MTHD | 28

10.2K 415 11
                                    

SEUSAI menunaikan solat isyak, Darisa perlahan-lahan menghampiri Rayyan yang sedang berbaring lena di sampingnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEUSAI menunaikan solat isyak, Darisa perlahan-lahan menghampiri Rayyan yang sedang berbaring lena di sampingnya. Hanya berbantalkan selimut kerana tidak ingin berpisah dengan Darisa.

"Rayyan.." panggil Darisa lembut, pipi gebu anak kecil itu diciut manja.

"Bangun sayang, kita baca Al-Quran sama-sama.. Nak tak?" ajak gadis itu.

Rayyan yang mendengar suara Darisa terus membuka kelopak matanya dengan perlahan. Terpampang wajah gadis digelar umi di hadapannya.

"Rayyan nak tak?" soal Darisa lagi. Rambut halus Rayyan dielus perlahan.

"Nak.." jawab Rayyan sambil menganggukkan kepalanya. Walaupun masih dalam keadaan mamai, Rayyan gagahkan juga untuk bangun.

"Bagusnya anak umi ni, Rayyan pandai ambil wudhuk kan?"

"Pandai.."

Senyuman penuh lebar terus terlakar di wajah jelita Darisa. Bangga dengan sikap yang ada di dalam diri Rayyan walaupun masih muda.

"Umi tunggu sini ye, cepat sikit tau.."

"Okay umi!" langkah kecilnya dipercepatkan. Gelagat comel Rayyan selalu sahaja menghiburkan hati Darisa.

Jujur, ketika melihat Rayyan. Dia selalu teringat akan dirinya didalam diri Rayyan. Terlalu banyak persamaan.

"Dah umi!" laung si kecil penuh teruja. Habis basah bajunya seperti baru selesai mandi.

"Allahuakbar, kenapa Rayyan basah-basah ni?" nada suara Darisa mula kedengaran agak kasar. Terkejut.

"Rayyan ambil uduk.." katanya dengan pelat.

"Wudhuk sayang, bukan uduk.."

"Wu...Dhuk..." sepatah demi sepatah disebut dengan teliti. Darisa mula tergeleng-geleng kepala melihat Rayyan. Comel sangat.

"Bagus, wudhuk yer.. bukan uduk.. Meh sini, duduk di peha umi"

Seperti yang diarahkan oleh Darisa, Rayyan tidak segan duduk di atas peha Darisa.

"Ikut apa yang umi baca, harini kita baca Surah Al-Mulk.. Rayyan tau kan kenapa baca Al-Quran ni bagus?"

"Tau.."

"Kenapa?" sebelah kening dijungkitkan sedikit. Sepasang anak mata Darisa mula memandang seraut wajah comel Rayyan di hadapannya.

"Sebab Allah suka orang yang suka baca Al-Quran, suka solat, suka buat benda baik-baik.. Kalau kita baca Al-Quran, Allah sayang kita.. Pastu kita masuk syurga" tutur Rayyan penuh yakin.

"Betul, pandai Rayyan ni.. Rayyan nak masuk syurga kan?"

"Nak!"

"Kalau macam tu, apa yang kita perlu buat?"

Rayyan mendiamkan diri seketika. Anak matanya memandang keatas sambil membuat gaya sedang berfikir.

"Erm, kita kene ikut apa yang Allah suruh" beritahunya ragu-ragu.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now