MTHD | 53

12.7K 387 17
                                    

Tak Mungkin Bersama - Judika____________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tak Mungkin Bersama - Judika
____________________________________

BUNYI burung berkicauan bersama bunyi titisan hujan membuatkan jiwa merasa tenang. Darisa duduk di atas kerusi bertemankan Haffaz disisi. Luka pembedahan masih lagi terasa walaupun sudah kering.

"Abang dah tengok anak kita?" soal gadis muda itu. Bibir menarik senyuman, teringat akan wajah kecil Haira.

"Dah..." balas lelaki tersebut. Pada mulanya, Haffaz menolak untuk melihat anak perempuannya tetapi atas desakan Tengku Nina. Mahu tidak mahu, dia akur.

Wajah kecil Haira mirip seperti Darisa. Perasaan marah dan benci terhadap anak itu hilang ketika dia melihat Darisa dalam diri anak perempuannya.

"Dia cantik kan..."

"Cantik..."

Darisa melakarkan senyuman tawar, wajah ditoleh memandang sang suami di sampingnya. "Saya minta maaf sebab tak dapat tunaikan janji saya..."

"Saya tahu abang marah, tapi jangan salahkan Haira. Dia tak salah, dia masih kecil, dia tak tahu apa-apa."

Haffaz menahan air mata daripada mengalir. Hati cuba dikuatkan.

"Haira anak kita..."

"Anak kita berdua" satu suara mulai bergetar hebat. Darisa ketap bibirnya dengan begitu rapat. Rasa sesak di dada kini terasa membuatkan dia tidak kuat lagi untuk berkata-kata.

"Terima kasih... Terima kasih sebab setia dengan saya walaupun diri saya tak sesuci gadis lain"

"Jangan cakap macam tu" Haffaz menggelengkan kepalanya. Dia tidak pernah menganggap Darisa itu kotor.

"Itu hakikatnya, Haffaz... Saya bersyukur sebab ada lelaki yang masih terima saya" perlahan-lahan kepalanya dilentokkan di atas bahu Haffaz, celah-celah jari jemari Haffaz diselitkan dengan jarinya.

Haffaz diam tak berkutik. Dalam hati, ada suara tangisan yang lantang. Sumpah, dia tak kuat untuk mendengar ayat gadis itu.

"Saya tak minta banyak..."

"Saya cuma nak abang jadi ayah yang baik untuk Haira... "

"Sayang pun jadilah ibu yang baik untuk Haira..." cantas Haffaz.

Akan tetapi, ayat itu dibalas dengan gelengan kepala. "Mungkin orang lain boleh jadi ibu yang baik untuk Haira..."

"Takda yang boleh gantikan Darisa Haura..." kata lelaki itu. Mengenggam erat tangan isterinya lalu mengucup lembut kepala Darisa yang dilitupi dengan tudung itu.

Darisa mengalirkan air mata lagi, senyuman dipaksa untuk mengukir. "Saya tak kesah kalau suatu hari nanti Haira nak Ibu..."

"Lagipun saya taknak lah suami saya ni jadi duda seumur hidup"

Haffaz ketap bibir merahnya. "Jangan mengarut, Haura. Abang tak suka dengar..."

"Maaf..." ibu muda itu terkekeh kecil. Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan. Nafasnya kini terasa sesak, tubuhnya begitu lemah membuatkan dia tidak mampu lagi untuk bergerak.

"Terima kasih untuk lima tahun ni"

"Tak banyak kenangan kita, tapi saya masih ingat macam mana kita disatukan, macam mana awak layan saya bila awak terima saya jadi isteri awak"

"Rumah tangga kita diuji macam-macam ujian, tapi awak tetap nak saya berada disisi awak. Awak segala-galanya buat saya, awak buat saya rasa dihargai..." luahnya dengan senyuman. Dia bahagia. Jujur dia bahagia.

Haffaz terima dia.

Haffaz kuat walaupun dia berkali-kali meninggalkan lelaki itu.

"Sekarang saya tak tinggalkan awak seorang, awak ada Haira... Anggap jelah Haira tu harta saya yang saya berikan kat awak..."

Akhirnya, air mata lelaki itu gugur. Satu tangan mengepal seluar slek itu dengan kuat.

"Jangan nangis, Haffaz Daiyan" Darisa mula memujuk. Peha suaminya diusap lembut.

"Awak ayah Haira... Awak kena kuat, abadikan hidup awak untuk dia. Saya dah abadikan hidup saya... Saya gembira dapat tengok dia dilahirkan di dunia ni walaupun saya tak dapat tengok dia membesar"

"Sayang, kita tengok Haira membesar sama-sama hm..." Haffaz pandang wajah Darisa. Namun, Darisa geleng lemah.

"Abang...."

"Hm?" sahut lelaki itu.

"Halalkan makan minum saya...."

"Maafkan saya atas salah silap saya, maafkan atas kekurangan saya sepanjang bergelar isteri untuk abang"

Darisa mula memohon maaf untuk dirinya. Haffaz sekali diam membisu. Mata dipejam untuk menguatkan diri.

"Maafkan saya hm..." mohon Darisa lagi. Kali ini suaranya lembut dan lemah.

"Abang maafkan..."

Darisa ukir senyuman. Genggaman tangan semakin dieratkan.

"Haffaz...."

"Saya penat..."

"Saya nak rehat..." Darisa titiskan air mata membasahi kekura tangan lelaki itu. Mendengarkan ayat itu, tangisan Haffaz semakin deras. Bibir diketap begitu rapat.

"Rehatlah sayang, abang izinkan" dengan seluruh kekuatan yang ada, Haffaz melemparkan ayatnya.

Darisa mengangguk faham. Dua kalimah syahadah sempat meniti di hujung bibirnya. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan, tangan digenggam erat buat kali terakhir.

"Saya cintakan awak..."

"Tengku Haffaz Daiyan..."

Sebutir ayat keluar daripada suara lemah itu. Air mata yang mengalir deras membasahi pipi Haffaz, Haffaz mengenggam tangan yang kurus itu. Bahunya terasa semakin berat.

"Darisa Haura, terima kasih jadi bidadari syurga abang yang berharga..."

"Terima kasih kirimkan puteri yang cantik, sayang"

Haffaz mula bersuara melontarkan rasa terima kasihnya walaupun dia tahu, Darisa takkan dengar semua luahan itu. Mungkin inilah takdir mereka.

Takdir yang memisahkan mereka berdua.

Haffaz redha jika itu kemahuan ketentuan-Nya. Mungkin dunia ini bukan tempat mereka.

Mungkin cinta mereka akan bersemi di syurga Firdaus Allah.

Insya Allah.

"Tunggu abang dan Haira di sana ya..."

"Bidadariku..."

Haffaz kucup kepala isterinya yang sudah melafazkan nafas terakhir di bahunya. Tangan yang sejuk itu dicium lembut. Bibir tarik senyuman nipis.

Allah SWT lebih sayangkan Darisa Haura dari dirinya.

BERSAMBUNG

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now