MTHD | 23

10.8K 466 56
                                    

PINTU rumah sebesar istana itu terbuka dengan perlahan, figura seorang lelaki berpakaian santai memasuki rumah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU rumah sebesar istana itu terbuka dengan perlahan, figura seorang lelaki berpakaian santai memasuki rumah itu. Semua lampu masih lagi dihidupkan namun sosok tubuh isterinya sama sekali tidak kelihatan.

Kunci kereta Porsche yang digunakan diletakkan sementara diatas meja makan. Langkah cuba melihat kedalam ruang bilik tidur isterinya. Namun, tidak ada sekalipun kelibat gadis tersebut.

Tidak lama kemudian, ketika anak matanya mula beralih kearah sofa ruang tamu. Darisa yang sedang berbaring penuh lena terlihat jelas.

Entah mengapa terbit perasaan serba-salah didalam hati lelaki itu. Wajah isterinya dipandang penuh teliti, perlahan-lahan langkah diatur mendekati Darisa.

Tak lama kemudian, Haffaz mula mencempung tubuh isterinya dengan lembut. Tidak mengeluarkan sama sekali bunyi. Langkah demi langkah diatur sehinggalah memasuki bilik tidur Darisa.

Tubuh kecil itu kemudiannya dilandaikan diatas katil dengan perlahan. Telekung yang masih tersarung sedaya-upaya ditanggalkan.

"A-Awak.." satu suara sedikit serak menyentakkan pergerakan Haffaz, kini iris mata berwarna hazel itu memandang kearahnya dengan wajah penuh sayu.

"Baru balik?" lembut sahaja nada suara sang isteri, lengan sasa suaminya dipaut lembut. Wajah pucat itu berkeras menunjukkan kesenyuman.

"Erm.."

"Ouh.." jawab Darisa lemah.

Bibir mungil anak gadis tersebut mampu melakarkan senyuman datar.

"Terima kasih sebab angkat saya sampai sini.. Saya tak mintak pun, dan maaf sebab susahkan awak.."

"Tidurlah.." balas Haffaz acuh tak acuh. Kaki mula dihayun menuju ke muka pintu bilik tidur sang isteri.

"Haffaz.."

Sekali lagi namanya diseru. Haffaz yang mendengar langsung memalingkan wajahnya semula.

"Boleh tak malam ni kita tidur sama-sama?" pinta gadis itu.

Disaat permintaan itu menerpa didalam pendengarannya, Haffaz terkaku di tempat dia berdiri. Sepasang iris mata berwarna coklat tua itu menatap terus kedalam iris mata hazel isterinya.

"Saya tau awak taknak, tapi tak boleh ke tunaikan permintaan saya untuk kali terakhir.. Saya tau selama ni saya susahkan awak.. maaf, buat kali ni je.. kali terakhir"

Hati seorang lelaki yang keras mula bergoncang hebat. Entah mengapa sepatah demi sepatah ayat yang keluar daripada hujung bibir Darisa membuatkan lelaki ini ingin mengalah. Lagi-lagi tatkala melihat kesayuan yang terukir di wajah jelita seorang gadis bernama Darisa Haura.

Lelaki itu menghela nafas panjang, langkah kembali diatur mendekati Darisa. Lengan bajunya sempat ditarik sehingga ke paras siku.

"Aku temankan kau tidur je, lepas kau tidur.. Aku keluar.." katanya penuh ego.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now