MTHD | 29

9.8K 389 3
                                    

SUASANA Rumah Anak Yatim Bonda Aisah terasa begitu meriah dan riuh apatah lagi dengan suara gelak ketawa anak-anak yang gembira kerana ingin menyambut hari ulang tahun Rayyan yang ke enam tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUASANA Rumah Anak Yatim Bonda Aisah terasa begitu meriah dan riuh apatah lagi dengan suara gelak ketawa anak-anak yang gembira kerana ingin menyambut hari ulang tahun Rayyan yang ke enam tahun.

"Hati-hati, jangan sampai jatuh!" pesan Darisa penuh lantang. Tersenyum gadis itu tatkala melihat gelagat anak-anak yang sudah dianggap sebagai anaknya.

"Umi... Umi..." jubah Darisa tiba-tiba terasa ditarik-tarik dari bawah. Lantas Darisa menundukkan kepalanya.

Terpampang wajah comel Rayna. Rayna adalah kembar kepada Rayyan, dua-dua comel. Tetapi Rayyan lebih manja berbanding dengan Rayna yang kelihatan lebih matang.

"Kenapa Rayna?" soal Darisa, rambut halus Rayna diusap lembut.

"Mana Yan, umi?" soalnya, kepala anak kecil itu disengetkan sedikit sambil menatap wajah wanita berpurdah di hadapannya.

Darisa yang mendengarkan soalan itu terus meliarkan anak matanya di seluruh sudut. Tercari-cari akan kelibat Rayyan.

"Bukannya Rayyan ada dengan Rayna ke tadi?"

"Tadi ada, sekarang takde..." beritahu Rayna. Bibir merahnya diketap rapat.

Dulang yang didalam pegangan tadi kini diletakkan di atas meja. Darisa mula mencari-cari keberadaan Rayyan.

"Rayyan!" jerit Darisa memanggil Rayyan. Sudahlah Rumah Anak Yatim Bonda Aisah itu boleh tahan besar.

"Rayyan! Balas umi sayang!!" panggil Darisa lebih kuat lagi.

Namun, langsung tidak ada sahutan sehingga menimbulkan fikiran negatif di diri gadis itu.

"Ya Allah, mana dia ni..." bisiknya penuh kerisauan. Bibir merah yang kering dibasahi sedikit, gusar hati gadis itu. Hampir tidak ada hala tujunya angkara Rayyan yang menghilang secara tiba-tiba.

"Umi!" tidak lama kemudian, satu suara tidak asing buat Darisa membuatkan gadis itu pantas memalingkan wajahnya.

"Rayyan!"

Laju Darisa menghayunkan langkahnya menghampiri Rayyan. Tubuh kecil itu dimasukkan ke dalam dakapan dan dipeluk tubuh itu seerat-erat yang mungkin.

"Rayyan pergi mana hah, tahu tak umi takut jadi apa-apa kat Rayyan... Jangan pergi jauh-jauh, umi dah pesan jangan pergi jauh-jauh, kenapa degil?" ujar Darisa, nada suaranya kedengaran agak kasar membuatkan Rayyan tertunduk diam.

"Maaf umi, Rayyan kejar kucing tadi..."

"Jangan lah jauh sangat, macam mana kalau terjadi apa-apa... umi, bonda dan abi tak tau apa-apa terjadi nanti..."

"Maaf..."

"Kak Risa..." tiba-tiba satu lagi suara menyampuk perbualannya dengan Rayyan. Darisa sejak tadi memandang Rayyan, terus mengangkat kepalanya lalu menatap wajah yang terpampang di hadapannya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now