedar tak?! Because of her, Mala terlantar kat hospital dalam keadaan tak sedarkan diri.. Sekarang mummy nak lebihkan Darisa atau Mala? Mala anak kandung mummy! Bukannya Darisa!"

Darisa mengemamkan bibir merahnya, hati sakit saat Inara memarahinya. Dia tahu disebabkan dirinya, Mala terpaksa bertarung nyawa. Adryan pula kini menjadi suspek utama dalam kejadian yang terjadi terhadap Mala.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now