MTHD | 39

8.6K 328 23
                                    

TINGGAL beberapa hari lagi, Darisa bakal meninggalkan rumahnya dan berpindah ke Kuala Lumpur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TINGGAL beberapa hari lagi, Darisa bakal meninggalkan rumahnya dan berpindah ke Kuala Lumpur. Dua hari saja yang tinggal selepas dia sudah berhenti dari Rumah Anak Yatim Bonda Aisah untuk mengemas semua barang yang ada di dalam rumahnya.

"Dah lambat ni, takkan dia tak pulang-pulang lagi?" bisik Darisa dengan perasaan risau. Jam sudah menunjukkan jam 8 malam, selalunya Haffaz paling lewat balik pun jam 7.30 sekiranya tidak ada apa-apa perkara yang berlaku.

Disebabkan terlalu risau, Darisa terus mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas night stand.

'Suami'

Ikon berbentuk telefon ditekan. Kemudian dilekapkan pada cuping telinga.

Berkali-kali bunyi ringing kedengaran. Namun sama sekali tidak diangkat. "Dia tengah drive kut" tuturnya sendirian.

Tidak lama kemudian...

Ting Tong!

Bunyi loceng kini mulai kedengaran. Darisa yang sudah dapat mengagak siapa yang tiba ini mula mengatur langkahnya menuju ke pintu rumah utama.

"Selamat--" ketika membuka daun pintu rumahnya. Darisa terdiam, tergamam dan terpegun di tempat dia berdiri.

"Hai sayang..."

Suara itu.

Tubuh itu.

Darisa menggigil kuat tatkala melihat lelaki di hadapannya. Wajah sudah mula kelihatan pucat. Takkan... Tak mungkin...

"Ad--Adryan..." nama yang paling dibenci, nama yang paling jijik untuk disebut tiba-tiba keluar dari mulutnya. Tubir mata mula terasa hangat.

"After one years, Sayang... Kita dah tak jumpa kan?" wajah tampan yang menakutkan. Sengihan jahat di wajah lelaki itu membuatkan Darisa ketakutan, laju-laju Darisa cuba menutup pintu rumahnya namun Adryan lebih pantas menahan.

"Mana nak lari sayang, boleh jadi gila aku tak jumpa kau langsung"

"Pergilah!" jerit Darisa kuat. Ya Allah, ketakutan yang dirasai ketika itu hanya Allah yang mengetahuinya.

"Aku takkan lari selagi aku tak dapatkan kau, Darisa..." katanya. Pintu rumah ditolak kuat, Darisa terjatuh di atas lantai, sudahnya dia hanya memakai telekung. Langsung tidak memakai purdah kerana dia ingatkan Haffaz dan tidak pernah terfikir kewujudan Adryan.

"Dah lama aku tunggu saa-saat macam ni, lepas perempuan tu mati, aku terpaksa bersembunyi sekejap... Sebab apa? Sebab polis terdesak sangat cari aku sampai aku susah nak keluar" beritahu lelaki itu. Wajah psikonya membuatkan lutut Darisa lemah. Teringat semua perbuatan kejam Adryan kepada Mala.

Disebabkan Adryan.

Mala mati.

"Kau pembunuh!" tutur Darisa. Air mata kini mengalir deras membasahi wajah cantiknya. Dia mengesot ke belakang ketika Adryan mula menghampirinya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now