MTHD | 7

51.6K 2.2K 28
                                    

'LEPAS lima bulan kita kahwin, aku lepaskan kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'LEPAS lima bulan kita kahwin, aku lepaskan kau.'

Ayat yang baru sahaja dilontarkan oleh Haffaz sebentar tadi masih terngiang-ngiang didalam pendengarannya. Tidurnya langsung tidak nyenyak bila ayat itu sekali lagi berbisik-bisik di telinganya.

'Kenapa kene cerai?' getus hatinya. Airmata tidak semena-mena gugur kembali. Banyak je cara yang lain, tapi kenapa perlu ada perceraian?

Tidak bolehkah Haffaz cuba mencintainya sepertimana dia mencintai lelaki itu?

Darisa sudah menyimpan perasaan terhadap lelaki itu sebaik sahaja Haffaz melafazkan akad nikah terhadapnya. Memang pada mulanya dia hanya menganggap Haffaz sebagai tempat persembunyiannya daripada Adryan.

Namun tetap sahaja dia kini bergelar isteri kepada lelaki itu sekali gus hak milik Tengku Haffaz Daiyan. Sukar untuk tidak mewujudkan perasaan cinta antara mereka berdua.

Tidak lama kemudian, Darisa bingkas bangun daripada perbaringan. Terlebih dahulu, tudungnya diambil lalu dililitkan di kepalanya. Setelah itu, barulah dia mengatur langkah keluar daripada bilik dengan senyap. Tanpa menganggu tidur suaminya.

Begitu sahaja keluar daripada bilik tidurnya, Darisa tersentak saat melihat Adelia juga baru keluar daripada bilik tidur yang bersebelahan dengan bilik mereka.

"Darisa belum tidur?" soal Adelia laju.

"Belum.. Adel pun belum tidur jugak?"

Adelia mempamerkan senyuman, "Nak minum air sekejap kat bawah, tiba-tiba tekak rasa haus.." beritahu bakal ibu itu.

"Kenapa tak bawak je air kat atas, tak penat ke naik turun tangga dengan perut memboyot macam ni?" mereka berjalan beriringan menuruni anak tangga yang banyak itu. Sempat juga Darisa membantu Adelia turun. Takut-takut jatuh.

"Takpe lah, exercise sikit.. Nanti beranak senang sikit bukaan.." kata wanita muda itu, perut membuncit itu diusap-usap lembut. Tinggal menghitung hari lagi dia bakal menyambut kelahiran anak pertamanya.

"Boy or girl?"

"Boy.."

Darisa membulatkan mulutnya. Anak lelaki, anak harapan. Entah mengapa dia sendiri juga tidak sabar dengan kelahiran si kecil itu.

Setibanya di kawasan dapur, Darisa mendudukkan Adelia diatas kerusi makan. Mengambilkan air untuk ibu hamil itu.

"Thank you.." ucap Adelia dengan nada lembut. Tangan lekas-lekas menarik gelas itu lalu meneguk sehingga tidak ada lagi yang tersisa.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now